Thursday, September 30, 2010

Didier Deschamps dedah tawaran Liverpool

Didier Deschamps mendedahkan bahawa Liverpool pernah menawarkan tugas pengurus pasukan kepadanya sebelum tugas tersebut diberikan kepada Roy Hodgson.

Pengurus Marseille ini yang juga pernah bermain di EPL bersama Chelsea memberitahu dia telah membuat perbincangan yang lanjut untuk tugas tersebut tetapi terpaksa membuat keputusan untuk terus bersama Marseille. Dia menambah adalah sukar untuk menolak tawaran tersebut tetapi masa tidak menyebelahinya ketika itu.

Marseille lebih memerlukan beliau ketika ini selepas berjaya membawa Marseille menjuarai liga Perancis pada musim lepas.

West Ham membuat tawaran untuk menggunakan Stadium Olympic London

West Ham bercadang untuk berpindah ke Stadium Olympic London selepas sukan Olimpik 2012 nanti. West Ham akan menyerahkan cadangan tersebut kepada Olympic Park Legacy Company.

Kekurangan stadium ini ialah rekabentuknya yang tidak sesuai untuk perlawanan bolasepak di England kerana mempunyai trek larian di sekeliling padang. Dilaporkan West Ham bercadang untuk membuat beberapa pengubahsuaian termasuk mengurang kapasiti penonton kepada hanya 60,000 penonton.

Selain West Ham Tottenham juga dikatakan berminat untuk berpindah kesini tetapi terpaksa melupakan hasrat mereka kerana sebarang tawaran yang dibuat Tottenham mengakibatkan cadangan pembangunan infrastruktur di White Hart Lane tidak akan diluluskan.

Wednesday, September 29, 2010

David De Gea calon pengganti Var Der Sar

Semasa perlawanan Manchester United menentang Scunthorpe minggu lepas untuk perlawanan English Carling Cup terdapat laporan yang memberitahu Alex Furgeson dan jurulatih penjaga golnya Eric Steele telah berada di Sepanyol untuk menyaksikan perlawanan Liga Sepanyol antara Atletico Madrid dan Valencia yang berkesudahan 1-1.

Banyak laporan menyatakan tujuan Sir Alex adalah untuk melakukan aktiviti risikan sebagai persediaan Manchester United menentang Valencia untuk perlawanan liga juara-juara esok. Rupanya kedatangannya adalah bersifat serampang dua mata kerana selain memerhatikan permainan Valencia Sir Alex juga sedang memerhatikan penjaga gol Atletico Madrid kini David De Gea yang berusia 19 tahun untuk disenaraikan sebagai prospek perpindahan terbaru Manchester United. Dilaporkan juga perkembangan De Gea telah diperhatikan sejak Januari lalu oleh Manchester United.

Alex Ferguson yang kini amat terdesak untuk mendapatkan peganti penjaga gawangnya Edwin Van Der Sar yang bakal mencecah umur 40 tahun bulan depan. Walaubagaimanapun De Gea memberitahu yang dia amat gembira dengan peningkatannya di Atletico Madrid sekarang dan mahu menamatkan kontraknya yang terikat sehingga 2013 nanti.

Kevin Nolan kritik masalah pertahanan Newcastle

Kapten Newcastle Kevin Nolan mendesak rakan sepasukannya untuk belajar daripada kesilapan pertahanan pasukannya sekiranya mahu untuk terus bersaing di EPL. Newcastle yang kini berada ditangga ke-10 adalah pasukan yang baru dinaikkan ke EPL pada musim ini.

Newcastle telah ditewaskan oleh Stoke pada perlawanan terakhir mereka hasil jaringan sendiri pemain mereka yang dibawa dari Nottingham Forest James Perch. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 1-2. Nolan menyatakan mereka tidak bernasib baik kerana dua gol mudah akibat kesilapan pertahanan walaupun Newcastle mengusai keseluruhan permainan.

Kekalahan ini mengakibat Newcastle kini telah tewas dua kali ditempat sendiri selepas ditewaskan Aston Villa 6-0. Newcastle kini sedang berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan set-piece pertahanan mereka kerana akan berkunjung ke Manchester City pada hujung minggu ini.

Rooney direhatkan selama 3 minggu

Wayne Rooney terpaksa disisihkan daripada skuad Manchester United dan England untuk selama tiga minggu berikutan kecederaan buku lali yang menimpanya.

Penyerang yang kekurangan bisanya pada permulaan musim ini dimasukkan sebagai pemain simpanan semasa United menentang Bolton hujung minggu lalu juga tidak akan dibawa ke Valencia malam esok untuk perlawanan Liga Juara-Juara.

Rooney juga akan terlepas peluang untuk beraksi dalam perlawanan EPL berikutnya menentang Sunderland dan juga perlawanan untuk England menentang Montenegro 12 Oktober nanti untuk kempen England didalam Kelayakan Eropah 2012.

Selain itu Paul Scholes juga tidak akan diturunkan Manchester United untuk perlawanan menentang Valencia nanti kerana kecederaan betis.

Monday, September 27, 2010

Keputusan Undian English Carling Cup (4th Round)

Arsenal akan berhadapan dengan pasukan yang menewaskan Chelsea dalam pusingan ketiga lalu, Newcastle didalam perlawanan seterusnya English Carling Cup. Newcastle berjaya menewaskan Chelsea dengan keputusan 4-3 manakala Arsenal layak kepusingan ini dengan kemenangan mengatasi Totenham 4-1.

Manchester United pula akan berhadapan dengan satu lagi pasukan EPL, Wolves manakala Northampton yang menewaskan Liverpool akan bertemu Reading.

Perlawanan dijangka akan berlangsung pada 25 Oktober 2010.

Pusingan ke empat English Carling Cup :

Newcastle United vs Arsenal
Birmingham City vs Brentford
Wigan Athletic vs Swansea City
Aston Villa vs Burnley
Leicester City vs West Brom
Manchester Utd vs Wolverhampton
West Ham v Stoke City
Ipswich Town v Northampton

Almunia tidak setaraf Arsenal

Bekas pengurus Arsenal George Graham memberi komen Arsenal tidak mengkin akan menjadi pencabar utama di EPL sekiranya masih menggunakan Manuel Almunia sebagai penjaga gawang utama mereka.
Komen ini berikutan kesilapan Almunia yang membolehkan Gonzalo Jara menjaringkan gol kedua WBA kelmarin dalam perlawanan yang berkesudahan Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 2-3 kepada kelab yang baru dinaikkan ke EPL musim ini.

Semasa jangka waktu perpindahan lalu Arsenal sudah mencuba untuk mendapatkan penjaga gol seperti Mark Schwarzer dari Fulham tetapi semua urusan mereka tidak mencapai kata putus mengakibatkan Arsenal gagal membawa seorang pun penjaga gol yang mereka mahukan.

George Graham menambah Almunia adalah seorang penjaga gol yang baik setanding dengan penjaga gol yang lain dari pasukan EPL yang lain tetapi untuk Arsenal yang mementingkan persembahan yang cemerlang untuk terus mencabar lawan yang lain di EPL mereka juga memerlukan seorang penjaga gol yang cemerlang dan mencadangkan supaya Arsenal cuba mencarinya walaupun di luar England dan Eropah.

Komen Arsene Wenger
Wenger menyifatkan kekalahan semalam bukan berpunca daripada Almunia kerana dia juga berjaya mematahkan beberapa cubaan lain daripada pemain WBA termasuk menyatakan bahawa gol pertama adalah daripada sepakan penalti.

Arsenal tewas kerana kelemahan disemua unitnya dan kelemahan tersebut dapat di lihat dari keseluruhan bahagian termasuk pertahan dan tengah.

Saturday, September 25, 2010

Gerrard: Liverpool akan berada di kelompok 4 terbaik

Steven Gerrard mensasarkan Liverpool berada pada kedudukkan keempat EPL sehingga tamat musim ini, sasaran ini sudah mencukupi buat juara 18 kali EPL ini dan jika Liverpool berjaya menjuarainya ia adalah satu bonus.

Liverpool kini berada pada kedudukan ke 16 dengan hanya mengutip 5 mata daripada 5 perlawanan dan dimalukan oleh oleh pasukan Division dua Northampton Town dalam pelawanan English Carling Cup. Walaubagaimanapun Gerrard masih realistik dengan kemampuan Liverpool selepas ini dan mereka mampu bangkit kembali daripada kekalahan yang lalu.

Kekalahan kepada Northampton dianggap adalah satu kejutan terbesar di dalam sejarah bolasepak Liverpool dan Gerrard mahu kesilapan ini akan menjadi punca kebangkitan Liverpool selepas ini.

Thursday, September 23, 2010

Fergie mahu Ronaldo kembali ke Old Trafford

Perasaan tidak puas hati Ferguson dengan bahagian midfield Manchester United nampaknya semakin dapat dirasai oleh peminat-peminat Manchester United. Dengan belenggu masalah kecederaan pemain-pemain di bahagian itu dan selepas Fergie membuat komen mengenai bahagian tengah pasukan itu yang kekurangan kreativiti selepas seri 2-2 dengan Rangers dalam perlawanan Liga Juara Eropah minggu lepas, kini tersebar pula cerita di seluruh England dan Sepanyol yang mengatakan Fergie sedang berusaha untuk mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo yang dijual ke Real Madrid dengan harga £80 Million.

Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak begitu bergembira di Real Madrid dengan hanya menjaringkan 2 gol daripada 5 perlawanan Real Madrid setakat ini dan dia juga sedang berusaha untuk mendapatkan kembali tahap persembahan terbaiknya.

Revolusi tahun baru Gerrard Houlier

Selepas baru mendapatkan tempatnya sebagai pengurus baru Aston Villa dan menyusun semula barisan staff-staff disitu, kini Houllier sedang mencari pemain-pemain baru yang akan membarisi skuad Aston Villa pada perpindahan pemain untuk slot Januari depan. Berikut adalah nama-nama yang dikatakan telahpun berada dalam pemerhatian Houllier.

John Mensah
Pemain pertahanan Ghana yang kini berpengkalan di Lyon, Perancis tetapi dipinjamkan ke Sunderland dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika bersama Sunderland.

Jermaine Jenas
Jenas pada ketika kurang digunakan di Tottenham berikutan kehadiran Rafael Van Der Vaart dan mungkin aka diberikan option perpindahan sekiranya Tottenham menerima bayaran yang setimpal. Tetapi agak menggusarkan apabila Jenas hanya bermain 19 perlawanan sahaja pada musim lepas.

Scott Loach
Dengan Penjaga Gol Brad Friedel yang kini mencecah 40 tahun, penjaga gol berusia 22 tahun dari Watford mungkin akan dibawa ke Villa Park. Agak cemerlang pada musim lepas apabila mendapat 12 clean sheet daripada 46 perlawanan.

Steven N’Zonzi
Berasal dari Perancis N'Zonzi yang berusia 21 tahun ketika bermain bersama Blackburn. Dikatakan corak permainanya tidak sesuai dengan corak permainan Blackburn. Tetapi Villa memerlukan harga yang mahal kerana N'Zonzi baru sahaja mengikat kontrak 5 tahun di Ewood Park.

Djbril Cisse
Juga berasal daripada Perancis, terdapat khabar angin yang Cisse akan berpindah ke Manchester United ataupun Liverpool (kelab lamanya) tetapi dilaporkan Cisse kini amat bergembira berada di Panathianakos, Greece. Cisse adalah penjaring terbanyak Liga Premier Greek pada 2009/10 dan begitu teruja kerana berpeluang bermain di Liga Juara Eropah sekarang. Ini sedikit mungkin mengagalkan prospek perpindahannya ke Aston Villa.

Wednesday, September 22, 2010

Benitez membalas kritikan terhadapnya

Selepas Benitez dikritikan hebat oleh Alex Furgeson dan Jose Mourinho mengenai pencapaiannya di Liverpool, hari ini dia mengumumkan bahawa dia sangat gembira berada di Inter Milan kerana mempunyai seorang Presiden Kelab, Massimo Moratti yang amat memahami bolasepak. Sebaliknya di Liverpool dia menghadapi ketengangan hubungan yang berpanjangan dengan pemilik Liverpool Tom Hicks and George Gillett dan menyifatkan kedua-dua bekas majikannya itu tidak tahu menahu tentang bolasepak.

Inter Milan dibawah Benitez memulakan kempen liga dengan baik dengan dua kemenangan dan satu seri daripada tiga perlawanan. Di dalam perlawanan Liga Juara Eropah pula Inter hanya seri 2-2 dengan Twente.

Semuanya bermula dengan baik bagi Benitez di Inter Milan cuma sedikit komen daripada penyerang Inter Diego Milito yang menyatakan dia tidak selesa berada bersama Benitez kerana sering diletakkan sebagai pemain simpanan.

Tuesday, September 21, 2010

Ujian sebenar Chelsea Menentang Man City minggu ini

Carlo Ancelotti menjangkakan ujian sebenar pasukannya pada musim ini bermula dengan pertemuan menentang Manchester City di Eastland hujung minggu ini. Selepas kekalahan kepada Manchester United di perlawanan Charity Shield 8 Ogos lalu Chelsea bermula garang dengan 7 perlawanan berikutnya dengan dengan memenangi semua perlawanan termasuk meledakkan 25 gol dan hanya bolos 2 gol.

Namun Pengurus Chelsea ini menyifatkan Chelsea bernasib baik kerana hanya bertemu dengan pasukan-pasukan yang berada di kelompok tengah liga sahaja dan pertemuan dengan Man City minggu ini akan menjadi ukuran sebenar keupayaan Chelsea.

Ancelloti juga berharap pasukannya akan mendapat momentum untuk meneruskan kecermelangan mereka setakat ini tambahan pula dengan menjangkakan kehadiran semula Frank Lampard kedalam kesebelasan utamanya selepas menjalani pembedahan Hernia.

Berikut adalah pertemuan-pertemuan Chelsea terdahulu.

8/Ogos  kk  Manchester United   1-3
14/Ogos mn  W.B.A               6-0 
21/Ogos mn  Wigan               6-0 
28/Ogos mn  Stoke               2-0
11/Sept mn  West Ham            3-1 
15/Sept mn  MSK Zilina          4-1
19/Sept mn  Blackpool           4-0 

Monday, September 20, 2010

Aksi Berbatov bersama MU makin meyakinkan

Sir Alex percaya Dimitar Berbatov akhirnya sudah bersedia untuk mendominasi EPL apabila Berbatov menjaringkan hatrick semasa pertemuan dengan Liverpool semalam. Manchester United menewaskan Liverpool 3-2 dengan kesemua jaringan United dijaringkan oleh Berbatov.

Berbatov memulakan kempen yang suram bersama Man United sejak berpindah dari Tottenham pada 2008 dengan nilai £30 million. Mungkin kerana dengan kehadiran Ronaldo dan Rooney pada tahun-tahun sebelumnya menenggelamkan keupayaan sebenarnya yang pernah menjadi pemain Tottenham yang digeruni sebelum dipancing ke Old Trafford.
Sehingga kini Berbatov sudah menjaringkan 7 gol daripada enam permainan.

Sunday, September 19, 2010

Manchester United juga didakwa sedang mengalami kejatuhan

Musim ini mungkin akan menjadi penentuan untuk Liverpool terus bersaing sebagai pencabar utama EPL setelah diambilalih oleh Roy Hodgson atau menjadi seperti pasukan Everton yang gah pada era 80an dulu tetapi kini hanya menghuni dipertengahan liga sahaja.

Terdapat komen yang menyatakan bahawa Sir Alex perlu mendapatkan pemain yang berkaliber sekiranya mahu terus bersaing untuk tahun-tahun akan datang. Dengan dua pemain terbaik mereka sekarang Paul Scholes and Ryan Giggs yang sudah menjangkau lebih daripada 35 tahun dan penjaga gol Edwin van der Sar yang akan mencapai umur 40 tahun bulan depan usaha yang keras mesti dilakukan keatas pasukan untuk terus berada di kelompok pasukan yang boleh bersaing di liga juara-juara Eropah.

Dan sekiranya Alex Furgeson menyatakan hasratnya untuk bersara, bagaimanakah pula nasib pasukan ini?

Furgeson salahkan Benitez punca kejatuhan Liverpool

Selepas terdahulunya Jose Mourinho kini Sir Alex Ferguson pula menyatakan Rafael Benitez adalah pengurus yang bertanggungjawab keatas kejatuhan prestasi Liverpool bersaing di EPL. Beliau sebenarnya menyangkal dakwaan bahawa pemilik Liverpool adalah punca kejatuhan Liverpool sekarang.

Pada bulan lepas Mourinho memberi komen mengenai pasukan Liverpool dibawah bimbingan Benitez semakin kurang kekuatannya dari setahun ke tahun berikutnya.

Sir Alex merasakan Benitez telah diberikan dana yang banyak oleh pemilik kelab semasa dia mula menjalankan tugasnya di Liverpool tetapi rekod pembelian yang dilakukan oleh Benitez membuktikan bahawa dia tidak mampu membelanjakannya sebaik mungkin.

Liverpool berada pada kedudukan ke-7 pada musim lalu dan kedua selepas Man United pada tahun sebelumnya walaupun jumlah wang yang digunakan oleh Liverpool adalah lebih banyak berbanding Manchester United.

Thursday, September 16, 2010

Clash of the week : Manchester United vs Liverpool

Sir Alex Furgeson telah dikritik hebat pada minggu ini setelah tidak menurunkan barisan pemain terbaik Manchester United menentang Rangers pada perlawanan Kejuraan Eropah. Perlawanan yang berkesudahan dengan 0-0.

Semua perubahan drastik ini dilakukan hanyalah sebahagian daripada persiapan Sir Alex untuk menghadapi Liverpool pada pertembungan tumpuan liga EPL minggu ini. Dikatakan 10 perubahan drastik dilakukan oleh Man United semasa menentang Rangers.

Mengendahkan kritikan yang diterima Sir Alex, nampaknya pengurus Liverpool Roy Hodgson juga akan menggunakan pendekatan yang serupa apabila Liverpool melayan kunjungan Steaua Bucharest untuk perlawanan Piala Eropah malam ini. Hodgson dijangkakan akan merehatkan dua ayam tambatannya Torres dan Gerrard.

Sementara itu Torres nampaknya juga lebih fokus kepada pertembungan dengan Manchester United dengan mengatakan bahawa kemenangan dengan United adalah segala-galanya bagi beliau yang dikritik baru-baru ini kerana gagal bermain dengan baik semasa Liverpool seri 0-0 dengan Birmingham minggu lepas. Torres menganggap kejayaan menundukkan United juga adalah untuk membalas kepercayaan Hodgson keatasnya.

Houllier sasarkan Micheal Owen

Pengurus baru Aston Villa mencadangkan agar beliau dapat membawa penyerang Manchester United Michael Owen ke Villa.

Beliau sempat memerhatikan permainan Owen semasa perlawanan testimoni Jamie Carragher 4 September lepas dan masih yakin dengan keupayaan penyerang yang pernah bersamanya di Liverpool dulu.

Owen, 30, sehingga kini masih lagi bergelut untuk mendapatkan tempat ke dalam kesebelasan utama Manchester United.

Portugal mahu pinjamkan Mourinho untuk dua perlawanan kelayakan Eropah 2012

Portugal mengharapkan ehsan daripada Real madrid untuk membenarkan Jose Mourinho mengemudi skuad negara tersebut untuk dua perlawanan kelayakan Eropah 2012.

Portugal yang kini tidak mempunyai jurulatih setelah Carlos Queiroz disingkirkan pada minggu lepas berikutan salahlaku buruk mengenai kes anti-doping. Sehingga kini hanya terdapat spekulasi bahawa bekas pengurus Sporting Lisbon Paulo Bento akan diberikan tugas ini selain kenyataan Deigo Maradona juga dikatakan juga berminat.
Portugal telahpun mengharungi dua perlawanan kelayakan dengan keputusan seri 4-4 dengan Cyprus dan tewas kepada Norway 1-0. Kini FPF berharap Mourinho dapat mengemudi skuad kebangsaan Portugal untuk menghadapi lawan seterusnya Denmark dan Iceland.

Liga Juara Eropah 2010/2011



Group A
TeamPLWDLFAPts
1Tottenham6321181111
2Inter Milan6312121110
3Twente61329116
4Werder Bremen61236125
Group B
TeamPLWDLFAPts
1Schalke 04641110313
2Lyon6312111010
3Benfica62047126
4Hapoel Tel-Aviv61237105
Group C
TeamPLWDLFAPts
1Man United64207114
2Valencia632115411
3Rangers6132366
4Bursaspor60152161
Group D
TeamPLWDLFAPts
1Barcelona642014314
2København63127510
3Rubin Kazan6132246
4Panathinaikos60242132
Group E
TeamPLWDLFAPts
1Bayern Munich650116615
2Roma6312101110
3Basel62048116
4CFR Cluj61146124
Group F
TeamPLWDLFAPts
1Chelsea650114415
2Marseille640212312
3Spartak Moscow63037109
4MŠK Žilina60063190
Group G
TeamPLWDLFAPts
1Real Madrid651015216
2AC Milan6222778
3Ajax62136107
4Auxerre61053123
Group H
TeamPLWDLFAPts
1Shakhtar Donetsk650112615
2Arsenal640218712
3SC Braga63035119
4FK Partizan60062130






Statistik



Goals scored
11Lionel MessiBarcelona
8Samuel Eto'oInternazionale
8CleoPartizan
8Mario GomezBayern Munich
7Peter CrouchTottenham
Assists
6Mesut OzilReal Madrid
5Carlos MartinBenfica
5Arron LennonTottenham
5Darijo SrnaShahtar Donetsk 
4Ryn GiggsManchester United 
Red cards
1André OoijerAjax 
1Rafael van der VaartTottenham 
1Jean-Pascal MignotAuxerre 
1Bacary SagnaArsenal 
1Felice PiccoloCFR Cluj 
Yellow cards
5Sergio RamosReal Madrid 
5Jefferson FarfanSchalke
4Christian ChivuInter Milan 
4RamiresChelsea
4Ricaldo CarvalhoReal Madrid 

Antonio Valencia alami kecederaan serius

Kecederaan yang menimpa sayap Manchester United semasa pertemuan UCL menentang Rangers semalam dianggap amat serius dan Sir Alex Furgeson menjangkakan Valencia mungkin terpaksa direhatkan untuk sepanjang musim. Pemain pertahanan Ranger Kirk Broadfoot yang berada berhampiran Valencia menyatakan posisi buku lali Valencia berada pada keadaan songsang dan ia amat menakutkan. Valencia juga diberikan penafasan Oksigen semasa dikeluarkan untuk mengurangkan kesakitan.


Valencia akan menjalani pembedahan pada hari ini untuk membetulkan semula kedudukan buku lalinya. Furgeson menambah kecederaan Valencia adalah hampir serupa dengan kecederaan yang dialami oleh Alan Smith pada 2006 lalu.

Keputusan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 0-0.

Wednesday, September 15, 2010

Sayap Ajax Evander Sno menerima serangan jantung semasa perlawanan

Pemain berusia 23 tahun ini jatuh ke tanah selepas 18 minit dimasukkan dari bangku simpanan. Sno menerima rawatan di tepi padang selama 10 minit dengan diberikan 3 kali defibrillator sebelum dibawa ke hospital.

Tindakan pantas doktor pasukan mendapat pujian umum dalam menangani saat kecemasan tersebut. Beliau mungkin tidak dapat diselamatkan tanpa bantuan mereka.
Sno memulakan karier di Feyenoord sebelum berpindah ke NAC Breda, Celtic, Ajax, Bristol City dan kembali semula ke Ajax. Sno adalah bekas pemain pasukan U21 Belanda.

Tuesday, September 14, 2010

Sven-Goran Eriksson menimbangkan untuk ke Al Hilal

Selepas gagal mendapatkan tugas di Aston Villa, Sven-Goran Eriksson kini sedang menimbangkan untuk menguruskan kelab dari Arab Saudi Al Hilal.

Al Hilal kehilangan pengurusnya Eric Gerets yang ditawarkan sebagai jurulatih Morocco dengan kontrak £1.2 million selepas kempen Kejuaraan Asia Al Hilal tamat.

Eriksson tidak mempunya sebarang pekerjaan selepas kempen yang mendukacitakan bersama Ivory Coast di Piala Dunia 2010. Al Hilal telah memenangi kejuaraan Arab Saudi sebanyak 12 kali dan mempunya 2 bekas pemain EPL ex-Bolton midfielder Christian Wilhelmsson and the former Tottenham Hotspur Lee Young-Pyo.

Portugal singkirkan Carlos Queiroz

Untuk kali kedua, akhirnya Portuguese Football Federation (FPF) hari ini telah melepaskan tugas jurulatih Portugal yang disandang oleh Carlos Queiroz.


Kontrak Carlos Queiroz telah dihentikan serta merta kata Presiden FPF Gilberto Madaíl. Queiroz yang merupakan bekas Pengurus Sporting Clube de Portugal, Real Madrid dan bekas pembantu Sir Alex Furgeson di Manchester United telah dihentikan tugas untuk kali kedua setelah perbehantian pertama yang dikuatkuasakan semasa dua perlawanan kelayakan UEFA EURO 2012 Portugal dengan seri 4-4 kepada Cyprus dan dikalahkan 1-0 oleh Norway.

Queiroz mengambilalih tugas daripada Luiz Felipe Scolari pada 2008 untuk kali kedua setelah pernah mengemudi Portugal pada tahun 1991 ke 1993. Queiroz membawa Portugal ke Piala Dunia 2010 setelah menewaskan Bosnia-Herzegovina di play-offs adalah satu pencapaian yang kurang memberangsangkan dan tewas 1-0 kepada Sepanyol di suku akhir.

Fulham kehilangan Bobby Zamora empat bulan

Penyerang Fulham dan England Bobby Zamora mengalami kecederaan kaki dan terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya 4 bulan.

Zamora ditimpa kecederaan semsa perlawanan EPL menentang Wolves Sabtu lepas yang berkesudahan Fulham menewaskan Wolves 2-1.

Zamora yang menandatangani kontrak 4 tahun di Craven Cottage sehari sebelum kecederaan terpaksa dileluarkan 30 minit selepas perlawanan setelah bergelut dengan captain Wolves Karl Henry. Mark Hughes mengesahkan berita kecederaan ini selepas Zamora berjaya menjalani operasi pembedahan Ahad lepas.

Zamora, 29, mendapat caps pertama England semasa perlawanan menentang Hungary bulan lepas. Berita ini sedikit sebanyak telah menggangu persiapan Fabio Capello menentang Montenegro di Wembley bulan depan setelah Jermain Defoe juga dikatakan hanya dapat bermain semula selepas tiga bulan kerana masalah kecederaan ligament tumit.

Jamie Redknapp kecam prestasi Torres

Bekas pemain Liverpool Jamie Redknapp mengecam Fernando Torres dengan menyatakan Torres kurang keinginan untuk bermain sehingga ke tahap tinggi.

Torres yang bergelut untuk mengembalikan prestasi terbaiknya sejak kecederaan pada musim lalu kelihatan kurang bergerak semasa Liverpool seri 0-0 dengan Birmingham. Pergerakan Torres senantiasa dapat dikekang oleh Roger Johnson and Scott Dann.

Sejak penampilan Torres bersama Sepanyol pada Piala Dunia lalu Torres sentiasa dikecam oleh pemerhati bolasepak dan kini Jamie Redknapp adalah yang terbaru. Pada perlawanan Sabtu lepas Redknapp menyatakan Torres kurang mengawal bola, tidak mengejar dan selalu kecewa kerana kurang semangat untuk bermain.

Bagaimanapun Roy Hodgson menyangkal kenyataan ini dengan menyatakan prestasi Torres makin baik dari setiap perlawanan.

Bekas pengurus Liverpool Kenny Dalglish yang juga bertanggungjawab membeli Jamie Redknapp pada 1991 menyokong kenyataan Roy Hodgson dengan menyatakan keputusan Sabtu lepas adalah tanggungjawab keseluruhan pasukan dan menambah pergelutan pemain untuk mengembalikan prestasi terbaik mereka selepas kecederaan adalah perkara yang biasa.

Monday, September 13, 2010

Nasib Rooney untuk perlawanan menentang Rangers masih samar

Sir Alex Ferguson berkata beliau tidak menyesal kerana menyisihkan Rooney daripada kesebelasan utama skuad Man United menentang Everton Sabtu lepas dan tidak akan memikirkan samada untuk menurunkan Rooney pada perlawanan Kejuaraan Eropah nanti menentang Juara Scotland Rangers walaupun Rooney telah menjaringkan gol untuk England baru-baru ini.

Rooney telah menjadi perhatian umum kerana kesnya yang dilaporkan melanggan 2 orang pelacur semasa isterinya sedang sarat mengandung. Tindakannya itu telah mendapat reaksi negatif daripada beberapa pengurus pasukan lain termasuk pengurus England sendiri dan peminat-peminat bolasepak England.

Tanpa Rooney pada perlawanan menentang Everton Sabtu lepas Manchester United telah mengalami keputusan seri untuk kali kedua pada musim ini dengan keputusan 3-3 hasil dua jarigan lewat Tim Cahill dan Mikel Arteta.

Thursday, September 9, 2010

Gerard Houllier sahkan jawatan Pengurus Aston Villa

Gerard Houllier akhirnya menerima tawaran untuk menggantikan Martin O'Neill di Aston Villa seterusnya menamatkan spekulasi calon pengurus baru Aston Villa. Difahamkan beliau diberikan kontrak 3 tahun.

Houllier menyatakan tidak mungkin beliau akan menolak tawaran daripada antara kelab yang terkemuka di England ini. Beliau telah melepaskan jawatan beliau bersama FFF.

Ketua eksekutif Villa, Paul Faulkner berkata pengambilan Gerrard Houllier adalah berdasarkan kepada kualiti yang dikenalpasti tentang kepentingan pengalaman pengurusan dalam EPL dan strategi untuk menguatkan skuad yang sedia ada dan Houllier telah memenuhi kriteria yang diperlukan itu.

Balotelli direhatkan selama 6 minggu.

Mario Balotelli terpaksa direhatkan oleh Mancini kerana akan menjalani pembedahan lutut di Itali.

Balotelli yang mengalami kecederaan semasa debutnya bersama Manchester City menentang FC Timisoara di Romania 19 Ogos lepas. Beliau menjaringkan gol kemenangan Manchester City pada perlawanan yang berkesudahan dengan 1-0 itu.

Kini pemain yang dibeli dari Inter Milan dengan harga £22.5 million ini hanya bermain selama 33 minit sahaja terpaksa direhatkan sehingga 17 Oktober nanti.

Wednesday, September 8, 2010

Keputusan kelayakan Eropah 2010 (8/9/2010)


Russia0-1Slovakia
Georgia0-0Israel
Malta0-2Latvia
Belarus0-0Romania
Bulgaria0-1Montenegro
Turkey3-2Belgium
Sweden6-0San Marino
Macedonia2-2Armenia
Czech Republic0-1Lithuania
Albania1-0Luxembourg
Denmark1-0Iceland
Netherlands2-1Finland
Hungary2-1Moldova
Norway1-0Portugal
Croatia0-0Greece
Serbia1-1Slovenia
Austria2-0Kazakhstan
Germany6-1Azerbaijan
Switzerland1-3England
Republic of Ireland3-1Andorra
Italy5-0Faroe Islands
Bosnia-Herzegovina0-2France
Scotland2-1Liechtenstein

Enzo Zidane : Anak kepada Zidane

Berita yang hangat diperkatakan di Sepanyol sekarang sekarang mengenai kemanakah hala tuju Enzo Zidane, anak kepada bekas pemain terkemuka Perancis, Zinedine Zidane. Banyak persoalan diajukan kepada Zinedine Zidane negara manakah yang layak diwakili oleh anaknya selepas ini samada Perancis ataupun Sepanyol.

Dari satu sumber memberitahu Enzo sudah pasti akan mewakili Sepanyol kerana pada masa ini Enzo yang berumur 15 tahun telah pun membintangi barisan skuad muda Real Madrid. Tetapi Zinedine meredakan spekulasi ini dengan menyatakan ia bergantung kepada tawaran dari negara mana dahulu dan dia akan memutuskannya selepas itu.

Tuesday, September 7, 2010

Senarai Pemain Pasukan Wolves 2010/2011


SENARAI PEMAIN WOLVES 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKMarcus HahnemannEligible
13GKWayne HennesseyHome Grown
45GKAaron McCareyU-21
GKKarl Ikemi (Leicester)Eligible
2DFJelle Van DammeEligible
3DFGeorge ElokobiHome Grown
5DFRichard StearmanHome Grown
6DFJody CraddockHome Grown
11DFStephen WardEligible
16DFChristophe BerraEligible
21DFMichael MancienneHome Grown
22DFSteven MouyokoloEligible
23DFRonald ZubarEligible
32DFKevin FoleyHome Grown
36DFJohn DunleavyU-21
39DFDanny BatthU-21
41DFScott MaloneU-21
43DFJamie ReckordU-21
4MFDavid EdwardsHome Grown
8MFKarl Henry (captain)Home Grown
12MFStephen HuntHome Grown
14MFDavid JonesHome Grown
15MFGreg HalfordHome Grown
17MFMatthew JarvisHome Grown
20MFNenad MilijašEligible
25MFGeoffrey Mujangi BiaU-21
34MFAdlène GuediouraEligible
37MFDavid DavisU-21
44MFNathan RooneyU-21
9FWSylvan Ebanks-BlakeHome Grown
10FWSteven FletcherEligible
27FWMarcus BentHome Grown
29FWKevin DoyleEligible
38FWSam WinnallU-21
40FWAshley HemmingsU-21
42FWJames SprayU-21








SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN WOLVES
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Steven FletcherBurnley£6.5m
Stephen HuntHull City£3m
Steven MouyokoloHull City£2.5m
Jelle van DammeAnderlecht£2.5m
Adlène GuediouraCharleroi£2m
Jake CassidyAirbus UKUndisclosed
Michael MancienneChelseaSeason Loan
Geoffrey Mujangi BiaCharleroiSeason Loan
Marcus BentBirmingham CityFive Month Loan
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Andrew SurmanNorwich City£1.2m
Chris IwelumoBurnley£500,000
Jason ShackellBarnsleyUndisclosed
Kyle BennettBuryFree
Daniel JonesSheffield WednesdayFree
George FriendDoncaster RoversFree
Mark LittlePeterborough UnitedFree
Andy KeoghCardiff CitySeason Loan
Nathaniel Mendez-LaingPeterborough UnitedSeason Loan
Sam VokesBristol CitySix Month Loan
Carl IkemeLeicester CityOne Month Loan

Senarai Pemain Pasukan Everton 2010/2011


SENARAI PEMAIN EVERTON 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKJán MuchaEligible
24GKTim HowardEligible
GKIain Turner (Coventry)Eligible
2DFTony HibbertHome Grown
3DFLeighton BainesHome Grown
5DFJohn HeitingaEligible
6DFPhil JagielkaHome Grown
15DFSylvain DistinEligible
23DFSeamus ColemanEligible
34DFShane DuffyU-21
43DFShkodran MustafiU-21
7MFDiniyar BilyaletdinovEligible
10MFMikel ArtetaEligible
17MFTim CahillHome Grown
18MFPhil Neville (captain)Home Grown
20MFSteven PienaarEligible
21MFLeon OsmanHome Grown
25MFMarouane FellainiEligible
26MFJack RodwellU-21
38MFJames WallaceU-21
8FWLouis SahaEligible
14FWJames VaughanHome Grown
16FWJermaine BeckfordHome Grown
19FWMagaye GueyeU-21
22FWYakubu AiyegbeniHome Grown
28FWVictor AnichebeHome Grown
29FWJoão SilvaU-21
35FWKieran AgardU-21
37FWJose BaxterU-21







SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN EVERTON
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Magaye GueyeStrasbourg£900,000
Joao SilvaDesportivo Das Aves£500,000
Jermaine BeckfordLeeds UnitedFree
Ján MuchaLegia WarsawFree
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Lukas JutkiewiczCoventry City£1m
John RuddyNorwich CityUndisclosed
Dan GoslingNewcastle UnitedFree
Anton PeterlinPlymouth ArgyleFree
Carlo NashStokeFree
Iain TurnerCoventry CityOne Month Loan

Monday, September 6, 2010

Ottmar Hitzfeld tolak tawaran menguruskan Man United

Menjelang pertemuan pertama Switzerland menentang England esok, jurulatihnya Ottmar Hitzfeld mula membuat sedikit spekulasi bahawa beliau pernah menolak tawaran untuk menguruskan Manchester United pada tahun 2002 dahulu. Pelawaan itu ditolak bersebabkan bahawa beliau tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Man Utd memang pernah menyenaraikan beberapa jurulatih apabila Sir Alex Furgeson menyatakan bahawa dia akan bersara selepas musim 2001-1002 lalu. Hitzfeld adalah orang ketiga mendedahkan tawaran Manchester United pada 2002 lalu selepas Sven Goran Eriksson dan Louis Van Gaal. Mungkin kerana kejayaannya membawa Bayern Munich menjuarai Kejuaraan Eropah pada musim 2001.

Kini, beliau lebih selesa memimpin pasukan Swiss yang mempunyai pemain-pemain yang boleh bertutur berbagai bahasa di Eropah kerana mereka semua boleh memahami bahasa German yang diarahkan olehnya.

Senarai Pemain Pasukan West Ham 2010/2011


SENARAI PEMAIN WEST HAM 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKRobert GreenHome Grown
28GKPéter KuruczNA
29GKMarek Å techU-21
GKRuud BoffinEligible
2DFWinston ReidEligible
3DFTal Ben HaimEligible
4DFDanny GabbidonHome Grown
5DFJames TomkinsU-21
15DFMatthew Upson (captain)Home Grown
18DFJonathan SpectorHome Grown
22DFManuel da CostaEligible
23DFHérita IlungaEligible
27DFJordan SpenceU-21
DFLars JacobsenEligible
7MFKieron DyerHome Grown
8MFScott ParkerHome Grown
10MFJack CollisonHome Grown
11MFThomas HitzlspergerEligible
12MFPablo BarreraEligible
13MFLuís Boa MorteEligible
14MFRadoslav KovácEligible
16MFMark NobleHome Grown
20MFJulien FaubertEligible
21MFValon BehramiEligible
25MFJunior StanislasU-21
34MFOliver LeeU-21
36MFAnthony EdgarU-21
9FWCarlton ColeHome Grown
17FWBenni McCarthyEligible
19FWFreddie SearsU-21
24FWFrank NoubleU-21
26FWZavon HinesEligible
30FWFrédéric PiquionneEligible
FWVictor ObinnaEligible






SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN WEST HAM
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Pablo BarreraUNAM Pumas£4m
Winston ReidMidtjylland£3m
Frederic PiquionneLyon£1m
Thomas HitzlspergerLazioFree
Victor ObinnaInter MilanSeason Loan
Tal Ben HaimPortsmouthSix Month Loan
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Alessandro DiamantiBrescia£1.8m
Fabio DaprelaBresciaUndisclosed
Bondz N'GalaPlymouth ArgyleFree
Conor OkusDagenham & RedbridgeFree
Josh PayneDoncaster RoversFree
Matt FryCharlton AthleticSix Month Loan
Trent McClenahanScunthorpe UnitedSix Month Loan
Guillermo FrancoReleased
IlanReleased

Senarai Pemain Pasukan Blackpool 2010/2011


SENARAI PEMAIN BLACKPOOL 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1
GK
Paul Rachubka
13GKMark HalsteadU-21
21GKMatthew GilksHome Grown
GKRichard KingsonEligible
2DFDanny CoidHome Grown
3DFStephen CraineyEligible
5DFNeal EardleyHome Grown
6DFIan EvattHome Grown
15DFAlex BaptisteHome Grown
20DFCraig CathcartU-21
22DFAshley EasthamU-21
24DFRob EdwardsHome Grown
31DFDekel KeinanEligible
DFDavid CarneyHome Grown
4MFKeith SouthernHome Grown
8MFMalaury MartinEligible
11MFDavid VaughanHome Grown
12MFGary Taylor-FletcherEligible
14MFElliot GrandinEligible
17MFChris BashamHome Grown
18MFJason Euell (captain)Home Grown
19MFLudovic SylvestreEligible
26MFCharlie AdamEligible
27MFIshmel DemontagnacHome Grown
30MFStephen HusbandU-21
MFMatt PhillipsU-21
7FWBilly ClarkeU-21
9FWMarlon HarewoodEligible
10FWBrett OrmerodHome Grown
16FWLuke VarneyHome Grown
25FWLouis AlmondU-21
32FWThomas BarkhuizenU-21
39FWD. J. CampbellHome Grown







SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN BLACKPOOL
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
DJ CampbellLeicester City£1.5m
Chris BashamBolton Wanderers£500,000 rising to £1m
Craig CathcartManchester United£500,000
Matt PhillipsWycombe Wanderers£325,000 rising to £650,000
Elliot GrandinCSKA SofiaUndisclosed
Ludovic SylvestreMlada BoleslavUndisclosed
Luke VarneyDerby CountySeason Loan
Marlon HarewoodAston VillaFree
Dekel KeinanMaccabi HaifaFree
Malaury MartinMonacoFree
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Al BanguraMersin idmanyurduFree
Hameur BouazzaArles-AvignonFree
Ben BurgessNotts CountyFree
Daniel NardielloExeter CityFree
Joe MartinReleased
Danny MitchleyReleased
Stephen McPheeRetired

Manchester United cuba dapatkan Sotiris Ninis

Pemain muda Greece Sotiris Ninis yang kini bermain untuk Panathinaikos kini menjadi rebutan 3 kelab gergasi Manchecter United, Real Madrid dan AC Milan. Ninis yang kini bermain di bahagian sayap, dilaporkan telah dipancing oleh Manchester United dengan bayaran £8m untuk dibawa ke Old Trafford pada musim hadapan.

Ninis yang berusia 20 tahun terkenal dengan kepantasan dan kreatif telah menjadi pemain kesebelasan utama Panathinaikos sejak berumur 16 tahun pada 2006 lagi. Kini dia bermain sebanyak 64 perlawanan kelab dengan 6 jaringan dan 7 kali bermain untuk Geece dan menjaringkan 1 gol.

Ninis juga bermain semasa Piala Dunia 2010 lalu tetapi hanya sebagai pemain simpanan semasa menentang Argentina dan Nigeria.

Sunday, September 5, 2010

Micheal Dawson direhatkan selama 6 minggu

Pemain pertahanan England dan Tottenham yang mengalami kecederaan semasa separuh masa kedua pertemuan yang memihak kepada England menewaskan Bulgaria 4-0 semalam akan terlepas peluang untuk mewakili England untuk 2 perlawanan kelayakan Eropah 2012 dan 3 perlawanan Kejuaraan Eropah bersama Tottenham.

Berita ini nampaknya amat mengusarkan pengurus Tottenham Harry Redknap yang dilanda masalah kecederaan pemain pada posisi bek tengah dengan Jonathan Woodgate yang masih lagi mengalami kecederaan panjang dan Ledley King yang tidak melepasi tahap kecergasan.

Bagaimanapun tiada muka baru akan dimasukkan ke skuad England kerana Fabio Capello amat berpuas hati dengan skuad yang sedia ada.

Saturday, September 4, 2010

Keputusan kelayakan Eropah 2010 (4/9/2010)

Andorra     0-2     Russia
Armenia     0-1     Rep of Ireland
Belgium      0-1     Germany
England      4-0     Bulgaria
Estonia       1-2     Italy
Faroe Islands   0-3    Serbia
France     0-1     Belarus
Greece    1-1     Georgia
Iceland    1-2     Norway
Kazakhstan     0-3     Turkey
Latvia     0-3     Croatia
Liechtenstein     0-4     Spain
Lithuania     0-0     Scotland
Luxembourg     0-3     Bosnia
Moldova     2-0     Finland
Montenegro     1-0     Wales
Portugal     4-4     Cyprus
Romania     1-1     Albania
San Marino     0-5     Netherlands
Slovakia     1-0     FYR Macedonia
Slovenia     0-1     Northern Ireland
Sweden     2-0     Hungary

Friday, September 3, 2010

Senarai Pemain Pasukan Tottenham 2010/2011


SENARAI PEMAIN TOTTENHAM 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKHeurelho GomesEligible
23GKCarlo CudiciniEligible
29GKStipe PletikosaEligible
2DFAlan HuttonEligible
3DFGareth BaleU-21
4DFYounes KaboulEligible
13DFWilliam GallasEligible
16DFKyle NaughtonHome Grown
19DFSébastien BassongEligible
20DFMichael DawsonHome Grown
22DFVedran CorlukaEligible
26DFLedley King (captain)Home Grown
28DFKyle WalkerU-21
32DFBenoît Assou-EkottoEligible
5MFDavid BentleyHome Grown
6MFTom HuddlestoneHome Grown
7MFAaron LennonHome Grown
8MFJermaine JenasHome Grown
11MFRafael van der VaartEligible
12MFWilson PalaciosEligible
14MFLuka ModricEligible
21MFNiko KranjcarEligible
24MFJamie O'HaraHome Grown
25MFDanny RoseU-21
30MFSandroU-21
9FWRoman PavlyuchenkoEligible
10FWRobbie KeaneHome Grown
15FWPeter CrouchHome Grown
17FWGiovani dos SantosU-21
18FWJermain DefoeHome Grown




SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN TOTTENHAM
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Rafael van der VaartReal Madrid£8m
Sandro RaniereInternacional£6m rising to £10m
William GallasArsenalFree
Stipe PletikosaSpartak MoscowSeason Loan
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Adel TaarabtQPR£1m
Lee ButcherLeyton OrientFree
Sam CoxBarnetFree
Dorian DerviteVillarrealFree
John BostockHull CitySeason Loan
David ButtonPlymouth ArgyleSeason Loan
Dean ParrettPlymouth ArgyleSeason Loan
Andros TownsendIpswich TownSeason Loan
Jonathan ObikaCrystal PalaceFive Month Loan
Oscar JanssonNorthampton TownOne Month Loan
Ryan MasonDoncaster RoversOne Month Loan
Jimmy WalkerReleased

Siapakah bakal pengurus Aston Villa?

Banyak spekulasi mula terpampang di akhbar-akhbar UK mengenai siapakah yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Martin O'Neill ini.

Gerard Houllier
Houllier setakat ini adalah nama terakhir yang dikaitkan dalam senarai calon yang telah ditemuduga oleh pemunya kelab Randy Lerner. Beliau pernah memimpin Liverpool pada 1998-2004 dengan memenangi enam kejuaraan trofi. Nampaknya beliau adalah calon kegemaran Lerner dan mungkin akan memutuskan untuk pengesahan sebelum 13/9 nanti.

Alan Curbishley
Terdapat spekulasi bahawa temuduga bersama Curbishley diadakan di kota London. Beliau adalah bekas pemain Aston Villa dan memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Lerner.



Roberto Donadoni
Walaupun Donadoni tidak pernah memimpin mana kelab Inggeris tetapi pengetahuan tentang bolasepak England sangat dalam besar kemungkinan dapat menarik perhatian Lerner. Pernah memimpin Itali selama 2 tahun dan disingkirkan Napoli pada Oktober lalu selepas memimpin Napoli sebanyak 18 perlawanan.



Sven-Goran Eriksson
Mengakui bahawa ada menjalani sidang temuduga dengan Lerner tetapi menolak untuk mendedahkan sebarang kesepakatan antara kedua-duanya. Mungkin tiada keputusan yang baik memihak antara kedua-dua pihak kerana dari segi profile Eriksson adalah yang tertinggi antara semua calon. Sekarang sedang membimbing pasukan Ivory Coast.

Itulah antara barisan-barisan kemungkinan akan menjadi peneraju Aston Villa selepas ini. Selain itu terdapat juga beberapa nama yang pernah dikaitkan dengan kekosongan tersebut antaranya ialah Mark Hughes, David Moyes, Alex McLeish, Ronald Koeman, Gianfranco Zola and Deiso Maradona.