Sunday, November 7, 2010

Ancelloti mahu menguruskan Gerrard suatu hari nanti

Clash of the week : Liverpool vs Chelsea

 

Pengurus Chelsea Carlo Ancelotti memberitahu yang dia mahu menguruskan Steven Gerrard suatu hari nanti. Itulah komen yang terpacul keluar dari mulut Ancelloti setelah diminta membuat komen mengenai ketua pasukan Liverpool itu mungkin sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk berhadapan dengan Liverpool pada perlawanan malam nanti.

Ancelloti memang tidak pernah membuat tawaran untuk mendapatkan Gerrard tetapi dia mahu menunjukkan rasa hormat dan keterujaannya kepada Midfielder England itu setelah melakukan hatrik walaupun sebagai pemain simpanan semasa kempen Piala Eropah Liverpool menentang Napoli tempon hari.

Ancelotti perlukan tiga mata penuh di Anfield amat berharga untuk Chelsea bagi mendahului pasukan lain dengan 5 mata tetapi kini Liverpool didalam proses pembinaan semula pasukan mereka setelah persembahan yang tidak bermaya diawal musim ini tidak akan merelakan mereka memperolehinya semudah yang disangka. Ancelloti percaya kehadiran Gerrard akan memberi inspirasi kepada pasukan Liverpool nanti.

Bagi Ancelloti apa yang dilakukan Gerrard terhadap Napoli minggu lepas juga pernah berlaku kepadanya semasa bersama AC Milan pada perlawanan Akhir Kejuaraan Eropah 2005 lalu dimana Gerrard juga memberi inspirasi kepada Liverpool yang ketinggalan 0-3 menyamakan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan tersebut didalam penentuan penalti.

Bila ditanya kenapa dia mahu menguruskan Gerrard, dia menjawab "Kerana dia adalah antara pemain terbaik dunia. Biala anda menguruskan pemain terbaik dunia adalah amat mudah untuk menang. Saya suka jika diberi peluang untuk menguruskannya kerana saya pernah menguruskan ramai pemain yang hebat dan dia adalah salah seorang diantara mereka."

No comments:

Post a Comment