Monday, May 30, 2011

Barcelona 3 : 1 Manchester United

Demikian berakhirnya semalam perlawanan penutup tirai secara rasmi, liga-liga di Eropah yang dilangsungkan di Wembley, 28/5.

Minggu depan kita akan dipenuhkan pula dengan kisah pancing-memancing. Begitulah al-kisahnya setiap tahun, memang kita dihidangkan dengan plot-plot penceritaan yang sama cuma wataknya mungkin sedikit berubah. Yang peliknya saban tahun peminat-peminat bola semakin ramai.

Dengan kemenangan semalam Barcelona mengesahkan kejuaraan UCL adalah milik mereka buat kali keempat. Bagi Manchester United pula, dia menyifatkan pasukan Barcelona sekarang adalah pasukan yang paling sukar untuk mereka tumpaskan pada masa ini. Dia menambah Barcelona bermain dengan class yang tersendiri semalam dan mereka layak untuk bergelar juara.

Berikut adalah statistik perlawanan.


BARCELONA    3-  1    MANCHESTER UNITED
Pedro (27)
Messi (54)
Villa (69)
           Rooney (34)
Possession %   ( 68 - 32 )
Shot off target   ( 4 - 2 )
Tackles            ( 15 - 23 )
Corner       ( 6 - 0 )
Territory %   ( 51 - 49 )
Short On Target   (12 - 1 )
Offside  ( 1 - 5)
Passing Success % (  89 - 79 )


Rating mengikut seorang journalist terkemuka.

Barcelona
Victor Valdes 6
Daniel Alves 6
Gerard Pique 7
Javier Mascherano 6
Eric Abidal 7
Andres Iniesta 7
Sergio Busquets 7
Xavi Hernandez 9
David Villa 8
Lionel Messi 9
Pedro 8

Manchester United
Edwin van der Sar 6
Fabio 6
Rio Ferdinand 6
Nemanja Vidic 7
Patrice Evra 4
Antonio Valenica 5
Michael Carrick 6
Ryan Giggs 5
Park Ji-Sung 6
Wayne Rooney 8
Javier Hernandez 6

Thursday, May 26, 2011

Falcao kini menjadi rebutan Arsenal dan Tottenham

Arsenal dan Tottenham kini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan penyerang Porto dan Columbia Radamel Falcao. Falcao adalah ayam tambatan Porto pada musim ini dengan rekod jaringan 41 gol di dalam 50 perlawanan termasuk dengan 17 jaringan yang dilakukannya didalam kempen Piala Liga Eropah.

Falcao pada minggu lalu dilaporkan menolak tawaran Arsenal dan Tottenham untuk menandatangani kontrak terbaru bersama Porto tetapi kini dikatakan sudah berubah fikiran dengan memberitahu setelah banyak membantu Porto pada musim ini, kini dia sudah bersedia untuk berpindah. Keadaan ini memaksa Porto untuk menjualnya dalam masa terdekat kerana harganya kini sudah mencecah £25 juta.

Arsene Wenger kini sedang mencari pengganti Nicklas Bendtner dan juga sedang cuba mendapatkan Karim Benzema. Harry Redknapp pula amat memerlukan penyerang yang berkaliber di Tottenham memandangkan ketumpulam serangan mereka amat dirasai pada musim ini.

David de Gea akan ke Man United

Manchester United kini dikatakan di dalam proses terakhir untuk membawa David De Gea, penjaga gol Atletico Madrid (yang juga pemain kelahiran Madrid) ke Old Trafford. Bayaran yang dikenakan dianggarkan sebanyak £18.3 juta dan dijangka urusniaga tersebut bakal disahkan selepas pertembungan akhir Liga Kejuaraan Eropah Sabtu nanti.


Sir Alex nampaknya amat terdesak untuk mendapatkan penjaga selepas Edwin Van Der Sar dijangkakan akan bersara dan penjaga gol simpanan Tomasz Kusczack juga dijangkakan akan beralih angin pada musim hadapan meninggalkan satu-satunya penjaga gol muda yang baru dibeli Anders Lindegaard.

David De Gea yang berusia 20 tahun adalah penjaga gol pasukan U21 Sepanyol dan sudah diperhatikan sejak sembilan bulan lalu oleh Sir Alex. Namun, dia bukanlah pilihan terbaiknya kerana usianya yang muda. Pilihan utama Manuel Neuer kini dikatakan akan meninggalkan Schalke untuk ke Bayern Munich manakala pilihan kedua penjaga gol Ajax Maarten Stekelenburg dikatakan tidak sesuai dengan kehendaknya.

Dari sumber yang lain pula Manchester United kini juga telah dikaitkan dengan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri yang bakal tamat kontraknya hujung musim hadapan.

Wednesday, May 25, 2011

Chelsea singkirkan Ancelloti

Berita yang sudah lama tetapi sengaja di 'post' sebagai rujukan. Berikutan kekalahan Chelsea 0-1 keatas pasukan midtable Everton, pemilik Chelsea tanpa gusar telah memecat pengurus mereka Carlo Ancelloti. Ini menjadikan Ancelloti adalah mangsa kedua disingkirkan disebabkan prestasi pasukan yang tidak memuaskan pemilik kelab selepas Avram Grant di singkirkan daripada West Ham minggu lalu.

Tindakkan itu nampak keterlaluan tetapi memandangkan dengan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setelah sekian lama termasuk perbelanjaan terakhir yang membawa Fernando Torres dengan harga £50 juta. Roman Abramovich mempunyai sebab yang kuat, wang yang dilaburkan mesti diganti dengan trofi yang akan dipertontonkan di Stamford Bridge terutamanya kejuaraan EPL ataupun Piala Liga Kejuaraan Eropah yang begitu diimpikan.

Pemecatan ini juga menambahkan lagi jumlah pengurus yang pernah disingkirkan dengan Abramovich setelah sebelum ini Mourinho, Hiddink, Scolari dan Avram Grant juga pernah menerima nasib yang serupa.

Sehingga kini terdapat beberapa nama telah disenarai pendek untuk mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan Ancelloti antaranya adalah Pengurus Porto yang baru menempa nama Andre Villas-Boas, Hiddink and Frank Rijkaard.

Tuesday, May 24, 2011

Reading dan Swansea tentukan slot terakhir ke EPL.

Setelah semua pasukan telah pun melangkapkan jadual perlawanan masing-masing semalam maka tamatlah saingan EPL pada musim 2010-11 ini dimana Manchester United membuktikan keunggulannya dengan menjuarai liga ini buat kali ke-19 seterusnya memecahkan rekod 18 kemenangan yang pernah dikecapi oleh Liverpool sebelum ini.

Agak malang juga kerana keputusan semalam tidak memihak kepada tiga pasukan yang tersingkir ke liga kejuaraan iaitu Birmingham, Blackpool dan West Ham. Liverpool juga boleh dikatakan mengalami nasib yang serupa apabila tidak dapat melayakkan pasukan ke kejohanan Eropah pada musim hadapan.

Kini slot yang dikosongkan oleh tiga pasukan yang tersingkir tersebut bakal diisi oleh tiga pasukan yang akan dinaikkan ke EPL, dua calon tersebut telahpun diketahui iaitu milik QPR dan Norwich City. Satu slot lagi bakal ditentukan oleh perlawanan akhir play-off Liga Kejuaraan nPower diantara Reading dan Swansea di Wembley Stadium 30 May nanti.

Berikut adalah kemungkinan calon-calon yang akan mengisi slot kejohanan Eropah dan pasukan EPL pada tahun hadapan.

Liga Juara-Juara Eropah - Man Utd, Chelsea, Man City (layak secara automatik), Arsenal (pusingan kelayakan)
Liga Kejuaraan Eropah - Tottenham (Untuk pusingan kelayakkan Liverpool/Everton/Birmingham)
Birmingham telah turun ke Liga nPower - (Let FA decide ha ha)
Pasukan Tersingkir - West Ham, Blackpool dan Birmingham City
Pasukan Ke EPL : QPR, Norwich dan (Reading/Swansea)
Juara EPL : Manchester United.
Juara Piala FA : Manchester City
Juara Piala Inggeris : Birmingham City
Charity Shield : Manchester United

Keputusan perlawanan play-off Liga Kejuaraan nPower
Pusingan pertama :
12/5/11     Nottingham Forest  0 : 0  Swansea
13/5/11     Reading  0 : 0  Cardiff

Pusingan kedua :
16/5/11     Swansea  3 : 1  Nottingham Forest
(Swansea layak Agg 3:1)
17/5/11     Cardiff  0 : 3  Reading
(Reading layak Agg 0:3)

Final :
30/5/11 Reading vs Swansea

Friday, May 20, 2011

Porto Juarai Piala Liga Eropah 2010/2011

Porto akhirnya berjaya menjuarai Piala Liga Eropah untuk kali ke-7 setelah menewaskan kelab senegera daripada Portugal, Braga dengan jaringan 1-0. Penyerang mereka, Falcao yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-17 dan menjadikan dia sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 17 jaringan. Jumlah jaringan ini juga berjaya menyamai rekod jaringan gol terbanyak untuk satu musim yang berusia 15 tahun oleh Jurgen Klinsman.

Piala ini adalah yang pertama untuk Porto selepas Jose Mourinho membawanya pulang pada musim 2003. Dapatkan update keputusan Piala Liga Eropah di sini.