Friday, January 21, 2011

Mourinho akan meninggalkan Real Madrid Jun nanti.

Beberapa kelab di EPL kini didalam keadaan berjaga-jaga apabila mendengar desas-desus yang mengatakan Jose Mourinho bakal meninggalkan Real madird pada Jun nanti.

Mourinho "The Special One" kini tidak sependapat dengan Pengarah Sukan Jorge Valdano mengenai polisi perpindahan mereka dan memberi petunjuk kepada penasihatnya yang dia akan meletakkan jawatan pada Jun nanti dan dijangka akan dipancing oleh beberapa kelab EPLseperti Liverpool, Manchester City dan boleh dimasukkan sekali, Manchester United.

Mourinho gusar dengan kehilangan penyerang Argentina mereka, Gonzalo Higuain sepanjang musim ini akan merencatkan perancangannya dan mahukan penggantinya semasa musim perpindahan sekarang. beberapa muka telah dikenalpasti oleh Mourinho seperti Fernando Llorente, Hugo Almeida dan Ruud Van Nistelrooy.

Mourinho baru-baru ini dikritik oleh Valdano selepas seri 1-1 dengan Almeria dan ketinggalan 4 mata dibelakang pendahulu liga Barcelona. Punca kejatuhan prestasi Real itu dikaitkan dengan masalah serangan mereka yang menurunkan Karim Benzema. Kritikan pada umum itu menunjukkan terdapat masalah dalaman diantara Mourinho-Valdano dan boleh membuat Mourinho mula memikirkan untuk berundur daripada Real Madrid walaupun kontraknya masih terikat sehingga 2014.

Pada akhir tahun lalu juga Mourinho pernah menyuarakan keinginannya untuk ke EPL sekiranya kontraknya tamat dan dia telah dikaitkan untuk menggantikan Sir Alex Ferguson di Manchester United sekiranya Sir Alex mengundurkan diri. Dia juga secara terbuka telah memohon maaf kepada peminat The Kop semasa insiden yang menimbulkan kemarahan mereka kepadanya semasa pertemuan akhir Piala FA England 2005 diantara Liverpool dan Chelsea.

Wednesday, January 19, 2011

David Gill mahu MU beri penumpuan terhadap bakat akademi tempatan

Ketua Eksekutif Manchester United David Gill melihatkan suatu hari nanti skuad utama mereka akan dipenuhi oleh pemain luar.

Dia berkata sekiranya kelab itu tidak memberi tumpuan lagi kepada landasan asal mereka untuk meneruskan usaha untuk memajukan pemain remaja tempatan mereka tidak lagi akan melihat pemain-pemain yang berbakat seperti Ryan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville lahir daripada akademi mereka.

Pembangunan di peringkat akar umbi amat penting kerana apabila kebanyakkan pemain-pemain veteran mengundurkan diri, mereka akan digantikan oleh pemain-pemain remaja yang berkaliber dilahirkan oleh akademi itu sendiri dan memahami apakah yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai pemain Manchester United.

Ini adalah proses yang biasa dilihat dan kini ia sudah berlaku di liga Jerman dimana kebanyakkan pemain-pemain bintang mereka sudah selesa mengundurkan diri dan seterusnya diganti oleh pemain-pemain baru yang berbakat dan juga menarik perhatian kelab-kelab gergasi diluar Jerman untuk mendapatkan mereka.

David Gill juga menambah pengurus mereka Sir Alex Furgeson yang berpengalaman luas sememangnya sudah masak dengan perkara ini dan harus melakukan sesuatu untuk pembangunan kelab di masa hadapan.

Baru-baru ini juga sistem pembangunan dan sistem liga England telah dibandingkan dengan negara Sepanyol. Sepp Blater dengan terang-terangan memberitahu bahawa sistem di England adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan Sepanyol.

Monday, January 17, 2011

Liverpool 2 Everton 2 : Dalglish percaya ia suatu perkembangan positif.

Kenny Dalglish percaya keputusan seri dengan pasukan tetangga mereka, Everton adalah satu perkembangan positif di dalam pasukan mereka. Dia sudah dapat mengenalpasti dimanakah akar umbi kejatuhan pasukan itu sebelum ini.

Liverpool memerlukan sepakan penalti pada minit ke 67 yang diselesaikan oleh Dirk Kuyt untuk mencuri satu mata berharga daripada Everton pada perlawanan semalam.

Dalglish berkata dia amat teremosi setelah kembali memangku pasukan yang mengalami kejatuhan ini dan amat terharu dengan tindakbalas peminat. Tetapi lebih mengharukan lagi apabila para pemain berjaya bangkit kembali daripada mengalami kekalahan. Ini adalah satu perkembangan yang positif terhadap pasukan kendaliannya sekarang dan percaya mereka akan kembali bangkit selepas ini.

Dalam perkembangan terbaru Liverpool kini cuba untuk membawa pemain Ajax Amsterdam, Luis Suarez ke Anfield dengan harga £18 million.

Pencarian Jentera Tengah Man Utd.

Sehingga kini Manchester United masih lagi belum ditewaskan di EPL. Namun begitu ada dua lagi kekurangan yang memang tidak memuaskan hati Alex Furgeson dengan skuad yang sedia ada sekarang walaupun ramai yang mengatakan bahawa mereka didalam landasan yang yang tepat untuk mengunguli liga.

Kekurangan yang dilihat oleh Sir Alex adalah masalah pengganti Van Der Sar selepas persaraannya nanti tetapi ia boleh dilupakan buat sementara waktu sehingga hujung musim ini kerana beberapa pemain telahpun dikenalpasti untik dipancing ke Old Trafford.

Satu kekurangan lagi yang meruncingkan persembahan pasukan ini adalah tiadanya pemain yang berkemampuan menjadi penggerak dibahagian midfiled tengah mereka. Di awal musim lagi Sir Alex telah mengakui bahawa pasukan sekarang kekurangan jentera midfield yang kreatif. Dan sehingga kini tiada seorang pemain pun yang secara konsistennya diturunkan oleh Sir Alex. Mungkin dia mahukan pemain yang mempunyai kriteria yang dimahukannya di posisi ini seperti lagenda Eric Cantona ataupun Roy Keane.

Antara pemain yang amat diharapkan oleh Sir Alex adalah Owen Hagreaves yang diperolehi daripada Bayern Munich pada 2007 dengan harga dan bayaran imbuhan yang tinggi. Tetapi pelaburan itu tidak berhasil apabila Hagreaves tidak menghasilkan sesuatu yang baik dan dia sendiri sehingga kini masih menanti-nanti bilakah kontrak terbarunya akan ditawarkan oleh Manchester United. Jika tiada kontrak terbaru sehingga hujung musim ini bermaksud dia telah disingkirkan dari Old Trafford.

Sebagai gantinya beberapa muka telah dikenalpasti diantaranya Wesley Sneidjer dan Lasanna Diarra, dan yang terkini adalah pemain remaja Barcelona, Sergio Busquets. Manchester United kini dilaporkan telah memerhatikan pemain ini kerana dilaporkan Barcelona tidak dapat memperbaharui kontrak Busquets yang mahukan gaji yang tinggi.

Dilaporkan Manchester United dijangka akan cuba mendapatkan pemain berusia 22 tahun ini pada musim hadapan sekiranya Barcelona gagal mengikatnya.

Saturday, January 15, 2011

Clash of the week : Tottenham vs Man Utd

Kalau 15 tahun dulu mungkin perlawanan tumpuan mingguan adalah diantara Liverpool menentang Everton. Betapa gahnya rakan berkejiranan ini menguasai Liga Perdana Inggeris pada pertengahan musim 80-an dulu yang menunjukkan dominasi Merseyside pada zamannya dimana piala tersebut sering bertukar tangan diantara mereka.

Tetapi pada 2011 ini saya merasakan perlawanan tumpuan minggu ini adalah diantara Tottenham menentang Manchester United. Bermacam perang mulut sudah kedengaran pada minggu ini antara kedua-dua pasukan masing-masing mahu membuktikan bahawa merekalah yang paling gagah.

Sir Alex Ferguson telah menanyakan soalan kepada Redknapp, mampukah mereka mengejar kejuaraan EPL pada tahun ini setelah Tottenham juga akan mengharungi perlawanan Liga Kejuraaan Eropah pada masa yang sama?

Sir Alex menambah dengan tugasan Tottenham menentang AC Milan pada perlawanan Liga Kejuaraan Eropah dan menghadapi pertarungan domestik nanti, ia adalah suatu tugas yang getir buat anak buah Harry Redknapp.

Sir Alex memberitahu ini adalah kali pertamanya mereka bertandang ke White Hart Lane dengan status Tottenham untuk merebut kejuaraan.

Manchester United dijangkakan akan menurunkan tiga pemain bintang yang bakal beraksi kembali iaitu Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Edwin van der Sar yang tidak diturunkan semasa perlawanan menentang Liverpool minggu lepas.

Menjawab persoalan Sir Alex, hari ini pemain utama Tottenham, Rafael Van Der Vaart  menjawab bahawa mereka berkemampuan menjuaarai EPL pada tahun ini.

Bekas pemain MU direman untuk siasatan kecurian kereta

Bekas Defensive midfielder Manchester United, Ronnie Wallwork telah direman untuk siasatan polis keatas kes kecurian kereta yang digunakan untuk melakukan jenayah yang serius. Dia telah diberkas semasa mendapatkan penerbangan kapalterbang di Lapangan Terbang Manchester dan direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan kes tersebut.

Wallwork pernah memenangi EPL bersama Manchester United pada musim 2001 tetapi gagal berada di kesebelasan utama Manchester United pada tahun berikutnya kerana kehadiran Roy Keane dan Nicky Butt di posisi tersebut. Dia juga pernah dikaitkan dengan kontroversi menyerang pengadil di Belgium semasa dipinjamkan ke Kelab Royal Antwerp.

Dia adalah antara pemain remaja yang lama berada di Manchester United (1993-2002) dan sering dipinjamkan ke kelab-kelab lain sebelum berpindah ke WBA pada 2002. Selain itu dia juga pernah bermain untuk Barnsley, Huddersfield dan Sheffield Wednesday.

Pada 2006 Wallwork pernah ditikam sebanyak tujuh kali oleh seorang lelaki di sebuah bar di Manchester kerana curigakan perhubungan Wallwork dengan teman wanitanya.

Roque Santa Cruz pulang ke Blackburn

Setelah gagal membawa impak selepas perpindahan £17.5 million ke Manchester City sejak 2 tahun lalu, akhirnya Roque Santa Cruz kini di"pulang"kan kembali ke Blackburn Rovers untuk pinjaman sehingga tamat musim ini.

Blackburn mengesahkan berita perpindahan ini setelah Santa Cruz berjaya melengkapkan ujian perubatan disana. Dan dia adalah pemain pertama sasaran blackburn yang berjaya dipancing di dalam misi mereka untuk kekal di EPL pada musim depan.

Pengurus Steve kean sememangnya amat teruja dengan kedatangannya ke Blackburn kerana dia amat disenangi oleh rakan sepasukan ketika dahulu dan percaya dia mampu melakukan sesuatu untuk mereka.


Kean memberitahu bahawa pemilik kelab tersebut, Venky amat serius membawa pemain bertaraf bintang ke sana walaupun mereka gagal memikat David Beckham tetapi kini masih berharap untuk mendapatkan bintang Brazil Ronaldinho.

Tuesday, January 11, 2011

Real Madrid 4-2 Villareal : Mourinho dan kontroversi lagi


Jurulatih Real Madrid, "The Coosen One" Jose Mourinho hari ini menimbulkan kontroversi lagi dengan aksi merayakan gol pasukannya semasa menentang Villareal Ahad lalu di Bernabeu. Real Madrid memenangi perlawanan tersebut dengan kemenangan 4-2 tetapi pasukan mereka sedikit tertekan kerana dua kali ketinggalan walaupun telah berjaya menyamakan kedudukan. Cristiano Ronaldo telah menjadi hero pasukan dengan menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut.

Semasa jaringan gol "pengesahan" kemenangan mereka oleh Kaka di minit ke-82, Mourinho telah meninggalkan kerusinya di bangku simpanan dan berada berhadapan pemain-pemain simpanan Villareal dan mengangkat tangan kearah mereka merayakan gol tersebut.

Pemain simpanan Villareal Cani bagaimanapun memberi reaksi dengan melemparkan botol minuman kearahnya tetapi tersasar. Pengadil perlawanan memberi reaksi dengan melayangkan kad merah kepada Cani.

Mourinho memberitahu barisan pemain simpanan Villareal menyangkakan yang dia telah memperlekehkan mereka dengan aksi merayakan jaringan tersebut tetapi mereka tersalah faham kerana dia merayakan gol tersebut dengan anaknya yang berada di belakang barisan pemain simpanan Villareal.

Jurulatih Villareal Juan Carlos Garrido berkata dia amat terkejut dengan keputusan pengadil tersebut. Mourinho memang sedia dikenali dengan sikapnya yang memperlekehkan pasukan lawan di dalam dan di luar padang.

Maradona bakal menguruskan kelab England.

Selepas kekalahan di Old Trafford semalam, hari ini Kenny Dalglish telah melantik bekas pembantu pengurus yang pernah berkhidmat di West Ham, Chelsea dan Newcastle, Steve Clarke untuk membantunya di Liverpool. Tetapi itu adalah perkhabaran yang biasa kedengaran berikutan kemasukan pengurus baru di dalam sesebuah pasukan.

Cuma yang agak menggemparkan ialah bagaimana sebuah kelab yang tidak dikenalpasti lagi di EPL sekarang yang kini dalam fasa permulaan untuk membawa Raja bolasepak dunia, Deigo Maradona untuk menguruskan kelab mereka.

Bukan untuk merendahkan kemampuan Raja Bolasepak itu tetapi adakah sesuai bagi Maradona menguruskan sebuah kelab yang dia sendiri tidak pernah merasa situasi liga ini. Boleh dikatakan ketika di Eropah dulu Maradona hanya berada di Itali sahaja dimana rentak permainannya amat berbeza dengan permainan pantas EPL. Bagaimanapun ia mungkin akan menjadikan pendedahan kepada Maradona untuk merasakan pengalamannya berada di EPL ataupun batu loncatan baginya untuk terus berjaya kembali di Eropah bukan sebagai pemain tetapi sebagai jurulatih.

Hari ini Maradona mendedahkan yang dia akan ke London bulan depan untuk menghalusi tawaran menguruskan sebuah kelab EPL. Sekiranya kesepakatan dicapai hasratnya untuk ke England akan tercapai.

Sehingga kini belum dipastikan lagi kelab mana yang menawarkan tawaran tersebut tetapi terdapat khabar angin yang mendedahkannya kelab tersebut adalah Fulham, tetapi dia juga pernah dikaitkan dengan tawaran daripada Aston Villa.

Monday, January 10, 2011

Redknapp akui gagal dapatkan Beckham

Tottenham Hotspur adalah diantara beberapa kelab di EPL yang ingin meminjamkan David Beckham daripada Los Angeles Galaxy semasa sessi persediaan pra-musim liga MLS.

Berdasarkan prestasi semasa, Tottenham dikatakan menarik perhatian Beckham untuk kesana setelah dia juga dipancing dengan ganjaran yang lumayan oleh Blackburn. Tetapi hari ini pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengumumkan yang perpindahan Beckham ke sana mungkin tidak akan kesampaian gara-gara masalah insuran yang tinggi.

Walaubagaimanapun dia menambah Beckham dialu-alukan untuk menjalani latihan bersama mereka selama sebulan ataupun lebih, tetapi besar kemungkinan dia tidak dapat bermain untuk Tottenham. Masalah urusan untuk mendapatkan Beckham secara pinjaman daripada LA Galaxy mencapai jalan buntu setelah pembayaran insuran yang tinggi yang diminta oleh Galaxy. Galaxy terpaksa mengambil langkah yang lebih selamat pada musim ini setelah pada musim lalu Beckham telah mengalami masalah kecederaan Achilles yang serius semasa dipinjamkan ke AC Milan.

Ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan bagi Beckham yang mempunyai 115 caps bersama England untuk beraksi di EPL supaya dapat menarik perhatian Fabio Capello membawanya kembali ke skuad England.

Redknap bagaimanapun memberitahu kedatanga Beckham ke kem latihan sukad utama mereka sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada pemain muda mereka terutamanya untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah nanti.

Saturday, January 8, 2011

Roy Hodgson akhirnya tinggalkan Liverpool

Berita yang baru disiarkan setengah jam lepas melalui web kelab terkemuka itu, Roy Hodgson telahpun meninggalkan kelab tersebut secara kesepakatan bersama. Kini peminat-peminat Liverpool boleh bergembira dengan berita ini setelah sekian lama mereka telah memberi tekanan kepadanya untuk berundur walaupun pihak pengurusan hanya berdiam diri sahaja.

Hodgson dikatakan menerima tekanan daripada pelbagai pihak kerana kegagalannya membawa Liverpool ke saingan utama EPL apabila hanya berada pada kedudukan ke 12 setakat ini dan 4 mata di atas zon penyingkiran.

Kenny Dalglish akan mengambil alih pasukan utama Liverpool untuk perlawanan pusingan ke-3 Piala FA menentang Manchester United di Old Trafford esok. Dalglish juga dijangka akan mengambil alih kelab ini sehingga di penghujung musim ini. Dia adalah diantara bekas pengurus yang amat dihormati di Anfiled.

Thursday, January 6, 2011

5 Percubaan masih lagi gagal.

Liga bolasepak Greece. Lawak diawal tahun.


LA Galaxy berikan lampu hijau untuk Beckham ke Tottenham

David Beckham akhirnya akan bermain lagi di EPL, tetapi kelab yang diwakilinya kini adalah Tottenham yang dilaporkan telah menerima lampu hijau daripada LA Galaxy untuk membincangkan terma kontrak pinjaman 2 bulan Beckham disitu.

Dikatakan Tottenham menjadi pilihan Beckham setelah dipelawa bermain untuk beberapa kelab yang lain termasuk Blackburn Rovers yang begitu agresif memancing pemain bintang untuk ke sana. Beckham akan berada di EPL sehingga liga MLS akan bermula pada pertengahan March nanti.

Perlawanan pertama Beckham nanti adalah pertemuan FA Cup menentang Charlton.

Wednesday, January 5, 2011

Kolo Toure dan Adebayor bergaduh di latihan

Komen pengurus Manchester City mengatakan yang pemainnya kurang semangat juang mungkin salah apabila hari ini Kolo Toure dan Emmanuel Adebayor dikatakan bergaduh sesama sendiri di tempat latihan terbuka Carrington. Pergaduhan itu bagaimanapun dileraikan oleh rakan sepasukan.

Sebelumnya pada bulan lepas pergaduhan sesama rakan sepasukan juga dilaporkan berlaku diantara Mario Balotelli dan  Jerome Boateng. Adakah ini suatu perkara yang biasa semasa latihan?. Dan tempat latihan terbuka Manchester City ini pasti menjadi sasaran paparazzi yang ingin mendapatkan sesuatu yang panas.


Pertembungan antara Toure dan Adebayor dikatakan bermula dengan perang mulut antara kedua-dua pemain, bagi Mancini dia menganggap ia berpunca daripada kurangnya penglibatan kedua-dua pemain pada perlawanan sebelum ini menambah perasaan kecewa mereka. Adebayor dikatakan menunjukkan hasratnya untuk meninggalkan City pada bulan ini.

Jurucakap City memberitahu ini adalah perkara yang biasa di pusat latihan kelab dan kedua-dua pemain dikatakan telahpun berjabat tangan menunjukkan pendamaian. Sebelum ini pusat latihan West Ham juga pernah dikejutkan dengan insiden pergaduhan pemain antara John Hartson dan Eyal Berkovic dan Ruud Van Nistelrooy dipercayai dijual dari Manchester United kerana pergaduhannya dengan Cristiano Ronaldo.

Pada 2007, Pemain Manchester City semasa itu, Joey Barton di larang bermain selama 4 bulan kerana menyerang Ousmane Dabo.

Tetapi kem Manchester City sekarang lebih banyak pertelingkahan dikesan oleh media seperti Toure-Adebayor, Balotelli-Boateng, Milner-Yaya Toure dan Adebayor-Kompany.

Bekas Jurulatih Hoffenheim berminat ke Liverpool

Ghana juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat
Ralf Rangnick
Dengan kedudukan Roy Hodgson yang tidak menentu di Anfield sekarang, rata-rata peminat mahukan bekas pengurus mereka Kenny Dalglish, menggantikan tempat Hodgson.

Tetapi lain pula pendapat pemilik kelab tersebut yang mengajak penyokong mereka beralih pandang ke Jerman untuk memerhatikan seorang jurulatih yang kurang ternama. Apa salahnya jika peluang keemasan untuk menguruskan Liverpool diberikan kepada seseorang yang menunjukkan rekod yang cemerlang di kelab yang tidak ternama cuba merealisasikan kecermelangan tersebut diperingkat tertinggi.

Orang yang dimaksudkan adalah bekas jurulatih Hoffenheim yang baru sahaja meletakkan jawatannya di sana minggu lalu, Ralf Rangnick. Apa yang menarik perhatian pihak pengurusan Liverpool mengenai calon ini adalah kerana corak permainan pantas Hoffenheim dengan formasi 4-3-3 yang diamal Rangnick.

Selain Liverpool, Skuad Ghana juga dikatakan berminat untuk mendapatkannya. Menurut sumber daripada agennya di Jerman Rangnick amat teruja untuk menguruskan Liverpool, sebuah kelab yang penuh dengan tradisi yang hebat, tetapi belum lagi menerima apa-apa tawaran daripada Liverpool. Selain itu Rangnick juga amat mengikuti perkembangan bolasepak di England.

Rangnick meninggalkan Hoffenheim selepas 4 1/2 tahun disana setelah tidak sependapat dengan pemilik kelab tersebut Dietmar Hopp. Pada 2006, Hopp dikatakan ingin merealisasikan hasratnya untuk membawa Hoffenheim ke Bundesliga dan menjadi kuasa baru di Jerman. Hopp telah mendapatkan Rangnick pada 2006 dan dua tahun kemudiannya dia telah berjaya merealisasikan permintaan Hopp dan berjaya mengungguli Budesliga pada awal permulaan musim ini. Tetapi selepas penjualan ayam tambatan mereka Luis Gustavo ke Bayern Munich, Rangnick mula menyedari yang Hopp sudah tidak fokus kepada hasratnya dulu dan meletakkan jawatan.

Apa yang menarik mengenai Hoffenheim dan Rangnick ialah dia berjaya membawa Hoffenheim ke Budesliga hanya dua tahun sahaja dan sehingga sekarang masih gah di Budesliga tanpa pernah berada di zon penyingkiran. Dan Hoffenheim dikatakan hanya semusim sahaja berada di liga kedua Jerman dan terus melayakkan diri ke Liga Utama pada musim berikutnya. Rangnick dikatakan telah mensasarkan mereka akan layak ke Kejohanan Eropah pada tahun ini tetapi tidak kesampaian setelah dia mengundurkan diri.

Kegagalannya untuk merasakan bahang Kejuaraan Eropah tidak kesampaian di Hoffenheim tetapi dia merasakan mungkin Liverpool boleh merealisasikan kehendaknya tersebut. Rangnick tidak mempunyai masalah komunikasi kerana dia pernah belajar di England sebelum ini.

Tuesday, January 4, 2011

Drogba dedahkan ketegangan di bilik persalinan Chelsea

John Terry merayakan gol ketiga mereka keatas Villa tetapi
dinafikan kemenangan hasil jaringan lewat Villa pada minit
terakhir perlawanan hujung minggu lalu.
Didier Drogba mengakui prestasi merudum Chelsea sekarang adalah disebabkan oleh ketegangan yang dirasai di bilik persalinan mereka. Selain itu ia juga berpunca daripada masalah kecederaan pemain utama Chelsea selain serangan malaria yang dialaminya.

Walaubagaimanapun, Drogba mendedahkan situasi yang hampir serupa juga berlaku pada musim lalu tetapi dengan masalah kecederaan yang serius dan kekurangan jaringan gol pada musim ini, masalah ini kelihatan agak ketara.

Drogba menambah Carlo Ancelloti dan keseluruhan skuad tidak bergembira dengan dengan persembahan minggu lalu kerana mereka tidak menyangka akan mengalami kekalahan ditangan Arsenal dan ia menyebabkan ketegangan di bilik persalinan. Walaubagaimanapun, perjalanan musim ini masih panjang lagi dan mereka berharap akan mendapatkan tiga mata semasa perlawanan menentang Wolves nanti.

Kejayaan menewaskan Bolton minggu lalu sedikit sebanyak telah menceriakan mereka tetapi mereka tidak bernasib baik setelah seri dengan Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka akibat jaringan gol lewat.

Ronaldinho mungkin ke Blackburn

Pemilik Blackburn, Venky mendedahkan Ronaldinho ingin mencuba nasib di England dan dia telahpun membida untuk membawa Ronaldinho ke sana.

Venky memberitahu mereka telahpun meletakkan harga £6.2 m bidaan kepada Ronaldinho dengan menawarkan kontrak 3 tahun bernilai £20m. Selain Ronaldinho, Venky kini juga sedang didalam proses untuk membawa David Beckham secara pinjaman tetapi terpaksa bersaing dengan kelab-kelab lain termasuk Tottenham Hotspur.

Ronaldinho kini berada di Brazil selepas meninggalkan kem latihan musim sejuk AC Milan di Dubai dan menyatakan hasratnya untuk bermain di kelab-kelab terkemuka Brazil seperti Gremio, Palmeiras, Corinthians dan Flamengo.

Pengurus Blackburn Steve Kean berkata, hasrat untuk membawa Ronaldinho ke Blackburn adalah sesuatu yang serius. Dia mengetahui perbincangan diantara pemilik kelab dan agen Ronaldinho telah pun diadakan tetapi tidak mengetahui sejauh mana perkembangan rundingan tersebut dan dia juga turut berminat untuk bekerjasama dengan pemain yang pernah dianugerahkan sebagai pemain terbaik dunia beberapa tahun lalu.

Bayangan kejuaraan Manchester United

Tidak disangka sebenarnya kejayaan Manchester United mempertahankan rekod tanpa kalah mereka sehingga awal tahun 2011 pada perlawanan terakhir mereka menentang Birmingham minggu lepas seperti memberi petunjuk bahawa mereka berkemungkinan akan dinobatkan sebagai Juara pada musim ini. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Bukan untuk mengada-adakan cerita tetapi sebenarnya jika berdasarkan sejarah sebelumnya, pasukan mereka adalah pasukan ketujuh sepanjang perlawanan liga elit England yang berjaya mengelakkan sebarang kekalahan sehingga awal tahun baru. Dan hanya satu sahaja daripada enam pasukan yang berjaya melakukannya sebelum ini gagal untuk meraih kejuaaraan.

Berdasarkan rekod semasa sekarang Manchester United belum lagi ditewaskan di EPL sejak ditewaskan Chelsea 2-1 pada April 2010 musim lalu. Namun apa yang dimahukan mereka sekarang adalah untuk menyamai rekod tanpa kalah sepanjang musim seperti yang dilakukan oleh Preston pada 1888-89 dan Arsenal pada 2003-04.

Namun ia agak sukar dicapai oleh Manchester United yang terpaksa bertandang ke Chelsea, Arsenal, Tottenham dan Liverpool pada kempen pusingan kedua nanti.

Rekod tanpa kalah pasukan EPL terdahulu dan Keputusan Kejuaraan.
1888-89 : Preston – Tanpa kekalahan sepanjang musim [Juara]
1899-1900 : Sheffield United – tewas ditangan Bury pada 20 Jan 1900 [Kedua selepas Aston Villa]
1973-74 : Leeds United – tewas ditangan Stoke pada 23 Feb 1974 [Juara]
1987-88 : Liverpool – tewas kepada Everton pada 20 March 1988 [Juara]
1990-91 : Arsenal – tewas kepada Chelsea pada 2 Feb 1991 [Juara]
2003-04 : Arsenal – Tanpa kekalahan sepanjang musim [Juara]