Friday, February 22, 2013

Ronaldo berkemungkinan meninggalkan Real Madrid

Walaupun baru-baru ini Cristiano Ronaldo mengakui yang dia tidak mempunyai masalah berada di Real Madrid, sebuah media di Sepanyol pada minggu ini telah mendedahkan yang Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid. Ini berikutan keenganannya untuk menlanjutkan kontrak baru untuk terus berada di Bernabeu.

Berikutan situasi ini, sekiranya tiada persetujuan diperolehi sehingga hujung musim ini, Real Madrid dikatakan terpaksa menjual Ronaldo ke kelab lain pada musim panas nanti bagi mengelakkan dia meninggalkan Madrid secara perpindahan percuma pada musim 2015 nanti.

Kemungkinan perpindahan ini berlaku disokong lagi dengan kemungkinan Jose Mourinho yang juga berkongsi agen yang sama akan meninggalkan Real Madrid dengan khabar angin akan ke Paris Saint Germain.

Sehingga kini dikhabarkan PSG telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Ronaldo selain kelab lamanya Manchester United yang mendedahkan untuk membawanya ke sana dengan bayaran £55m.