Monday, November 29, 2010

"The Chosen One" : Ane!! salah faham la..

No Doubt!!... Sesedar aku Jose Mourinho bagi aku kini adalah "The Best" in the world sebagai seorang Jurulatih tak kira apa-apa pasukan pun yang dia latih pasti akan menang sesuatu. Sekali lagi... No Doubt!! Kalau dulu aku berkata Alex... Hiddink antara yang terbaik... sekarang tidak lagi... semua orang sudah melabel Mourinho sebagai 'The Chosen One"... itulah hakikatnya, aku setuju... Aku rasa ilmu bola dia sudah jauh meninggalkan guru-guru yang pernah mengajar dia dulu. Sebab tu kot dia dilabel "The Chosen One". Agak-agak kalau dia train team hoki pun boleh menang jugak kot.

Beralih kepada sikap dia, ni yang aku tak suka. Kalau nak perang mulut aku rasa mamak yang dok tebar roti canai pun boleh shut up!! Semua orang dia mau gaduh, pantang kalau ada media tanya soalan-soalan batu api mesti dia bikin kontroversi.

Kalau dulu masa kat Chelsea Sir Alex mesti kena komplen kalau ada clash dengan MU (kini sudah reda mungkin sebab dia target nak ganti Alex kot), sekarang dia komplen Barcelona (Malam esok jumpa Barca). Biasala kalau nak main psiko tapi takkan semua game penting mesti buat sidang kontroversi.

Dan mangsa seterusnya, Arsene Wenger yang membuat komen peribadi keatas pasukan Real Madrid dibawah bimbingan Mourinho yang menerima dua kad merah melalui Ramos dan Alonso semasa perlawanan menentang Ajax minggu lepas. Tak tahu pula mengapa Wenger memberi komen tersebut mungkin merasa Arsenal akan berada sekumpulan dengan Real Madrid untuk kelayakan seterusnya.

Seperti dengan peristiwa-peristiwa yang sudah, Mourinho memang sudah diketahui umum dengan kenyataan yang pertama dikeluarkannya. Semua fakta-fakta pencapaiannya akan dikumpulkan untuk dibandingkan dengan mangsa-mangsanya.

Itulah Mourinho, Wenger cuma membuat kenyataan supaya EUFA mengkaji semula insiden tersebut tetapi dia sebaliknya menyoal Wenger mengenai jumlah kejuaraan yang dipungut Wenger dan kekalahan Arsenal pada Braga minggu lepas. Ane!! You salah faham la... rileks...

Arsenal tidak pernah memenangi apa-apa trofi sejak mereka menjuarai EPL pada 2005 lalu.

P/S : Sekiranya Arsenal layak 8 Disember ni dalam kempen Liga Juara dan Arsenal diundi sekumpulan dengan Real Madrid... aku rasa kontroversi ni akan lebih panas...

Bernard Caiazzo dedahkan kegagalan Damien Comolli di St Etienne

Pengerusi bersama St Etienne, Bernard Caiazzo hari ini mendedahkan Damien Comolli adalah penyebab masalah kewangan yang menimpa mereka sekarang.

Amaran ini sebenarnya ditujukan kepada Liverpool yang kini amat mengharapkan Comolli dapat mencari bakat-bakat muda di Liverpool untuk di ketengahkan pada skuad utama mereka setelah melihat kejayaannnya membawa pemain seperti Gareth Bale ke Tottenham.

Caiazzo mendedahkan Comolli telah menghabiskan £18.7m daripada kantung St Etienne untuk mendapatkan 7 pemain pada Ogos tahun lepas tetapi hanya seorang sahaja yang bermain didalam kesebelasan utama sekarang.

Dia memperolehi segala kuasa dan kata putus untuk setiap perpindahan di St Etienne pada tahun pertama tetapi kuasanya mula dipertikaikan selepas itu apabila polisi perpindahannya tidak menunjukkan hasil. Caiazzo juga telah mengemukakan cadangan untuk menyingkirkan Comolli tetapi ia dihalang oleh rakan sejawatnya di sana.

Selain itu, Comolli juga dkatakan telah menolak perpindahan Laurent Koscielny dengan harga hanya £1.27m daripada kelab Divisyen 2 Tours ke St Etienne dimana pemain ini telah disambar oleh Asenal pada harga £10.2m.

Sunday, November 28, 2010

Arsenal gagal dapatkan Gorka Iraizoz

Sasaran Arsene Wenger untuk mendapatkan penjaga gol Athletic Bilbao, Gorka Iraizoz tidak kesampaian setelah dia telah pun menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2015. Ini seterusnya telah menamatkan spekulasi perpindahannya ke Arsenal.

Selain Arsenal, pemain berusia 29 tahun ini juga telah diperhatikan oleh Barcelona yang mahukan seorang penjaga gol yang berkeupayaan menggalas tugas Victor Valdes semasa ketiadaannya.

Bagaimanapun, kegagalan ini tidak mengecewakan Wenger kerana Iraizoz baru-baru ini banyak melakukan kesilapan di padang semasa pertemuan menentang Villarreal, Sporting Gijon dan Real Madrid.

Wenger kini hanya mahukan perubahan pemain diposisi tersebut walaupun Lukasz Fabianski dilihat telah menunjukkan peningkatan selepas kecederaan Almunia manakala Wojciech Szczesny baru-baru ini telah menandatangani perjanjian baru.

"The New Peter Schmeichel" akhirnya ke Manchester United

Manchester United telahpun melengkapkan perpindahan Anders Lindegaard daripada Aalesunds FK melalui satu perjanjian tiga setengah tahun dengan jumlah bayaran yang tidak diketahui.

Pemain berusia 26 tahun ini akan memulakan latihan di United bulan depan tetapi akan rasminya menyertai United pada Januari nanti. Lindegaard dijangka akan menjadi pengganti Edwin Van Der Sar yang mungkin akan bersara pada penghujung musim ini.

Lindegaard yang mempunyai 4 caps bersama Denmark telah dibandingkan dengan Peter Schmeichel yang berusia 28 tahun semasa dia menyertai United daripada Bronby.

Spekulasi mengenai masa hadapan Tomasz Kuszczak kini menjadi persoalan apabila dia diketahui kini sering kecewa kerana kurangnya peluang untuk bermain.

Kini, Lindegaard juga harus berusaha untuk mendapat kepercayaan Furgeson.

Saturday, November 27, 2010

Akhirnya Redknapp akui kemampuan Comolli

Selepas dua tahun disingkirkan bersama Juande Ramos daripada White Hart Lane pada 2008 lalu, Damien Comolli yang kini berada di Liverpool, telah mendapat pujian atas hasil usahanya membentuk pasukan Tottenham.
Kaboul antara pemain yang
dibawa ke Tottenham oleh
Comolli.

Pengurus Tottenham sekarang Harry Redknapp yang menggantikan tempat Juande Ramos selepas penyingkiran tersebut hari ini secara terbuka memberitahu umum bahawa dia amat bertuah setelah menggantikan Ramos kerana dapat meneruskan hasil kerja yang ditinggalkan oleh Ramos dan Comolli yang dilabelkan olehnya sebagai sesuatu yang hebat.

"Saya rasa dia (Comolli) sepatutnya yang menerima kredit untuk semua ini, sudah pasti. Kedua-dua mereka telah melakukannya dengan baik sebelum kedatangan saya. Mereka amat hebat"


"Terdapat beberapa pemain yang amat berkualiti di sini. Dia telah membawa pemain-pemain yang luar biasa tetapi kini Tottenham telahpun kehilangan seorang scout yang cemerlang. Dia telahpun ke Liverpool."

Kehilangan Comolli juga bermakna kini mereka telah kehilangan jaringan scout yang terbaik di Perancis.

Senarai Don Balon 100 pemain remaja terbaik dunia

Mungkinkah nama-nama di bawah akan mewarnai senario bolasepak dunia sehingga 20 tahun akan datang?

Don Balon ialah sebuah majalah bolasepak di Sepanyol yang terkenal dengan keluaran artikel mengenai ramalan dan masa depan generasi bolasepak akan datang. Memang agak janggal untuk meramalkan pemain pada masa hadapan tetapi Don Balon sebalik mempunyai reputasi yang baik didalam mengenalpasti bakat-bakat baru bolasepak.

Berikut adalah senarai pemain yang dipilih oleh majalah ini pada tahun 2010.

1 Dominic Adiyiah (Reggina)
2 Toby Alderweireld (Ajax)
3 Hamdan Al Kamali (Al Wahda)
4 Jano Ananidze (Spartak Moscow)
5 Andre Ayew (Marseille)
6 Khouma Babacar (Fiorentina)
7 Holger Badstuber (Bayern)
8 Gareth Bale (Tottenham)
9 Mario Balotelli (Manchester City)
10 Ben Sahar (Hapoel Tel Aviv)
11 Bojan (FC Barcelone)
12 Bo-Kyung Kim (Oita Trinita)
13 Ryad Boudebouz (Sochaux)
14 Dedryck Boyata (Manchester City)
15 Breno (Bayern)
16 Sergio Canales (Real Madrid)
17 Mehdi Carcela-Gonzalez (Standard)
18 Luc Castaignos (Feyenoord)
19 Diego Contento (Bayern)
20 Phillippe Coutinho (Internazionale)
21 David De Gea (Atlético de Madrid)
22 Alvaro Domínguez (Atlético Madrid)
23 Giovanni dos Santos (Tottenham)
24 Douglas Costa (Shakhtar)
25 Alan Dzagoev (CSKA Moscow)
26 Gueïda Fofana (Le Havre)
27 Paulo Henrique (Santos)
28 Giuliano (Internacional)
29 Maxime Gonalons (Lyon)
30 Mario Götze (Dortmund)
31 Antoine Griezmann (Real Sociedad)
32 Eden Hazard (Lille)
33 Jordan Henderson (Sunderland)
34 Markus Henriksen (Rosenborg)
35 Abel Hernández (Palermo)
36 Ander Herrera (Zaragoza)
37 Lewis Holtby (Mainz)
38 James Rodriguez (Porto)
39 Stefan Jovetic (Fiorentina)
40 Vaclav Kadlec (Sparta Prague)
41 Shinji Kagawa (Dortmund)
42 Gael Kakuta (Chelsea)
43 Alan Kardec (Benfica)
44 Simon Kjaer (Wolfsburg)
45 Maksim Koval (Dinamo Kiev)
46 Ismail Köybasi (Besiktas)
47 Toni Kroos (Bayern)
48 Manuel Lanzini (River Plate)
49 Adem Ljajic (Fiorentina)
50 Dejan Lovren (Lyon)
51 Romelu Lukaku (Anderlecht)
52 Lukman Haruma (Monaco)
53 Federico Macheda (Manchester United)
54 Guido Marilungo (Sampdoria)
55 Marko Marin (Werder Bremen)
56 Emmanuel Mayuka (Young Boys)
57 Thomas Müller (Bayern)
58 Iker Muniain (Athletic Bilbao)
59 Marc Muniesa (Barcelona)
60 Ezequiel Muñoz (Palermo)
61 Yann Mvila (Rennes)
62 Tomas Necid (CSKA Moscou)
63 Neymar (Santos)
64 Sotiris Ninis (Panathinaikos)
65 Nikolas N’Koulou (Monaco)
66 Javier Pastore (Palermo)
67 Alexandre Pato (Milan)
68 Pablo Piatti (Almería)
69 Miralem Pjanic (Lyon)
70 Rafael (Manchester United)
71 Yaroslav Rakytskiy (Shakhtar)
72 Diego Renan (Cruzeiro)
73 Marco Reus (Mönchengladbach)
74 Emmanuel Rivière (Saint-Etienne)
75 Jack Rodwell (Everton)
76 José Rondón (Málaga)
77 Victor Ruiz (Espanyol)
78 Mamadou Sakho (PSG)
79 Davide Santon (Internazionale)
80 Georgy Shennikov (CSKA Moscow)
81 Xherdan Shaqiri (Basel)
82 Harmeet Singh (Vålerenga)
83 Moussa Sissoko (Toulouse)
84 Robin Soder (Göteborg)
85 Miroslav Stoch (Fenerbahçe)
86 Yannis Tafer (Toulouse)
87 Thiago (Barcelona)
88 Lacina Traoré (Cluj)
89 Ricky Van Wolfswinkel (Utrecht)
90 Carlos Vela (Arsenal)
91 Jelle Vossen (Genk)
92 Ante Vukusic (Hadjuk Split)
93 Theo Walcott (Arsenal)
94 Vladimir Weiss (Rangers)
95 Georginio Wijnaldum (Feyenoord)
96 Jack Wilshere (Arsenal)
97 Danny Wilson (Liverpool)
98 Siyanda Xulu (Mamelodi Sundowns)
99 Andriy Yarmolenko (Dinamo Kiev)
100 Sercan Yildirim (Bursaspor)
 
Untuk menunjukkan ketepatan pemilihan ini, cuba anda halusi senarai yang dikeluarkan pada 2001 lalu. Berapa ramaikah nama pemain yang tersenarai pada 2001 lalu yang mewarnai arena bolasepak dunia sekarang?

 1. Djibril Cisse (STR, Auxerre)
2. Andres D'Allesandro (AM, River Plate)
3. Leandro Bonfim (AM, Vitoria/PSV Eindhoven)
4. Fernando Jose Torres (STR, Atletico Madrid)
5. Jermaine Pennant (R/WNG, Arsenal)
6. Rafael Van der Vaart (C/MF, Ajax)
7. Florent Sinama-Pongolle (STR, Le Havre/Liverpool)
8. Piotr Trochowski (AM, FC Bayern Munich)
9. Anthony Le Tallec (AM/CFWD, Le Havre/Liverpool)
10. Mourad Meghni (AM, Bologna)
11. Pedro Mantorras (STR, Benfica Lisbon)
12. David Odonkor (FWD, Borussia Dortmund)
13. Darren Fletcher (C/MF, Manchester United)
14. John Welsh (C/DM, Liverpool)
15. Kim Kallstrom (CM, BK Hacken)
16. Philippe Mexes (CB, Auxerre)
17. Johnny Heitinga (CB, Ajax)
18. Juan Andreu Melli (CM, Real Betis)
19. Baldo Di Gregorio (CB, Eintract Frankfurt)
20. Andres Iniesta (AM, Barcelona)
21. Milan Baros (STR, Liverpool)
22. Marius Niculae (STR, Sporting Lisbon)
23. Fabricio Coloccini (CB, Milan/on loan to Alaves)
24. Ricardo Bernardo Quaresma (L/WNG, Sporting Lisbon)
25. Maicon (RWB, Cruzeiro)
26. Hugo Viana (CM, Sporting Lisbon)
27. Arjen Robben (L/WNG, Groningen/PSV Eindhoven)
28. Julio Colombo (CB, Montpellier)
29. Gregory Vignal (LB, Liverpool)
30. Jermaine DeFoe (STR, West Ham United)
31. Gareth Barry (LB, Aston Villa)
32. Marat Izmailov (AM/FWD, Lokomotiv Moscow)
33. Hassan Yebda (DM, Auxerre)
34. Leandro Romagnoli (AM, San Lorenzo)
35. Zlatan Ibrahimovic (CFWD, Ajax)
36. Dean Ashton (CFWD, Crewe Alexandria)
37. Ednilson (AM, Benfica Lisbon)
38. Chris Kirkland (GK, Liverpool)
39. Emilliano S. Dudar (CB, Velez Sarsfield)
40. Helder Postiga (STR, Porto)
41. Ahmed 'Mido' Hossam (STR/LWNG, Ajax)
42. Joaquin Sanchez (L/WNG, Real Betis)
43. Diego Ribas (AM, Santos)
44. Jay Lucas (CFWD, Southampton)
45. Niko Kranjcar (AM/CFWD, Dinamo Zagreb)
46. Christian Petereit (RB/CB, Schalke 04)
47. Ewerthon (STR/FWD, Borussia Dortmund)
48. Gael Givet (CB/LB, Monaco)
49. Francesco Lodi (AM, Empoli/Parma)
50. Massimo Donati (DM, AC Milan)
51. Gatti Ribeiro (RWB, Blooming)
52. Jeremie Aliadiere (STR, Arsenal)
53. Francesco Tarantino (LB/CB, Athletic Bilbao)
54. Lourenco Da Silva (FWD/LWNG, Sporting Lisbon)
55. Alexander Ludwig (L/WNG, Werder Bremen)
56. Landon Donovan (STR, San Jose Earthquakes)
57. Ricardo Costa (CB, FC Porto)
58. Filip Trojan (L/WNG, Schalke 04)
59. Carlos Martins (CM, Sporting Lisbon)
60. Serhat Akin (STR, Fenerbahce)
61. Johnnier Montano (AM/FWD, Parma-on loan to Verona)
62. Mark Fotheringham (C/MF, Celtic)
63. Rubinho (GK, Corinthians)
64. Michael Chopra (STR, Newcastle)
65. Edward Johnson (STR, Dallas Burn)
66. Johnny Van Beukering (STR, Vitesse)
67. Santino Quaranta (STR, DC United)
68. Andreas Hinkel (RB/RWB, Stuttgart)
69. Bojan Djordjic (L/WNG, Manchester United)
70. Matteo Brighi (CM, Juventus)
71. Cherno Samba (CFWD, Millwall)
72. Hassan Ahamada (LWNG/STR, Nantes)
73. Theo Janssen (LM, Vitesse)
74. Derik Boateng (AM, Panathinaikos)
75. Mauro Rosales (R/WNG, Newell's Old Boys)
76. Dulee Johnson (STR, BK Hacken)
77. Fernando Macedo Nano (L/WNG, Barcelona)
78. Michael Essien (D/MF, Bastia)
79. Andres Oliveira (STR/FWD, Perth Glory)
80. Candido Costa (AM, Porto)
81. Tuomas Aho (CB, My-Pa)
82. Dimitar Berbatov (STR, Bayer Leverkusen)
83. Thijs Houwing (CFWD, Twente)
84. Labinot Harbuzi (AM, Malmo FF)
85. Michael Zepek (CM, Bayer Leverkusen)
86. Mika Vayrynen (AM, FC Jokerit)
87. Ramon Calliste (STR, Manchester United)
88. Christoph Preuss (RWB, Eintract Frankfurt)
89. Keith Kelly (CM, PSG)
90. Aldo Jara (FWD, Cerro Portano)
91. Kieran Richardson (L/WNG, Manchester United)
92. Leonardo Santiago (L/WNG, Feyenoord)
93. Shaun Maloney(STR, Celtic)
94. Azar Karadas (CFWD/CB, Brann Bergen)
95. Kaka (AM, Sao Paulo)
96. Benjamin Auer (CFWD, Borussia M'Gladbach)
97. Daniyel Cimen (LB/CB, Eintract Frankfurt)
98. Erdal Kilicaslan (CFWD, Bayern Munich)
99. David Prutton (D/MF, Nottingham Forest)
100. Alexander Hleb (AM, Stuttgart)

Friday, November 26, 2010

FIFA umumkan senarai pendek 55 pemain untuk World XI 2010

Pertubuhan Pemain-Pemain Bolasepak Sedunia FIFPro dan FIFA hari ini telah mengumumkan 55 pemain yang disenarai pendek untuk pencalonan FIFA/FIFPro World XI 2010. Pemilihan pemain untuk anugerah ini akan diumumkan semasa FIFA Ballon d’Or gala di Zurich pada 10 Januari 2011 nanti.


Sekarang, kesemua 50,000 pemain bolasepak profesional di serata dunia dibawah FIFPro akan menerima borang pengundian untuk mencalonkan pemain-pemain yang layak disenaraikan sebagai pemain World XI yang menyenaraikan 4 pertahanan, 3 midfield, 3 penyerang dan seorang penjaga gol untuk 2010.

Pasukan Juara Dunia Sepanyol dikatakan mempunyai senarai pemain terbanyak dengan 10 pemain diikuti oleh Brazil dengan 9 pemain, 8 pemain daripada Argentina, England (6), Jerman (4), Belanda (3), Itali (3), Potugal (2) dan masing-masing satu daripada Uruguay, Wales, France, Bulgaria, Serbia, Czech Republic, Sweden, Ghana, Ivory Coast dan Cameroon.

Senarai Penuh 55 pemain yang disenaraikan.
Goalkeeper:
Gianluigi Buffon (Italy, Juventus FC), Iker Casillas (Spain, Real Madrid C.F.), Petr Cech (Czech Republic, Chelsea FC), Julio Cesar (Brazil, F.C. Internazionale), Edwin van der Sar (Netherlands, Manchester United FC)

Pertahanan:
Daniel Alves (Brazil, FC Barcelona), Gareth Bale (Wales, Tottenham Hotspur), Michel Bastos (Brazil, Olympique Lyonnais), Ashley Cole (England, Chelsea FC), Patrice Evra (France, Manchester United FC), Rio Ferdinand (England, Manchester United FC), Philipp Lahm (Germany, FC Bayern Munchen), Lucio (Brazil, F.C. Internazionale), Maicon (Brazil, F.C. Internazionale), Marcelo (Brazil, Real Madrid C.F.), Alessandro Nesta (Italy, AC Milan), Pepe (Portugal, Real Madrid C.F.), Gerard Pique (Spain, FC Barcelona), Carles Puyol (Spain, FC Barcelona), Sergio Ramos (Spain, Real Madrid C.F.), Walter Samuel (Argentina, F.C. Internazionale), John Terry (England, Chelsea FC), Thiago Silva (Brazil, AC Milan), Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United FC), Javier Zanetti (Argentina, F.C. Internazionale)

Midfield:
Esteban Cambiasso (Argentina, F.C. Internazionale), Michael Essien (Ghana, Chelsea FC), Cesc Fabregas (Spain, Arsenal FC), Steven Gerrard (England, Liverpool FC), Andres Iniesta (Spain, FC Barcelona), Ricardo Kaka (Brazil, Real Madrid C.F.), Frank Lampard (England, Chelsea FC), Javier Mascherano (Argentina, FC Barcelona), Thomas Muller (Germany, FC Bayern Munchen), Mesut Oezil (Germany, Real Madrid C.F.), Andrea Pirlo (Italy, AC Milan), Bastian Schweinsteiger (Germany, FC Bayern Munchen), Wesley Sneijder (Netherlands, F.C. Internazionale), Xabi Alonso (Spain, Real Madrid C.F.), Xavi (Spain, FC Barcelona)

Penyerang:
Dimitar Berbatov (Bulgaria, Manchester United FC), Didier Drogba (Ivory Coast, Chelsea FC), Samuel Eto’o (Cameroon, F.C. Internazionale), Diego Forlan (Uruguay, Atletico Madrid), Gonzalo Higuain (Argentina, Real Madrid C.F.), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, AC Milan), Lionel Messi (Argentina, FC Barcelona), Diego Milito (Argentina, F.C. Internazionale), Arjen Robben (Netherlands, FC Bayern München), Ronaldinho (Brazil, AC Milan), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid C.F.), Wayne Rooney (England, Manchester United FC), Carlos Tevez (Argentina, Manchester City FC), Fernando Torres (Spain, Liverpool FC), David Villa (Spain, FC Barcelona)

Monday, November 22, 2010

Benarkan Carlo Ancelotti meletak jawatan?

Satu berita sensasi sedang berkumandang di Stamford Bridge ketika ini. Setelah Chelsea mengalami tiga kekalahan dalam empat perlawanan EPL terakhir mereka kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham. Kini terdengar pula khabar angin yang memberitahu Carlo Ancelloti sudah memberi surat perletakkan jawatannya sebagai Pengurus Chelsea.
Wilkins dan Ancelloti sentiasa bekerjasama sebelum dia
disingkirkan 10 hari lalu.
Ini adalah berita kedua yang mengejutkan di Chelsea dalam bulan ini setelah sepuluh hari lepas penolong pengurus Ancelloti, Ray Wilkins dilucutkan jawatanya tanpa sebarang komen didedahkan kepada umum.

Walaubagaimanapun jurucakap Chelsea memberitahu bahawa berita ini adalah tidak benar. Tetapi Ancelloti seperti tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya selepas memberitahu umum dengan kenyataan perbandingannya dengan Sir Alex Furgeson. Dia secara terbuka menyatakan kedudukannya di Chelsea adalah berbeza dengan Sir Alex dimana dia tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan pasukan secara total.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza kerana (Pengurus Manchester United) Ferguson mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pasukan. Saya hanya Technical Director, noktah, okay?"

Ancelloti menambah "Situasi Wilkins adalah bukan punca kami tewas semasa perlawanan-perlawanan lepas. Kami tewas kerana didalam empat perlawanan lepas, kami hanya menjaringkan 1 gol. Kami harus memperbetulkan keadaan dan meneruskan focus kepada permainan seterusnya seperti perlawanan menentang Birmingham"

"Selalunya kritikan akan kedengaran apabila pasukan tidak menang. Ini adalah tanggungjawab jurulatih dan ia adalah normal. Ini adalah tugas saya. Sekiranya pasukan tidak melakukan kerja yang baik, adalah normal untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih. Saya tiada masalah.

Adalah saya bersedia untuk dikritik? Ya saya bersedia. Ini adalah kehidupan jurulatih. Ini adalah saat yang sukar dan saya rasa kami berkebolehan untuk melepasinya".

Aston Villa mahukan Nicklas Bendtner

Setelah John Carew yang dipercayai berbalah dengan Gerrard Houllier baru-baru ini. Terdapat spekulasi yang kedengaran di Villa Park sekarang mengenai potensi perpindahan yang boleh dikatakan berprofil tinggi.

Terdahulu Blackburn dikatakan telah mengambil kesempatan ini untuk memancing Carew ke sana. Sebagai ganti Carew pula, Villa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan Nicklas Bendtner daripada Arsenal.

Kesahihan berita Houllier adalah satu kemungkinan sahaja walaupun pemilik Villa, Randy Lerner telahpun bersetuju untuk memberi dana kepada Houllier untuk membeli pemain baru Januari ini. Tetapi Arsene Wenger dari awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa tiada pemain Arsenal yang akan berpindah Januari nanti.

Bendtner menjadi sasaran Houllier setelah baru-baru ini penyerang Denmark yang baru pulih daripada kecederaan itu telah meluahkan rasa bosan didalam satu sidang media di Denmark dan mendesak untuk meninggalkan Arsenal bagi membolehkannya mendapat peluang bermain sebagai pemain kesebelasan utama.

Sunday, November 21, 2010

Giggs dan Scholes diberi setahun lagi kontrak lanjutan di Manchester United

Ryan Giggs dan Paul Scholes dijangkakan akan bermain untuk semusim lagi bersama Manchester United pada musim hadapan. United dijangkakan akan memberi satu lagi kontrak lanjutan selama setahun.

Kedua-dua pemain veteran yang mencecah usia 36 tahun ini telah dijangkakan akan bersara pada penghujung musim ini tetapi nampaknya Sir Alex Furgeson dikatakan amat berpuashati dengan kemampuan mereka membantu kempen United pada musim ini terutamanya kepada Paul Scholes.

Dilaporkan dia amat berpuashati dengan rekod kecergasan kedua-dua pemain dan kontrak terbaru dijangka akan dibuat pada bulan ini juga.

Saturday, November 20, 2010

Man United dapatkan "The new Peter Schmeichel"

Manchester United kini dalam peringkat terakhir untuk memperolehi "the new Peter Schmeichel" Anders Lindegaard yang berusia 26 tahun untuk bayaran perpindahan £3.5m. Penjaga gol Denmark ini dikatakan telah dikenalpasti untuk menggantikan Edwin van der Sar di Old Trafford setelah mula diperhatikan Sir Alex sejak Julai lalu.

Selain itu dari sumber lain Manchester United juga masih mengikuti perkembangan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea sehingga akhir musim untuk prospek perpindahan sebanyak £15m.

Lindegaard dijangkakan akan ke Manchester untuk membincangkan terma kontrak sebelum melngkapkan perpindahan Januari nanti. Dari satu sumber rasmi kelab Lindegaard sekarang, Aalesund FK telah mengesahkan tawaran Manchester United dan berharap ia akan diselesaikan secepat mungkin.

United akan membayar bayaran perpindahan sebanyak £2m dan baki £1.5m akan diselesaikan setelah Lindegaard bermain sebanyak 17 perlawanan.

Friday, November 19, 2010

Antara 10 pemain sasaran Arsenal Januari nanti

Arsene Wenger boleh dikatakan adalah diantara "good spender" pada musim lepas selepas hanya membelanjakan disekitar £11.7M sahaja untuk mendapatkan Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci selain mendapatkan Chamakh secara percuma. Rekod pembeliannya Wenger juga agak menarik kerana setakat ini hanya pernah membelanjakan £10.5 million untuk Jose Reyes pada 2004 dan £15 million untuk Andrey Arshavin pada 2009.

Berikut adalah 10 pemain yang menjadi sasaran Arsenal pada musim perpindahan Januari nanti.

1. Mark Schwarzer
Penjaga gol kebangsaan Australia berusia 38 tahun ini berada di Fulham dan Mark Schwarzer amat berminat untuk ke Arsenal. Wenger amat memerlukan penjaga gol yang berkaliber setelah Manuel Almunia seringkali melakukan kesilapan ketika beraksi dan Lucas Fabianski sehingga kini gagal menunjukkan aksi yang konsisten.

2. Shay Given
Given kini hilang tempatnya di kesebelasan Manchester City kepada Joe Hart dan adalah prospek penjaga gol terbaik Wenger. Wenger amat memerlukan penjaga gol setaraf Given di Arsenal tetapi Manchester City mungkin tidak melepaskannya ke Arsenal selain option untuk ke Fulham sekiranya Schwarzer ke Arsenal.

3. Jan Vertonghen
Berada di Ajax sekarang dan menghasilkan paduan tenaga yang berkesan bersama Thomas Vermaelen ketika beraksi untuk Belgium. Dikatakan Ajax mahu melepaskan pemain ini pada harga £8M dan ia amat bersesuainya dengan sasaran Wenger. Berkebolehan bermain pada posisi pertahanan tengah dan defensive midfielder.


4. Gary Cahill
Kini berada di Bolton dan menunjukkan persembahan yang meyakinkan. Wenger sanggup berbelanja melebihi rekod pembelian pemain petahanannya setakat ini iaitu £10M untuk Vermaelen untuk mendapatkan Cahill ke Arsenal setelah kini dia kekurangan option untuk pemain berkualiti di posisi pertahanan tengah.

5. Phil Jagielka
Arsenal telah mencuba mendapatkannya pada Ogos lepas tetapi gagal setelah Everton meletakkan pada harga £22 million. Kini Wenger akan mencuba sekali lagi setelah Everton dikatakan telah menurunkan harganya. Cuma Jagielka mendedahkan yang dia tidak mahu kemana-mana Januari nanti dan Wenger terpaksa menunggunya sehingga musim depan.

6. Siyanda Xulu
Pertahan berusia 18 tahun Afrika Selatan dan amat memberangsangkan ketika berada di latihan percubaab di Arsenal. Kini menganggotai kesebelasa utama Mamelodi Sundowns dan amat teruja sekiranya bermain di EPL.

7. Atila Turan
Seorang pemain Perancis berbangsa Turki dan kini bermain di kelab Grenoble di Liga 2 Perancis. Berusia 18 tahun dan telahpun diperhatikan oleh Barcelona dan Fiorentina. Bermain pada posisi kiri dan boleh beroperasi untuk midfield dan pertahanan.

8. Robert Pires
Kini sedang mengikuti latihan bersama Arsenal dan Wenger mendedahkan pemain berusia 37 tahun ini masih lagi berkeupayaan untuk beraksi di EPL. Tetapi berkemungkinan Wenger tidak memberi kontrak kepadanya kerana Arsenal sudah mempunyai cukup pemain berkaliber dibahagian serangan. Sekiranya Pires tidak mendapat kontrak daripada mana-mana kelab Januari ini berkemungkinan Wenger akan menggunakannya sekiranya ada krisis kecederaan.

9. Omri Altman
Midfielder daripada Israel berusia 16 tahun dan mempunyai kontrak bersama Maccabi Tel Aviv. Dia sedang mencari kelab bermain di England dan telah menjalani latihan percubaan di Liverpool. Dilaporkan Arsenal akan cuba mendapatkannya terlebih dahulu dan berada di Arsenal adalah menjadi kelebihan kepada pemain ini kerana Arsenal amat terkenal dengan produk-produk muda mereka.

10. Ibrahim Afellay
Menjadi sasaran banyak kelab setelah dia akan berstatus "free agen" musim panas nanti dan PSV dilaporkan sudah bersedia menjualnya pada £4M pada Januari nanti daripada kehilangannya secara percuma. Bermain di posisi attacking midfielder dan sayap selain berkeupayaan menjaringkan gol. Berusia 24 tahun dan adalah anggota skuad Piala Dunia Belanda.

Juga menjadi sasaran Barcelona dan Atletico Madrid dan mungkin tidak menjadi pilihan Wenger yang mempunyai ramai pemain dibahagian ini.

Ashley Young sasaran terbaru Arsenal

Sayap Aston Villa Ashley Young kini dalam perbincangan untuk berpindah ke Arsenal selepas menolak tawaran kontrak terbaru untuk kekal di Villa Park.

Pemain antarabangsa England ini berkemungkinan akan berpindah pada Januari nanti. Bagaimanapun kesahihan perpindahan ini masih kabur lagi setelah pengurus baru Villa, Gerrard Houllier masih lagi berbincang dengan pemain berusia 25 tahun ini dan masih diperingkat awal.

Kontrak Ashley Young dikatakan akan tamat setahun lagi. Terdahulu pada musim perpindahan musim panas lalu Manchester City juga dikatakan berminat dengan pemain ini dan kini Tottenham juga dilaporkan berminat. Kini harga perpindahan Ashley Young dikatakan adalah disekitar £18M.

Gerrard Houllier kini ama terdesak untuk mempertahankan pemain ini di Villa Park setelah mereka kehilangan beberapa pemain utama sebelum ini seperti Gareth Barry dan James Milner.

Tuesday, November 16, 2010

Asamoah Gyan : Bintang yang semakin menyinar

Asamoah Gyan adalah salah seorang penjaring gol Sunderland yang menewaskan Chelsea semalam dikatakan adalah pemain yang bakal menyinar di arena bolasepak. Dia menjadikan Didier Drogba sebagai role model baginya dan juga sebagai "mentor" ketika dia mengalami krisis peribadi. Ini kerana dia masih lagi mengingati nasihat daripada Drogba ketika persembahan buruknya bersama Ghana ketika African Cup of Nations 2008 dan telah mengembalikan semangatnya untuk terus menendang bola.

Walaupun diperolehi oleh Sunderland pada penghujung musim perpindahan musim panas lepas daripada Rennes dengan bayaran £13M, Gyan bagai memberitahu sesuatu kepada pertahan lawan di EPL dengan rekod jaringannya setakat ini dan prestasinya kelihatan semakin baik sejak November ini di Sunderland dengan menghasilkan 4 gol daripada 3 permainan.

Gyan, 24 menganggap Drogba adalah inspirasi dan idolanya dan dia sendiri mahu menjadi seperti Drogba walaupun sedikit sahaja kualitinya. Drogba telah membuat semua orang di Afrika bangga dan hormat kepadanya dan saya mahu berada dengan pemain terbaik Afrika itu.

Kedua-dua Drogba and Gyan adalah calon Ballon d'Or yang berkemungkinan akan terpilih sebagai Pemain Dunia Tahunan pada tahun ini.

Rekod permainan Sunderland dan jaringan Gyan
11-09-2010 EPL  Wigan 1-1 Sunderland (1 gol) 
18-09-2010 EPL  Sunderland 1-1 Arsenal (Tiada gol)
21-09-2010 Leag. Cup Sunderland 1-2 West Ham (1 gol)
25-09-2010 EPL  Liverpool 2-2 Sunderland (Tiada gol)
02-10-2010 EPL  Sunderland 0-0 Man Utd (Tiada gol)
18-10-2010 EPL  Blackburn 0-0 Sunderland (Tiada gol)23-10-2010 EPL  Sunderland 1-0 Aston Villa (Tiada gol)

31-10-2010 EPL  Newcastle 5-1 Sunderland (Tiada gol)
06-11-2010 EPL  Sunderland 2-0 Stoke (2 gol)
09-11-2010 EPL  Tottenham 1-1 Sunderland (1 gol)
14-11-2010 EPL  Chelsea 0-3 Sunderland (1 gol) 

Lima punca kekalahan teruk Chelsea kepada Sunderland

Drogba yang baru pulih daripada malaria - Arhgg... dia datang
lagi... ini sudah sampai kali kesepuluh ni ku tahan juga...
Kekalahan Chelsea 0-3 kepada Sunderland semalam dikatakan adalah kekalahan terburuk Chelsea di Stamford Bridge sejak 2002, berikut adalah lima faktor yang berkemungkinan punca kekalahan tersebut hasil daripada penilaian daripada seoranng journalist sebuah akhbar terkemuka di London, Oliver Brown.

1. Frank Lampard
Pada akhir sessi latihan Khamis lalu, Carlo Ancelotti memberitahu Lampard telah kembali ke tahap asal ketika latihan setelah direhatkan sejak Ogos lalu akibat pembedahan Hernia. Tetapi dia terpaksa direhatkan akibat kecederaan adductor muscle sehari sebelum perlawanan. Lampard mungkin terpaksa berehat selama dua minggu lagi selepas ini.

2. John Terry
Kecederaan belakang Terry telah memaksa Chelsea menggunakan pasangan Paulo Ferreira dan Branislav Ivanovic yang nampak lebih goyah berbanding pasangan terry dan Alex.

3. Didier Drogba
Setelah Drogba dikatakan menghidap malaria pada mingu lepas, dia kini sedang berusaha untuk mencapai semula prestasinya.

4. Ray Wilkins
Dikatakan ketiadaan penolong jurulatih ini yang dipecat minggu lepas ini telah banyak mengubah suasana dibilik persalinan Chelsea. Wilkins adalah orang yang paling memberi peranan kepada pemain Chelsea ketika berehat dibilik persalinan sebelum perlawanan separuh masa kedua berlangsung dan dia adalah antara muka yang menjadi perhatian mereka semasa itu. Ramai penyokong Chelsea dikatakan tidak berpuashati dengan penyingkiran Wilkins dengan adanya sepanduk yang menulis “We want Ray back”.

5. Kurangnya kekuatan dari dalam pasukan.
Apa yang meresahkan Ancelloti adalah kegagalan pemain Chelsea untuk bangkit semula selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama. Dikatakan Chelsea tidak dapat bangkit sekiranya kekurangan sebelas pemain dari kesebelasan utama mereka. Chelsea boleh berbangga dengan kekuatan pasukan utama mereka tetapi pasukan kedua Chelsea kini amat berbeza kualiti mereka berbanding pasukan utama.

Sunday, November 14, 2010

Bastian Schweinsteiger masih menimbangkan lanjutan kontrak bersama Bayern.

Pemain Bayern Munich Bastian Schweinsteiger berkata dia semakin hampir untuk membuat keputusan untuk kekal di Munich ataupun berpindah ke kelab lain dan menyatakan apa yang menjadi keutamaannya adalah untuk menjulang Piala Kejuaraan Eropah.

Pemain berusia 26 tahun ini akan tamat kontrak bersama Munich pada Jun 2012 dan sekiranya gagal menendatangani kontrak sehingga musim sejuk nanti, Bayern terpaksa memikirkan untuk menjualnya bagi mengelakkan mereka kehilangannya secara perpindahan percuma.

Bastian Schweinsteiger telahpun dikaitkan dengan minat daripada Manchester United dan Real Madrid yang mahukan khidmatnya. Dia dikatakan akan membuat keputusan sebelum Christmas nanti.

Bayern Munich telahpun mengikat kontrak pertahanan Jerman Philipp Lahm sehingga 2016 dan berharap Schweinsteiger juga akan membuat keputusan seperti Lahm.

Gabriel Agbonlahor komited kepada Aston Villa

Penyerang Aston Villa Gabriel Agbonlahor percaya dia akan menjadi "ayam tambatan" Aston Villa sebagaimana Steven Gerrard dikenali di Liverpool selepas menandatangani kontrak 4 tahun dan enam bulan di Villa Park.

Ini bermakna Agbonlahor akan berada di Villa sehingga musim panas 2015 dan dia juga masih menunjukkan minat untuk terus berada disitu sehingga tamat kariernya.

Dia berkata sangat bergembira untuk menabur keringat untuk jangka masa panjang disitu dan amat komited bersama Villa selain dia amat berpuashati dengan perkembangan prestasinya bersama Aston Villa.

"Saya akan terus berada di sini dan berusaha un tuk meningkatkan prestasi saya dari tahun ke tahun" tambah Agbonlahor.

Pemain berusia 24 tahun ini memulakan debutnya bersama Villa 4 tahun lalu dan sehingga kini telah menjaringkan 54 gol untuk semua pertandingan bersama Aston Villa.

Selain itu dia juga telah mendapat 3 caps untuk England dan menyatakan dia tidak percaya dirinya akan bermain untuk kelab lain selain daripada Aston Villa.

Saturday, November 13, 2010

Nicklas Bendtner ancam untuk tinggalkan Arsenal

Dalam satu temubual suratkhabar Denmark Bendtner memberitahu bahawa dirinya adalah lebih baik berbanding beberapa muka yang sering menyertai kesebelasan utama Arsenal. Ternyata pemain ini sebenarnya amat kecewa kerana Wenger jarang menurunkannya untuk bermain di Arsenal dan sering berada di bangku simpanan sahaja.

Pemain berusia 22 tahun ini mendedahkan sekiranya situasi ini tidak berubah, sudah tiba masanya untuk berpindah. Dengan menambah dia sudah lama menunggu dengan penuh sabar.

Bagaimanapun Wenger masih mendesak Bendtner menunggu sedikit masa lagi. Wenger memberitahu yang dia amat menyanjungi sikap dan semangat Bendtner tetapi dia harus bekerja lebih keras untuk berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum dibenarkan bermain bersama Arsenal.

Wenger menambah lagi tiada pemain Arsenal yang akan berpindah pada Januari nanti dan semua peluang bermain pada pasukan utama adalah bergantung kepada persembahan. Tahap keyakinan yang ditunjukkan Nicklas sekarang agak memuaskan tetapi ia hanya boleh dinilai diatas padang dan dia juga telah menunjukkan tahap kemajuan yang semakin baik.

Wenger kelihatan sering menggunakan Marouane Chamakh pada musim ini sebagai penyerang utama Arsenal sementara menunggu Robin van Persie pulih daripada kecederaannya.

Friday, November 12, 2010

Blackpool akan di siasat

Holloway percaya tindakkannya menurunkan bukan pemain
utama pasukan tidak harus dipertikaikan oleh FA.
Dengan jadual perlawanan EPL yang semakin ketat dengan dua perlawanan seminggu, nampaknya kini perubahan yang dilakukan oleh pengurus pasukan tidaklah hanya tertumpu daripada sudut taktikal sahaja sebaliknya banyak pasukan kerdil kini mula membuat percaturan keputusan perlawanan seperti hanya menumpukan kepada perlawanan yang berkemungkinan untuk menang sahaja.

Pada hari ini pengurus Blackpool Ian Holloway berkemungkinan akan disiasat ole FA atas dakwaan dia membuat 10 penukaran pemain dengan merehatkan pemain-pemain handalannya pada perlawanan semalam dimana Blackpool telah ditewaskan oleh Aston Villa dengan keputusan 3-2 hasil daripada jaringan lewat James Collin.

Wolves pada tahun lepas telah didenda £25,000 kerana kesalahan yang serupa semasa pertemuan mereka dengan Manchester United dan secara jujur pengurus mereka Mick McCarthy mengaku sengaja melakukannya untuk membolehkan mereka menumpukan perlawanan menentang sebuah lagi kelab yang lemah (Burnley) selepas itu.

Berbeza pula dengan Holloway yang kini mempertahankan tindakannya atas alasan penukaran tersebut tidak melemahkan pasukannya sebaliknya terpaksa melakukannya kerana jadual perlawanan yang agak ketat sekarang.

Holloway juga amat berang bila disoalkan kemungkinan Blackpool akan didenda dan dia mengancam untuk meletakkan jawatan sekiranya berlaku sedemikian. Ini kerana Holloway didakwa sengaja merehatkan barisan bintangnya untuk menyediakan diri untuk perlawanan yang agak mudah bagi mereka Sabtu ini dengan menentang pasukan pada zon penyingkiran West Ham.

Thursday, November 11, 2010

Frank Rijkaard dan tawaran dari Liverpool

Agen bekas Jurulatih Barcelona dan Galatasaray, Frank Rijkaard memberitahu yang jurulatih Belanda itu mahu menguruskan sebuah kelab EPL termasuk kemungkinannya adalah Liverpool.

Agen tersebut Perry Overeem mendedahkan kliennya mahu ke England atau Itali dengan sebelum ini Liverpool adalah sasaran utama dengan memberitahu pengalamannya bersama Barcelona memperkukuhkan bukti bahawa dia layak untuk menguruskan mana-mana kelab.

"Dia mahukan peranannya digunakan di kelab utama Eropah terutamanya di Premier League atau Calcio," kata Overeem.

"Saya merasakan kemampuannya bersama Barcelona membuktikan yang dia mempunyai kebolehan untuk menguruskan kelab pada liga-liga terbaik dunia. Dia boleh memulakan kerjayanya didalam satu atau dua bulan"

Overeem juga menolak dakwaan Rijkaard akan mengisi kekosongan jawatan pengurus Chile setelah Marcelo Bielsa meletak jawatan.

Tuesday, November 9, 2010

Pengarah Strategi Bolasepak Liverpool : Siapakah dia Damien Comolli?

Mungkin agak asing bagi kita atau namanya telah tenggelam di arena EPL menyebabkan kita tidak pernah mendengar nama ini sehinggalah pada beberapa minggu lepas dia dilantik sebagai Pengarah Strategi Sukan oleh pemilik baru Liverpool.

Tetapi bagi peminat Tottenham nama ini tidak asing bagi mereka. Dialah antara dalang yang menjadi punca kejatuhan teruk Tottenham di liga EPL dengan permulaan yang teruk diawal musim 2008 dan mengakibatkan dirinya dan Juande Ramos terpaksa meninggalkan England dan Spurs dengan reputasi yang tercalar. Legasi mereka seterusnya disandang oleh pengurus sekarang Harry Redknapp.

Untuk peminat Liverpool, jangan cepat mengelabah. Kerana Comolli tidaklah seteruk yang disangka mungkin ada sesuatu yang berlaku di Spurs yang hanya mereka sahaja yang mengetahuinya pada 2008 lalu. Kerana kredibiliti Comolli lebih terserlah dengan banyak kejayaan yang tidak kita ketahui. Redknapp mendapat pujian sekarang dengan disokong oleh Owen Coyle yang mengatakan dialah bakal melatih skuad England pada masa hadapan dengan kejayaan Tottenham sekarang. Mungkin juga Redknapp sekarang ini sedang menikmati kejayaan daripada hasil kerja Damien Comolli sebelumnya.

Sebelum ke Tottenham sebenarnya Comolli berada di Arsenal dengan kejayaannya mengenalpasti beberapa bakat muda yang seterusnya menjadi bintang di Arsenal seperti Thierry Henry, Robert Pires dan Kolo Toure.

Oleh itu Pengerusi Spurs Daniel Levy telah membawa Comolli ke White Hart Lane pada Disember 2005 dengan melantiknya sebagai Pengarah Sukan.

Ikuti perkembangan beberapa pemain yang telah direkrut oleh Comolli sejak dia menjawat jawatan tersebut.

Dimitar Berbatov (Bayern Leverkusen, 2006, £10.9m)
Bakatnya dikesan sejak 2002 bersama Leverkusen tetapi hanya berkembang sebagai pemain yang mempunyai kemampuan biasa sahaja sterusnya tiada siapapun mahukan pemain Bulgaria ini setelah gagal menunjukan persembahan yang baik bersama Bulgaria pada Euro 2004. Tetapi Comolli tetap mahukan Berbatov ke Tottenham.

Kombinasi permainannya bersama Robbie Keane yang berkesan menyebabkan Manchester United telah mendapatkannya dengan 3 kali ganda harganya pada 2006 iaitu pada £30.75m.

Gareth Bale (Southampton, 2007, £5m)
Peminat The Saints tahu mereka mempunyai seorang pemain muda yang menunjukkan aksi menakjubkan dengan kebolehannya membuat sepakan percuma semasa tahun pertamanya di Southampton.

Pada 2007 Spurs telahpun mendapatkan pemain ini tetapi akibat daripada masalah kecederaan Bale sehingga Comolli disingkirkan pada Oktober 2008, Bale telah menjadi simbol kepada kegagalan Comolli.

Bale dipinjamkan ke kelab liga bawahan dimana dia telah mendapatkan semula sentuhannya dan kini Bale telah menjadi Asset Tottenham yang paling berharga sekarang dan membuktikan kejayaan Comolli. Harga Bale dikatakan telah melebihi £20 Million sekarang.

Luka Modric (Dinamo Zagreb, 2008, £15.8m)
Playmaker Croatia ini adalah pemain yang bertanggungjawab menyingkirkan England pada kelayakkan Euro 2008 dan seterusnya Comolli dengan cepat membawanya ke Spurs. Tetapi di bawah Ramos dia bergelut untuk berada di kesebelasan utama dan seringkali gagal.

Tetapi kini dibawah Harry Redknapp persembahannya semakin mantap termasuk mula menunjukkan kematangan ketika beraksi di Kejuaraan Eropah.

Dengan lebihan pemain di posisi kiri di Spurs sekarang dikatakan juga Alex Furgeson mula meletakkan Modric sebagai salah satu kemungkinan perpindahan Manchester United selepas ini.

Benoit Assou-Ekotto (Lens, 2006 £3m)
Pemain Cameroon ini pada mulanya sentiasa bergelut untuk menyediakan diri dengan permainan gaya Liga EPL dan tidak digunakan semasa pengurusan Martin Jol and Ramos.

Tetapi pada 2008 dia memperolehi tempatnya dibawah Redknapp dan sentiasa dipilih oleh Redkanapp utuk memenuhi posisi bek kiri Tottenham sekarang. Dia semakin berkesan diposisi tersebut mengakibatkan gareth Bale terpaksa dibawa ke posisi midfield dan mereka berdua boleh bertukar posisi pada bila-bila masa semasa permainan.

Heurelho Gomes (PSV, 2008, £7.8m)
Keeper Brazil yang menunjukkan reputasi yang menjunam walaupun berada dibawah Ramos dan Redknapp tetapi selepas kemasukan jurulatih Tony Parks sebagai jurulatih Gomes semakin matang dan boleh diharap meletakkan dia sebagai antara penjaga gol yang terbaik di England sekarang.

Hanya gol kontroversi Nani semasa pertemuan dengan Manchester United baru-baru ini mencalarkan sedikit reputasinya.

David Bentley (Blackburn, 2008, £18m)
Bermain di posisi sayap kanan yang juga kini adalah anggota skuad England tetapi kariernya dikatakan merudum selepas berpindah ke Spurs sebaliknya Aaron Lennon kini lebih menyinar diposisi tersebut.

Masih berusaha untuk mendapat kepercayaan Redknapp hingga kini.

Kevin Prince-Boateng (Hertha Berlin, 2007, £5.4m)
Setelah memperolehi gelaran Pemain Muda Terbaik di Liga Jerman bersama Nertha Berlin Boateng tiba di Spurs dengan hasil usaha Comolli.

Manager Jol mengharapkan dia akan melakukan kejayaan di Jerman ke England tetapi tidak dan dia juga telah hilang tempatnya didalam kesebelasan pasukan antarabangsa Ghana. Semasa Ramos dia telah di turunkan ke pasukan  simpanan tetapi semasa Redknapp pula dia telah di jual ke Portsmouth pada awal musim lepas.

Tetapi pada musim ini dia telah berada di Barcelona.

Ricardo Rocha (Benfica, 2007, £3.3m)
Dikatakan pemain bek tengah Ricardo ini adalah pelaburan terburuk Comolli. Kegagalan besarnya adalah kesilapan tandukan yang membolehkan Arsenal menjaringkan gol pada masa tambahan perlawanan separuh akhir Carling Cup tahun 2008 yang menyebabkan dia disisihkan sehingga tamat musim dan dilepaskan ke Portsmouth.

Gilberto (Hertha Berlin, 2008 £1.9m)
Debutnya bersama Spurs menentang PSV semasa UEFA Cup bermula dengan buruk sehingga dia dikeluarkan pada separuh masa. Selepas satu lagi persembahan buruk di White Hart Lane perlawanan menentang Spartak Mosow pada 2009, dia hanya bermain satu perlawanan seterusnya dan dilepaskan selepas itu.

Hossam Ghaly (Feyenoord, 2006, £3m)
Seorang utility midfielder yang boleh beraksi pada mana-mana bahagian yang dibawa Comolli tetapi pemain ini sangat dibenci oleh peminat Tottenham pada masa itu selepas insiden dia membuang jersey ke padang selepas ditukarkan semasa perlawanan May 2007.

Pemain Egypt ini juga gagal membuktikan kemampuannya di Tottenham. Membuat penampilan semula pada Januari 2009 tetapi kerana reaksi marahnya pada sessi memanaskan badan, Redknapp tidak memasukkannya dan sebulan selepas itu dia meninggalkan Tottenham.

MU dapatkan Mats Møller Dæhli minggu ini

Manchester United akan menandatangani pemain attacking midfielder berusia 15 tahun minggu ini, Mats Møller Dæhli adalah anak kepada komentator bolasepak terkenal di Norway Truls Dæhli dan juga seorang ahli fotografi sukan. Pemain ini telah digambarkan sebagai pemain muda yang paling bersinar di Norway pada masa ini.

Perjanjian Daehli membolehkan dia berlatih di Akademi Manchester pada 1 Februari nanti selepas dia berjaya melepasi beberapa ujian percubaan dengan kelab tersebut.

Daehli telah memulakan debut bersama Norway U-15 pada Ogos lepas di Sweden, walaupun Norway telah tewas dalam semua perlawanan tersebut tetapi dia telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Jurulatih Stabaek Pal Berg mengklasifikasikan pemain muda ini sebagai pemain yang mempunyai teknik yang luar biasa dan bakat yang amat menakjubkan untuk menjadi seorang pemain yang berkualiti nanti.

Walaupun Daehli bermain untuk pasukan muda Stabaek tetapi dia kini berlatih bersama skuad utama dan dilaporkan bakat semulajadi Daehli pertama kali dikesan di akademi bolasepak lagenda United Ole Gunnar Solskjaer.




Perhatikan pergerakkan pemain yang bernombor 12.

Monday, November 8, 2010

Zlatan Ibrahimovic & Oguchi Onyewu bergaduh di latihan

Jurulatih Milan Massimiliano Allegri terpaksa menghentikan latihan AC Milan seketika dan memaksa Zlatan Ibrahimovic dan Oguchi Onyewu meninggalkan latihan pada Jumaat lepas selepas kedua-dua bergaduh kerana kekasaran yang dilakukan Oguchi semasa mereka bertembung.

Belum dipastikan apakah punca utama pergaduhan tersebut tetapi dilaporkan pemain pertahanan US 28 tahun itu telah mengasari Zlatan dengan menariknya pada leher setelah dia diterjah. Pergaduhan kecil telah berlaku sebelum meraka dileraikan oleh ahli pasukan yang lain.

Roy Hodgson gagal memperolehi suntikan dana untuk perpindahan Januari ini.

Pemilik baru Liverpool John W Henry hari ini mengumumkan dana kewangan untuk membeli pemain baru di Liverpool pada Januari ini tidak akan diberi kepada pengurus pasukan Roy Hodgson kerana dia tidak berpuashati dengan cara Hodgson membuat urusan perpindahan sehingga setakat ini.

Mungkin peminat-peminat Liverpool telah menghidu keputusan ini setelah baru-baru ini Damien Comolli telah di lantik sebagai Pengarah Strategi Bolasepak oleh Henry. Tugas yang diberikan kepada Comolli adalah untuk mendapatkan pemain baru untuk Liverpool terutamanya kepada pemain bakat muda. Sehingga sekarang semua pemain yang direkrut oleh Hodgson adalah pemain yang berusia dan berpengalaman. Pelantikan Comolli seperti telah mensisihkan kepentingan pengurus kelab ini untuk memperolehi pemain yang dikehendakinya selepas ini.

New England Sports Ventures (NESV) sebenar telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan satu lagi ketegangan di Anfield mengenai perkara ini kerana mereka amat tidak berpuashati dengan penambahan skuad Hodgson sehingga kini.

Pemain Sayap Joe Cole diperolehi secara percuma daripada Chelsea dengan bayaran £120,000 seminggu dan Milan Jovanovic juga didapatkan secara percuma selain £20M lagi digunakan untuk mendapatkan Christian Poulsen, Paul Konchesky dan Raul Meireles.

Liverpool cuba dapatkan Llorente sekiranya Torres berpindah.

Tahniah kepada Torres yang berjaya menjaringkan 2 gol untuk membenam Chelsea di Anfield. Setelah prestasinya nampak kembali memuncak semenjak beberapa perlawanan lepas, adakah dia masih terus menyimpan hasratnya untuk meninggalkan Liverpool?

Liverpool dilaporkan sudah bersedia mendapatkan penyerang Athletic Bilbao Fernando Llorente sekiranya Fernando Torres meninggalkan Liverpool pada Januari nanti.

Torres dilaporkan mungkin akan dipikat oleh Barcelona dan Manchester City selepas dikatakan gagal menyinar beberapa bulan lalu di Liverpool. Dan spekulasi ini semakin dirasakan setelah Liverpool jatuh di zon penyingkiran beberapa minggu lepas.

Rakan seperjuangan Torres didalam pasukan antarabangsa Sepanyol Llorente dikatakan adalah pemain yang sesuai untuk mengganti Torres sekirannya dia terpaksa meninggalkan Liverpool tetapi mereka terpaksa membayar harga lebih €36 million untuk mendapatkan pemain ini.

Pada masa ini Llorente telahpun menjaringkan 7 gol daripada 12 penampilan di Liga Sepanyol.

Sunday, November 7, 2010

Patrice Evra mahu ke Real Madrid

Patrice Evra mahu meninggalkan Manchester United pada penghujung musim ini untuk ke Real Madrid dan menghabiskan kariernya disana.

Walaubagaimanapun perbincangan sedang dijalankan untuk menyambung semula kontraknya yang akan berakhir pada Jun 2012 tetapi dia juga sedang menimbangkan kemungkinan untuk berpindah ke Sepanyol.

Evra yang bersama United dengan pembelian £5.5 million daripada Monaco pada 2006 lalu juga mahu menandatangani kontrak terakhir bersama United untuk masa depannya dan pada masa yang sama dapat membantu kelab memaksimakan pulangan wang tunai ke kelab sekiranya kontraknya dipersetujui dengan United berjaya mengikat pemain yang berusia 29 tahun ini sebagai asset kepada mereka

Pemilik kelab baru-baru ini telah bersetuju untuk memberi dana sebanyak £50m kepada Sir Alex untuk mendapatkan pemain baru pada musim panas nanti dan membenarkan beliau menggunakan semua dana yang diperolehi hasil daripada penjualan pemain untuk mendapatkan pemain baru.

Bagi Furgeson juga beliau tidak mahu kehilangan Evra di United kerana dana yang diperolehi nanti digunakan untuk mendapatkan pemain di posisi yang lain. Dilaporkan Evra memang sudah disasarkan oleh Jose Mourinho sejak musim panas lalu.

Berkemungkinan besar Evra akan menunggalkan United kini amat tinggi setelah dikatakan dia amat marah dengan komen Rooney baru-baru ini sebelum membuat keputusan untuk terus bersama United dengan menyatakan United sudah tidak mempunyai cita-cita lagi untuk bersaing diperingkat tertinggi kerana kurang berminat untuk mendapatkan pemain yang berkebolehan

Ancelloti mahu menguruskan Gerrard suatu hari nanti

Clash of the week : Liverpool vs Chelsea

 

Pengurus Chelsea Carlo Ancelotti memberitahu yang dia mahu menguruskan Steven Gerrard suatu hari nanti. Itulah komen yang terpacul keluar dari mulut Ancelloti setelah diminta membuat komen mengenai ketua pasukan Liverpool itu mungkin sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk berhadapan dengan Liverpool pada perlawanan malam nanti.

Ancelloti memang tidak pernah membuat tawaran untuk mendapatkan Gerrard tetapi dia mahu menunjukkan rasa hormat dan keterujaannya kepada Midfielder England itu setelah melakukan hatrik walaupun sebagai pemain simpanan semasa kempen Piala Eropah Liverpool menentang Napoli tempon hari.

Ancelotti perlukan tiga mata penuh di Anfield amat berharga untuk Chelsea bagi mendahului pasukan lain dengan 5 mata tetapi kini Liverpool didalam proses pembinaan semula pasukan mereka setelah persembahan yang tidak bermaya diawal musim ini tidak akan merelakan mereka memperolehinya semudah yang disangka. Ancelloti percaya kehadiran Gerrard akan memberi inspirasi kepada pasukan Liverpool nanti.

Bagi Ancelloti apa yang dilakukan Gerrard terhadap Napoli minggu lepas juga pernah berlaku kepadanya semasa bersama AC Milan pada perlawanan Akhir Kejuaraan Eropah 2005 lalu dimana Gerrard juga memberi inspirasi kepada Liverpool yang ketinggalan 0-3 menyamakan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan tersebut didalam penentuan penalti.

Bila ditanya kenapa dia mahu menguruskan Gerrard, dia menjawab "Kerana dia adalah antara pemain terbaik dunia. Biala anda menguruskan pemain terbaik dunia adalah amat mudah untuk menang. Saya suka jika diberi peluang untuk menguruskannya kerana saya pernah menguruskan ramai pemain yang hebat dan dia adalah salah seorang diantara mereka."

Saturday, November 6, 2010

FC United of Manchester impikan pertemuan menentang MU


Nicky Platt menjaringkan gol pertama untuk FC United
Bagai mimpi menjadi kenyataan pasukan yang berada pada taraf non-league, FC United of Manchester telahpun menewaskan pasukan daripada League One Rochdale dengan keputusan 2-3 hari ini. Keputusan ini menjadikan perlawanan tersebut sebagai satu kejutan besar dalam Piala FA hasil daripada gol kontroversi di saat akhir perlawanan jaringan Micheal Norton.

Apa yang menariknya pasukan yang ditubuhkan diatas dasar tidak puashati penyokong Manchester United terhadap pengambilalihan oleh keluarga Glazer pada 2005 lalu kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan pada pusingan kedua untuk kemungkinan akan berhadapan dengan Manchester United pada pusingan ketiga.

Berikut adalah statistik perlawanan tersebut.
Scoring Summary  
             Rochdale    FC United of Manchester  
   Anthony Elding (53)   Nicky Platt (42) 
     Craig Dawson (78)   Jake Cotterill (49) 
                         Michael Norton (90) 

                Match Stats  
                     Rochdale    FC United of Manchester 
     Shots (on Goal)   16(6)     13(7)  
     Fouls               4        11  
     Corner Kicks        4         6  
     Offsides            5         4  
     Possession        48%       52%  
     Yellow Cards        2         1  
     Red Cards           0         0  
     Saves               6         5  

          Match Information  
     Stadium: Spotland Stadium, England 
     Attendance: 7,048
     Referee: G Eltringham 
 

Friday, November 5, 2010

Perlawanan rasmi pertama FC United of Manchester

Masih ingatkah anda kepada pasukan FC United? Mereka akan memulakan aksi sulung mereka didalam kejohanan berprestij anjuran FA England pada malam ini. Perlawanan pusingan pertama Piala FA mereka akan menentang pasukan League One Rochdale.

Pemain pertahanan tengah Dave Chadwick yang juga adalah kapten pasukan FC United of Manchester berkata beliau berharap semuanya akan berjalan lancar untuk perlawanan sulung dan bersejarah kelab tersebut didalam Piala FA.

FC United ditubuhkan pada tahun 2005 setelah terdapat segolongan penyokong fanatik Manchester United yang tidak berpuashati dengan pengambilalihan kelab oleh keluarga Glazier. Bagi penyokong-penyokong ini mereka menganggap era keunggulan United telahpun lenyap dengan peristiwa tersebut dan menubuhkan satu pasukan lain yang boleh dibanggakan oleh mereka.

Lawan yang menunggu FC United nanti adalah pasukan Rochdale yang kini menghuni di tangga ke-13 League One – 4 division diatas  FC United selepas promotion pada musim lepas.

Namun apa yang menjadi pembakar semangat kepada pasukan kerdil ini ialah kemenangan 1-0 mereka keatas pasukan Liga Conference, Barrow dan seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding secara rasminya didalam Piala FA tahun ini. Tetapi perlawanan pada malam ini adalah melibatkan perlawanan menentang pasukan yang lebih berkualiti dan buat kali pertama juga perlawanan mereka akan disiarkan di kaca televisyen.

"Oleh itu sekiranya kami beroleh kemenangan pada malam ini ia adalah sesuatu yang istimewa" kata pengurus pasukan Karl Marginson.

Gerrard penyelamat Liverpool : Liverpool 3 Napoli 1

Kita abaikan kekalahan 1-3 Manchester City kepada Lech Poznan, sekurang-kurangnya kita harus sedar bahawa jutaan wang yang dilaburkan bukan menjadi penentu kejayaan sesebuah pasukan.

Apa yang lebih hebat ialah keunggulan seorang pemain yang dilabelkan sebagai wira oleh pasukannya, Steven Gerrard yang kini mula dilabelkan sebagai hat-trick man dan rescue-man, dari satu perlawanan ke satu perlawanan kewibawaan Steven Gerrard mula diperkatakan bagaimana dia berupaya untuk terus mengemudi keseluruhan pasukan Liverpool ini untuk keluar daripada badai yang mula menimpa pasukan ini sejak awal musim lagi.

Nampaknya Liverpool kini masih mempunyai satu hutang lagi yang perlu dibayar kepada pemain ini. Lihat bagaimana kehadirannya didalam pasukan boleh mengubah situasi pasukan yang sedang menerima tekanan menjadi lebih baik dan berjaya memenangi sesuatu perlawanan.

Tamat separuh masa perlawanan kelihatan seperti Liverpool akan menerima kekalahan seterusnya apabila Ezequiel Lavezzi menjaringkan gol melalui counter attack Napoli. Kegembiraan penyokong Napoli seperti tidak terbatas dengan mula mencanangkan sepanduk menyatakan "Anfield Road – Nothing Scary". Mereka tersilap, tidak lagi selepas kemasukan Steven Gerrard pada separuh masa kedua. Gerrard seperti memberitahu kehadirannya perlu ditakutkan oleh mereka.

Selepas menggantikan Milan Jovanovic permainan Liverpool semakin baik. Kemasukkan Gerrard berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Napoli selepas itu dan Gerrard sendiri menjadi wira Liverpool dengan menjaringkan hatrick pada 14 minit terakhir permainan.

Thursday, November 4, 2010

Ancelloti mahukan Kaka ke Chelsea

Chelsea kini sedang berusaha untuk membawa playmaker Brazil, Kaka dari Real Madrid. Pemain berusia 28 tahun ini sedang bergelut untuk mencapai kemuncak prestasi di Bernabeu setelah kecewa pada musim pertamanya bersama Real Madrid. Setelah disisihkan daripada skuad Real Madrid, Kaka kini sedang melihat destinasi berikutnya dan mengharap akan diterima di Chelsea melalui hubungan baiknya dengan Ancelotti di AC Milan dulu.

Carlo Ancelotti mengakui yang kini dia tidak mempunyai cadangan untuk menambahkan skuad  Chelsea pada Januari ini kecuali adanya kecederaan, tetapi peluang untuk bergabung semula dengan Kaka adalah sesuatu perkara yang sukar ditolak olehnya. Kedua-dua pemain dan jurulatih ini telah meninggalkan AC Milan pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Chelsea mungkin perlu membelinya denga harga yang mahal kerana Presiden Bernabeu sekarang Florentino Perez adalah peminat Kaka dan dia dibeli ke Madrid pada tahun lepas dengan harga pada £56M.
Kaka kurang diturunkan pada skuad Madrid sekarang kerana Jose Mourinho kini lebih berminat untuk menggunakan generasi baru di Madrid dengan pemain-pemain seperti Mesut Ozil dan Sergio Canales.

Tottenham terpaksa lepaskan Bale pada £20M

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memberitahu bintang Wales Gareth Bale boleh meninggalkan kelab tersebut tetapi harganya kini melambung disebabkan persembahan cemerlangnya ketika kempen Kejuaraan Eropah. Harga yang perlu dibayar untuk kelab yang mahukannya kini ialah £20M antaranya Real Madrid melalui Jose Mourinho sudah lama memerhatikan pergerakkan pemain ini dipadang. Pengurus Inter sendiri, Rafael Benitez juga menunjukkan minat yang sama.
Bale menjaringkan Hatrick ketika Tottenham tewas 4-3 kepada Inter Milan pada pertemuan pertama dua minggu lalu dan kembali menyinar lagi semalam setelah membantu Tottenham membalas dendam keatas Inter dengan kemenangan 3-1 di White Hart Lane dengan bantuan 2 gol hasil hantarannya.

Tetapi Redknapp berharap Bale tidak akan dijual kemana-mana kerana kelajuannya membawa bola dan melepasi ruang kosong di padang amat diperlukan di Tottenham.