Tuesday, October 30, 2012

Senarai FIFA Ballon d'Or 2012 didedahkan.

Bertradisi dari tahun-tahun terdahulu, pada hari ini FIFA telah mendedahkan senarai 23 pemain yang berkemungkinan dianugerahkan gelaran Pemain Terbaik Dunia 2012. Senarai ini mengambil kira kemampuan dan sumbangan pemain terpilih berdasarkan pada persembahan mereka di musim yang lalu. Senarai pendek ini akan dihalusi lagi pada 29 November nanti kepada hanya tiga pemain sahaja yang akan diundi untuk mendapat gelaran Pemain Terbaik Dunia Pada 2012.

Berikut adalah Senarai 23 pemain yang dikeluarkan oleh FIFA pada hari ini.

Sergio Aguero (Man City), Xabi Alonso (Real Madrid), Mario Balotelli (Man City), Karim Benzema (Real Madrid), Gianluigi Buffon (Juventus), Sergio Busquets (Barcelona), Iker Casillas (Real Madrid), Didier Drogba (Chelsea/Shanghai Shenhua), Radamel Falcao (Atletico Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Milan/PSG), Andres Iniesta (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Manuel Neuer (Bayern), Neymar (Santos) Mesut Ozil (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Andrea Pirlo (Juventus), Sergio Ramos (Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd), Yaya Toure (Man City), Robin van Persie (Arsenal/Man Utd) Xavi (Barcelona).

Berdasar pada persembahan musim lalu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dikatakan mempunyai harapan yang cerah untuk berada pada pilihan 3 terbaik.

Senarai pemenang pada musim 2011.

  1. Lionel Messi (Argentina/Barcelona)   47.88%
  2. Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Mdrid)  21.60%
  3. Xavi Alonso (Spain/Barcelona)  9.23%

Tuesday, October 23, 2012

David De Gea ingin kembali ke Sepanyol

Setelah setahun lebih bersama Man Utd, David De Gea dilaporkan kini tidak begitu gembira berada di Old Trafford. Dia dikatakan menghadapi kesukaran untuk menghadapi suasana kehidupan di England dan EPL. Penjaga gol yang diperolehi daripada Atletico Madrid dengan £18.3 juta ini digugurkan dari skuad utama setelah gagal mempamerkan persembahan yang baik ketika Man United dikalahkan Blackburn 3-2 dan digantikan dengan penjaga gol dari Denmark, Anders Lindergaard.

Real Madrid telah pun menghidu masalah ini dan kini sedang berusaha untuk membawa bintang kelahiran Madrid ini ke sana. Real Madrid kini juga sedang berusaha untuk mendapat khidmat penjaga gawang yang berkualiti untuk menggantikan khidmat Iker Casilas yang kini sudah berusia 31 tahun.

Walaupun persembahan De Gea kurang memberangsangkan di England dia masih mempunyai reputasi yang baik di Sepanyol kerana dia kini adalah penjaga gol U21 Sepanyol dan dibualkan untuk menggantikan Casilas di skuad utama Sepanyol selepas ini.


Sunday, October 21, 2012

Rio Ferdinand membelakangi MU dan Sir Alex

Sir Alex menerima tamparan yang hebat berikutan usahanya untuk melobi kempen anti perkauman di dalam sukan bolasepak pada hari ini. Ini berikutan komen terbukanya ke atas penyerang Reading Jason Roberts yang memboikot kempen tersebut kelmarin.

Apa yang lebih menberangkan beliau adalah tindakan anak buahnya sendiri yang membelakangi rakan sepasukan dengan menolak untuk menyarungkan kemeja T yang disediakan untuk kempen tersebut semasa sessi memanaskan badan pasukan sebelum pertemuan menentang Stoke City. 

Rio Ferdinand dikatakan kurang berpuas hati dengan denda yang dikenakan keatas pertahanan Chelsea John Terry yang hanya dikenakan pergantungan empat perlawanan setelah disabitkan kesalahan mengeluarkan sentimen perkauman keatas adiknya Anton Ferdinand semasa perlawanan menentang QPR tahun lalu.


Sir Alex mendedahkan yang dia amat terkilan dengan tindakkan Ferdinand dan ia amat memalukan.