Sunday, July 25, 2010

CBF umumkan Mano Menezes sebagai Jurulatih Baru Brazil.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) mengumumkan Mano Menezes telah dilantik sebagai Jurulatih Baru pasukan Brazil. Jurulatih Corinthians ini dipanggil untuk memikul tugas ini setelah terdahulunya Muricy Ramalho tidak dapat menerima tawaran CBF kerana komitmennya kepada Fluminense.

Mano Menezes akan mempersiapkan pasukan Brazil untuk kejohanan Piala Dunia 2014 dimana Brazil juga adalah Tuan Rumah. Tugasan pertamanya adalah perlawanan persahabatan menentang United States pada 10 Ogos nanti. Perlawanan terkhir kedua-dua pasukan adalah semasa perlawanan akhir Piala Konfederasi tahun lalu dimana Brazil telah menewaskan United States dengan 3-2.

Menezes menunjukan rekod cemerlang ketika mengemudi pasukan-pasukannya dalam liga tempatan Brazil. Pada 2005 beliau telah membawa Gremio ke kemuncak liga dan dan membawa Gremio ke perlawanan akhir Copa Libertadores dua tahun berikutnya. Kemuadian beliau berpindah ke Corinthians dan pada akhir 2007, beliau membantu kelab tersebut naik ke liga Utama Brazil dari Siri B dan memenangi Campeonato Paulista dan Copa do Brasil pada tahun lepas.

No comments:

Post a Comment