Friday, November 5, 2010

Gerrard penyelamat Liverpool : Liverpool 3 Napoli 1

Kita abaikan kekalahan 1-3 Manchester City kepada Lech Poznan, sekurang-kurangnya kita harus sedar bahawa jutaan wang yang dilaburkan bukan menjadi penentu kejayaan sesebuah pasukan.

Apa yang lebih hebat ialah keunggulan seorang pemain yang dilabelkan sebagai wira oleh pasukannya, Steven Gerrard yang kini mula dilabelkan sebagai hat-trick man dan rescue-man, dari satu perlawanan ke satu perlawanan kewibawaan Steven Gerrard mula diperkatakan bagaimana dia berupaya untuk terus mengemudi keseluruhan pasukan Liverpool ini untuk keluar daripada badai yang mula menimpa pasukan ini sejak awal musim lagi.

Nampaknya Liverpool kini masih mempunyai satu hutang lagi yang perlu dibayar kepada pemain ini. Lihat bagaimana kehadirannya didalam pasukan boleh mengubah situasi pasukan yang sedang menerima tekanan menjadi lebih baik dan berjaya memenangi sesuatu perlawanan.

Tamat separuh masa perlawanan kelihatan seperti Liverpool akan menerima kekalahan seterusnya apabila Ezequiel Lavezzi menjaringkan gol melalui counter attack Napoli. Kegembiraan penyokong Napoli seperti tidak terbatas dengan mula mencanangkan sepanduk menyatakan "Anfield Road – Nothing Scary". Mereka tersilap, tidak lagi selepas kemasukan Steven Gerrard pada separuh masa kedua. Gerrard seperti memberitahu kehadirannya perlu ditakutkan oleh mereka.

Selepas menggantikan Milan Jovanovic permainan Liverpool semakin baik. Kemasukkan Gerrard berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Napoli selepas itu dan Gerrard sendiri menjadi wira Liverpool dengan menjaringkan hatrick pada 14 minit terakhir permainan.

No comments:

Post a Comment