Thursday, June 30, 2011

Manchester United sah perolehi David De gea

Manchester United telahpun mengesahkan penjaga gol U21 Sepanyol ini telahpun menandatangani perjanjian selama 5 tahun dan telahpun lulus ujian kesihatan pada Isnin lalu.

De Gea yang banyak disamakan dengan Edwin Van Der Sar dikatakan mempunya prospek masa hadapan yang cerah baru sahaja menjuaraai Piala Kejuaraan Eropah U21 bersama Sepanyol. Dia amat bergembira dengan kelab barunya ini dan berjanji akan berusaha untuk mengekalkan reputasinya memandangkan dia kini berada di sebuah kelab yang ternama di Eropah.

Kehadiran De Gea ke Manchester United juga menandakan yang Tomasz Kuszczak bakal meninggalkan Old Trafford sedikit masa lagi.

Perpindahan ini menjadikan Manchester United kini telahpun membelanjakan sebanyak £50juta untuk mendapatkan pemain baru pada musim ini dan ini termasuklah Ashley Young da Phil Jones. Manchester United dijangkan akan berusaha untuk membawa seorang lagi pemain untuk menggantikan Paul Scholes yang bersara. Antara pemain yang disenaraikan adalah sasaran jangka panjang mereka, Wesley Sneidjer, Luka Modric dan Alexis Sanchez.

Monday, June 20, 2011

Pemain sasaran Liverpool gagal akibat risiko kecederaan

Liverpool terpaksa berputih mata kerana mungkin terpaksa melepaskan pemain sasaran jangka panjang mereka, Sylvian Marveux dari Rennes. Pemain sayap ini bakal di ikat Liverpool dengan gaji di sekitar £60,000 seminggu setelah diperolehi dengan perpindahan percuma.

Pemain Perancis ini dipercayai telah diperhatikan oleh Comolli sejak tahun lepas dan mahukan dia segera ke Liverpool tetapi melengahkan perpindahan tersebut sehingga musim ini untuk memperolehinya secara percuma. Ikuti berita tersebut yang pernah di post di masa tambahan di sini.


Kegagalan ujian perubatan Marveux dilaporkan amat kronik kerana kecederaan pangkal paha yang dialaminya pada musim ini berkemungkinan akan berulang. Tidak mahu menanggung risiko akhirnya pihak pengurusan Liverpool memutuskan untuk menangguh seketika pemberian kontrak kepada Marveux.

Sekiranya gagal Newcastle United dikatakan sedang menunggu masa untuk menyambar pemain ini. Dan ini adalah pemain ketiga yang gagal diperolehi Liverpool setelah mereka kehilangan Phil Jones dan Ashley Young yang akan ke Manchester United. Liverpool pada masa ini bagaimanapun telah berjaya mengikat Jordan Henderson daripada Sunderland.

Thursday, June 2, 2011

Tony Fernandes membida untuk mengambilalih West Ham

Tony Fernandes yang juga pemilik pasukan F1 Team Lotus dan CEO syarikat penerbangan AirAsia hari ini telah mengesahkan melalui halaman Twitternya yang dia telah membuat bidaan untuk mendapat kelab dari London ini. Ia adalah hari yang sama dimana pemilik sekarang David Gold dan David Sullivan mengesahkan nama pengurus baru West Ham Sam Allardyce.

Berita ini tidak begitu mengejutkan kerana dua tahun lalu Fernandes juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Newcastle United yang juga mengalami nasib serupa West Ham setelah digugurkan ke Liga kedua di England. tetapi dia telah menarik diri pada saat-saat akhir.

Fernandes dikatakan mula menunjukkan minat untuk mendapatkan West Ham atau sekurang-kurangnya mendapatkan sedikit pegangan sejak November lalu semasa pengerusi West Ham Andrew Bernhardt berada di Kuala Lumpur tetapi tiada persetujuan tercapai walaupun perbincangan tersebut berlarutan sehingga Januari 2011.

Sekiranya berjaya ini bermaksud Liga Kejuaraan nPower pada musim hadapan akan dibarisi oleh dua pasukan yang dimiliki oleh hartawan daripada Malaysia dimana Cardiff City pada masa ini dikatakan mendapat suntikan dana daripada Tan Sri Vincent Tan.