Showing posts with label EPL : Chelsea. Show all posts
Showing posts with label EPL : Chelsea. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Lima bakat baru yang perlu diberi perhatian pada 2013

Memasuki tahun baru 2013, berikut adalah senarai 5 pemain harapan dan bakat baru yang dijangkakan akan menyinar berdasarkan pencapaian terkini mereka pada tahun ini.


1. Gerard Deulofeu (Barcelona)

Sayap berusia 18 tahun ini telah pun beberapa kali dimasukkan dari bangku simpanan untuk skuad utama Barcelona sejak 18 bulan yang lalu. Ia satu pencapaian yang baik untuk pemain muda berjaya meloloskan diri ke skuad utama yang dibarisi oleh bintang-bintang terkemuka. Deulofeo dikatakan memiliki kepantasan larian dan kemahiran tinggi telahpun menjaringkan 11 gol daripada hanya 16 kemunculan bersama Barcelona B.

2. Viktor Fischer (Ajax)

Juga berusia 18 tahun tetapi Attacking midfielder ini telah pun berjaya menempatkan diri didalam kesebelasan utama Ajax. Sehingga kini dia telahpun membantu Ajax dengan 3 gol jaringannya dan 3 assist. Selalu beraksi di barisan kiri dan hadapan, Fisher mempamerkan kematangan kawalan bola dan membaca permainan. Bagaimanapun kebolehannya untuk mendapatkan gol adalah sesuatu yang cemerlang untuk pemain pada usianya.

3. Dennis Praet (Anderlecht)

Juga berusia 18 tahun, Praet telahpun menyinar daripada Akademi Bolasepak Anderlecht. Dia telahpun memainkan peranan penting untuk kelabnya di liga tempatan dan liga kejuaraan Eropah. Praet dikatakan tiada mengalami masalah untuk bermain secara pantas dan permainan yang memerlukan hantaran kemas.

4. Majeed Waris (Spartak Moscow)

Walaupun telah berusia 21 tahun, tumpuan harus diberikan kepadanya pada tahun ini berdasarkan pencapaiannya semasanya pada liga Swedish Allsvenskan tahun lalu. Pada 2012 dia telahpun menghasilkan 23 gol daripada 29 penampilan bersama kelabnya. Dia dikatakan memiliki kebolehan mengjaringkan gol dengan kedua-dua kakinya. Telahpun menandatangani kontrak bersama Spartak Moscow Januari ini dan dilaporkan dia juga telah diintai oleh kelab EPL, Everton.

5. Nathan Aké (Chelsea)

Pemain pertahan tengah daripada Belanda ini , baru sahaja melakukan debut bersama Chelsea pada minggu lalu ketika The Blues menewaskan Norwich , 1-0. Dia adalah pemain termuda yang pernah beraksi di EPL pada musim ini, pada umurnya 17 tahun. Diserapkan ke skuad utama Chelsea buat pertama kali setelah berjaya menghasilkan impak yang besar kepada pasukan remaja Chelsea memenangi FA Youth Cup triumph of 2011-12. Aké juga telah memenangi kejuaraan UEFA European Under-17 sebagai ketua pasukan Belanda.

Saturday, August 6, 2011

Percaturan AVB terpaksa sisihkan Fernando Torres.

Percaturan taktikal Andre Villas-Boas untuk memastikan kemenangan mula buat Chelsea menyebabkan Fernando Torres disingkirkan daripada senarai pemain utama Chelsea. Keadaan ini makin merumitkan bagi bekas penyerang Liverpool yang dibawa ke Chelsea dengan £50 juta pada Januari lalu. Torres kini masih lagi terkinja-kinja untuk mendapatkan kembali prestasinya yang mula munurun sejak menyertai Sepanyol didalam kempen Piala Dunia tahun lalu.
Dengan hanya menjaringkan satu gol semenjak bersama Chelsea ditambah dengan persembahan yang kurang memberangsangkan semasa perlawanan pra-musim baru-baru ini, AVB kini sebaliknya terpaksa melanjutkan kontrak setahun lagi untuk Didier Drogba selain bertindak sebagai penyerang utama Chelsea dengan formasi 4-3-3.
Selain itu, Daniel Sturridge kini semakin mendapat pilihan dengan aksi yang memberangsangkan setelah dipinjamkan ke Bolton pada musim lepas dengan option berikutnya memihak kepada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou dibahagian sisi bakal meletakkan lagi Fernando Torres akan terus berada dibangku simpanan.

Wednesday, May 25, 2011

Chelsea singkirkan Ancelloti

Berita yang sudah lama tetapi sengaja di 'post' sebagai rujukan. Berikutan kekalahan Chelsea 0-1 keatas pasukan midtable Everton, pemilik Chelsea tanpa gusar telah memecat pengurus mereka Carlo Ancelloti. Ini menjadikan Ancelloti adalah mangsa kedua disingkirkan disebabkan prestasi pasukan yang tidak memuaskan pemilik kelab selepas Avram Grant di singkirkan daripada West Ham minggu lalu.

Tindakkan itu nampak keterlaluan tetapi memandangkan dengan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan setelah sekian lama termasuk perbelanjaan terakhir yang membawa Fernando Torres dengan harga £50 juta. Roman Abramovich mempunyai sebab yang kuat, wang yang dilaburkan mesti diganti dengan trofi yang akan dipertontonkan di Stamford Bridge terutamanya kejuaraan EPL ataupun Piala Liga Kejuaraan Eropah yang begitu diimpikan.

Pemecatan ini juga menambahkan lagi jumlah pengurus yang pernah disingkirkan dengan Abramovich setelah sebelum ini Mourinho, Hiddink, Scolari dan Avram Grant juga pernah menerima nasib yang serupa.

Sehingga kini terdapat beberapa nama telah disenarai pendek untuk mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan Ancelloti antaranya adalah Pengurus Porto yang baru menempa nama Andre Villas-Boas, Hiddink and Frank Rijkaard.

Sunday, February 13, 2011

Chelsea kecewa kerana melepaskan Christian Eriksen

Nama Christian Eriksen mungkin tidak pernah kita dengar sebelum ini tetapi selepas pertemuan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Denmark dan England minggu lepas namanya menjadi sebutan dan mendapat pujian daripada ramai pihak.

Pengurus England, Sven Goran Eriksson sendiri terkejut dengan impak yang dihasilkan oleh pemain remaja Ajax Amsterdam ini semasa perlawanan tersebut dimana dia terpaksa mengubah taktik permainan England pada separuh masa kedua hanya kerana mahu menyerap impak pemain ini. hasilnya England berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1.

Dari satu sumber, gaya permainan Christian Erikson kini menjadi perhatian kelab-kelab terkemuka England termasuk Liverpool, Arsenal da Tottenham. Untuk menguatkan lagi tarikan ini ada sumber memberi komen, "Semasa berumur 17 tahun, pemain-pemain seperti Jari Litmanen dan Dennis Bergkamp tidak pernah mendapat perhatian kelab terkemuka seperti Barcelona, tetapi kini Barcelona sudah memberi perhatian untuk memancing pemain ini".

Apa yang menariknya dengan Christian Erikson ialah semasa berumur 15 tahun dia adalah peserta akedemi bolasepak Chelsea tetapi digugurkan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik. Dia diberi peluang untuk mendapatkan kontrak bersama AC Milan dan Barcelona tetapi akhirnya mengikat kontrak pada usia 18 tahun dengan Ajax armsterdam sehingga 2014.

Tuesday, January 4, 2011

Drogba dedahkan ketegangan di bilik persalinan Chelsea

John Terry merayakan gol ketiga mereka keatas Villa tetapi
dinafikan kemenangan hasil jaringan lewat Villa pada minit
terakhir perlawanan hujung minggu lalu.
Didier Drogba mengakui prestasi merudum Chelsea sekarang adalah disebabkan oleh ketegangan yang dirasai di bilik persalinan mereka. Selain itu ia juga berpunca daripada masalah kecederaan pemain utama Chelsea selain serangan malaria yang dialaminya.

Walaubagaimanapun, Drogba mendedahkan situasi yang hampir serupa juga berlaku pada musim lalu tetapi dengan masalah kecederaan yang serius dan kekurangan jaringan gol pada musim ini, masalah ini kelihatan agak ketara.

Drogba menambah Carlo Ancelloti dan keseluruhan skuad tidak bergembira dengan dengan persembahan minggu lalu kerana mereka tidak menyangka akan mengalami kekalahan ditangan Arsenal dan ia menyebabkan ketegangan di bilik persalinan. Walaubagaimanapun, perjalanan musim ini masih panjang lagi dan mereka berharap akan mendapatkan tiga mata semasa perlawanan menentang Wolves nanti.

Kejayaan menewaskan Bolton minggu lalu sedikit sebanyak telah menceriakan mereka tetapi mereka tidak bernasib baik setelah seri dengan Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka akibat jaringan gol lewat.

Wednesday, December 29, 2010

Chelsea : 6 perlawanan tanpa kemenangan

Ancelotti kini dibantu oleh penganti Wilkins Micheal Emenalo
Chelsea tewas lagi, kini kepada Arsenal dengan jaringan 1-3.

Selepas kekalahan Chelsea ditangan Manchester United pada perlawanan pembukaan EPL, Charity Shield awal musim ini, mereka mula bangkit seperti memberitahu bahawa tiada sesiapa pun yang layak merampas takhta EPL setelah mereka merampasnya dari Manchester United pada musim 2009/2010.

Tetapi bagai ada sesuatu yang tidak kena selepas kekalahan 2-0 mereka kepada Liverpool dalam saingan liga beberapa minggu lalu. Kekalahan itu bagai memberi satu petanda yang pasukan gergasi ini mula mengalami masalah dalaman. Bermula dengan penyingkiran pembantu jurulatih Ancelloti, Ray Wilkins, satu persatu berita yang kurang sedap kedengaran di Stamford Bridge termasuk berita Ancelotti yang dikatakan akan disingkirkan setelah tamat saingan musim ini nanti.

Semalam dengan kekalahan 1-3 kepada Arsenal, Chelsea kini sudahpun mengharungi 6 perlawanan liga tanpa sebarang kemenangan yang membolehkan mereka kini bakal terkeluar daripada saingan 5 terbaik liga buat sementara waktu.

Ancelotti memberitahu yang dia akan mengambil tanggungjawab penuh keatas pasukan ini dan dia juga mungkin risau seperti dua tahun lalu dimana dengan situasi yang serupa seperti sekarang Abramovich
telah menyingkirkan Luiz-Felipe Scolari. Adakah senario tersebut mungkin berulang keatas Carlo Ancelotti?.

Untuk menyelamatkan dirinya dia menegaskan yang sehingga kini Chelsea masih lagi "tidur" dan dia akan menjadi orang yang pertama mengejutkan mereka.

Ditanya adakah Abramovich akan menyingkirkan beliau, dia menjawab ia bergangtung kepada pemilik itu sendiri dan dengan situasi sekarang jelaslah yang dia tidak bergembira. Enam permainan tanpa sebarang kemenangan adalah sesuatu yang paling teruk untuk Chelsea didalam 11 tahun ini dam Ancelloti mengakui terdapat beberapa pemainnya yang mempunyai masalah keyakinan.

Ancelotti menambah kekalahan semalam juga adalah disebabkan oleh persembahan pemainan Arsenal yang cemerlang dan dia sendiri agak terkejut dengan permainan mereka.

Selain itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan karier Ancelotti masih selamat walaupun tewas kepada pasukannya. Dia meletakkan tahap pengurusan Ancelotti pada kedudukan yang terbaik dan sekiranya dia kehilangan kerjayanya di Chelsea ia adalah sesuatu yang pelik.

Friday, December 3, 2010

Barcelona terdesak untuk menandatangani perjanjian baru dengan Pep Guardiola

Barcelona dikatakan telah memulakan perbincangan dengan Ketua Jurulatihnya Pep Guardiola dengan harapan dapat mengikatnya selama 5 tahun lagi setelah dia dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Inter Milan.

Terdapat cadangan daripada Pemilik Stamford Bridge, Roman Abramovich yang mahukan Guardiola menggantikan Ancelloti yang kelihatan mula goyah di Chelsea beberapa minggu ini.

Pada awal musim ini Guardiola hanya menandatangani perjanjian lanjutan hanya selama setahun di Nou Camp tetapi selepas Presiden baru Sandro Rosell berada di situ dia mahukan kontrak itu dilanjutkan lagi buat masa yang lebih panjang.

Selain Chelsea Presiden Inter Milan Massimo Moratti juga dikatakan sedang mencari pengganti Rafa Benitez yang dikatakan gagal membawa perubahan keatas juara Eropah itu selepas melakukan permulaan yang tidak memuaskan.

Monday, November 22, 2010

Benarkan Carlo Ancelotti meletak jawatan?

Satu berita sensasi sedang berkumandang di Stamford Bridge ketika ini. Setelah Chelsea mengalami tiga kekalahan dalam empat perlawanan EPL terakhir mereka kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham. Kini terdengar pula khabar angin yang memberitahu Carlo Ancelloti sudah memberi surat perletakkan jawatannya sebagai Pengurus Chelsea.
Wilkins dan Ancelloti sentiasa bekerjasama sebelum dia
disingkirkan 10 hari lalu.
Ini adalah berita kedua yang mengejutkan di Chelsea dalam bulan ini setelah sepuluh hari lepas penolong pengurus Ancelloti, Ray Wilkins dilucutkan jawatanya tanpa sebarang komen didedahkan kepada umum.

Walaubagaimanapun jurucakap Chelsea memberitahu bahawa berita ini adalah tidak benar. Tetapi Ancelloti seperti tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya selepas memberitahu umum dengan kenyataan perbandingannya dengan Sir Alex Furgeson. Dia secara terbuka menyatakan kedudukannya di Chelsea adalah berbeza dengan Sir Alex dimana dia tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan pasukan secara total.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza kerana (Pengurus Manchester United) Ferguson mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pasukan. Saya hanya Technical Director, noktah, okay?"

Ancelloti menambah "Situasi Wilkins adalah bukan punca kami tewas semasa perlawanan-perlawanan lepas. Kami tewas kerana didalam empat perlawanan lepas, kami hanya menjaringkan 1 gol. Kami harus memperbetulkan keadaan dan meneruskan focus kepada permainan seterusnya seperti perlawanan menentang Birmingham"

"Selalunya kritikan akan kedengaran apabila pasukan tidak menang. Ini adalah tanggungjawab jurulatih dan ia adalah normal. Ini adalah tugas saya. Sekiranya pasukan tidak melakukan kerja yang baik, adalah normal untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih. Saya tiada masalah.

Adalah saya bersedia untuk dikritik? Ya saya bersedia. Ini adalah kehidupan jurulatih. Ini adalah saat yang sukar dan saya rasa kami berkebolehan untuk melepasinya".

Tuesday, November 16, 2010

Lima punca kekalahan teruk Chelsea kepada Sunderland

Drogba yang baru pulih daripada malaria - Arhgg... dia datang
lagi... ini sudah sampai kali kesepuluh ni ku tahan juga...
Kekalahan Chelsea 0-3 kepada Sunderland semalam dikatakan adalah kekalahan terburuk Chelsea di Stamford Bridge sejak 2002, berikut adalah lima faktor yang berkemungkinan punca kekalahan tersebut hasil daripada penilaian daripada seoranng journalist sebuah akhbar terkemuka di London, Oliver Brown.

1. Frank Lampard
Pada akhir sessi latihan Khamis lalu, Carlo Ancelotti memberitahu Lampard telah kembali ke tahap asal ketika latihan setelah direhatkan sejak Ogos lalu akibat pembedahan Hernia. Tetapi dia terpaksa direhatkan akibat kecederaan adductor muscle sehari sebelum perlawanan. Lampard mungkin terpaksa berehat selama dua minggu lagi selepas ini.

2. John Terry
Kecederaan belakang Terry telah memaksa Chelsea menggunakan pasangan Paulo Ferreira dan Branislav Ivanovic yang nampak lebih goyah berbanding pasangan terry dan Alex.

3. Didier Drogba
Setelah Drogba dikatakan menghidap malaria pada mingu lepas, dia kini sedang berusaha untuk mencapai semula prestasinya.

4. Ray Wilkins
Dikatakan ketiadaan penolong jurulatih ini yang dipecat minggu lepas ini telah banyak mengubah suasana dibilik persalinan Chelsea. Wilkins adalah orang yang paling memberi peranan kepada pemain Chelsea ketika berehat dibilik persalinan sebelum perlawanan separuh masa kedua berlangsung dan dia adalah antara muka yang menjadi perhatian mereka semasa itu. Ramai penyokong Chelsea dikatakan tidak berpuashati dengan penyingkiran Wilkins dengan adanya sepanduk yang menulis “We want Ray back”.

5. Kurangnya kekuatan dari dalam pasukan.
Apa yang meresahkan Ancelloti adalah kegagalan pemain Chelsea untuk bangkit semula selepas ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama. Dikatakan Chelsea tidak dapat bangkit sekiranya kekurangan sebelas pemain dari kesebelasan utama mereka. Chelsea boleh berbangga dengan kekuatan pasukan utama mereka tetapi pasukan kedua Chelsea kini amat berbeza kualiti mereka berbanding pasukan utama.

Sunday, November 7, 2010

Ancelloti mahu menguruskan Gerrard suatu hari nanti

Clash of the week : Liverpool vs Chelsea

 

Pengurus Chelsea Carlo Ancelotti memberitahu yang dia mahu menguruskan Steven Gerrard suatu hari nanti. Itulah komen yang terpacul keluar dari mulut Ancelloti setelah diminta membuat komen mengenai ketua pasukan Liverpool itu mungkin sebagai sebahagian daripada persediaannya untuk berhadapan dengan Liverpool pada perlawanan malam nanti.

Ancelloti memang tidak pernah membuat tawaran untuk mendapatkan Gerrard tetapi dia mahu menunjukkan rasa hormat dan keterujaannya kepada Midfielder England itu setelah melakukan hatrik walaupun sebagai pemain simpanan semasa kempen Piala Eropah Liverpool menentang Napoli tempon hari.

Ancelotti perlukan tiga mata penuh di Anfield amat berharga untuk Chelsea bagi mendahului pasukan lain dengan 5 mata tetapi kini Liverpool didalam proses pembinaan semula pasukan mereka setelah persembahan yang tidak bermaya diawal musim ini tidak akan merelakan mereka memperolehinya semudah yang disangka. Ancelloti percaya kehadiran Gerrard akan memberi inspirasi kepada pasukan Liverpool nanti.

Bagi Ancelloti apa yang dilakukan Gerrard terhadap Napoli minggu lepas juga pernah berlaku kepadanya semasa bersama AC Milan pada perlawanan Akhir Kejuaraan Eropah 2005 lalu dimana Gerrard juga memberi inspirasi kepada Liverpool yang ketinggalan 0-3 menyamakan kedudukan seterusnya memenangi perlawanan tersebut didalam penentuan penalti.

Bila ditanya kenapa dia mahu menguruskan Gerrard, dia menjawab "Kerana dia adalah antara pemain terbaik dunia. Biala anda menguruskan pemain terbaik dunia adalah amat mudah untuk menang. Saya suka jika diberi peluang untuk menguruskannya kerana saya pernah menguruskan ramai pemain yang hebat dan dia adalah salah seorang diantara mereka."

Thursday, November 4, 2010

Ancelloti mahukan Kaka ke Chelsea

Chelsea kini sedang berusaha untuk membawa playmaker Brazil, Kaka dari Real Madrid. Pemain berusia 28 tahun ini sedang bergelut untuk mencapai kemuncak prestasi di Bernabeu setelah kecewa pada musim pertamanya bersama Real Madrid. Setelah disisihkan daripada skuad Real Madrid, Kaka kini sedang melihat destinasi berikutnya dan mengharap akan diterima di Chelsea melalui hubungan baiknya dengan Ancelotti di AC Milan dulu.

Carlo Ancelotti mengakui yang kini dia tidak mempunyai cadangan untuk menambahkan skuad  Chelsea pada Januari ini kecuali adanya kecederaan, tetapi peluang untuk bergabung semula dengan Kaka adalah sesuatu perkara yang sukar ditolak olehnya. Kedua-dua pemain dan jurulatih ini telah meninggalkan AC Milan pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Chelsea mungkin perlu membelinya denga harga yang mahal kerana Presiden Bernabeu sekarang Florentino Perez adalah peminat Kaka dan dia dibeli ke Madrid pada tahun lepas dengan harga pada £56M.
Kaka kurang diturunkan pada skuad Madrid sekarang kerana Jose Mourinho kini lebih berminat untuk menggunakan generasi baru di Madrid dengan pemain-pemain seperti Mesut Ozil dan Sergio Canales.

Friday, October 1, 2010

Terry : Abramovich mahu Chelsea bolot semua kejuaraan

Pemilik Chelsea Roman Abramovich mahukan Chelsea membolot semua kejuaraan yang disertai Chelsea pada musim ini dan amat berharap supaya Chelsea dapat membawa pulang Piala Liga Juara-Juara Eropah ke Stamford Bridge. Sasaran tersebut tidak dapat dicapai berikutan kekalahan Chelsea kepada Newcastle didalam perlawanan English Carling Cup pada minggu lepas namun tiga lagi kejuaraan kini menjadi sasaran Chelsea termasuklah Liga Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

John Terry memberitahu pada musim-musim terdahulu Abramovich hanya menegaskan supaya Chelsea terus bersaing untuk sesuatu trofi sehingga ke tahap tertinggi tetapi pada musim ini dia mahukan lebih daripada itu.

Pada tahun lepas Chelsea telah berjaya merangkul double dengan membawa pulang Piala FA dan kejuaraan Liga Inggeris (EPL).

Tuesday, September 21, 2010

Ujian sebenar Chelsea Menentang Man City minggu ini

Carlo Ancelotti menjangkakan ujian sebenar pasukannya pada musim ini bermula dengan pertemuan menentang Manchester City di Eastland hujung minggu ini. Selepas kekalahan kepada Manchester United di perlawanan Charity Shield 8 Ogos lalu Chelsea bermula garang dengan 7 perlawanan berikutnya dengan dengan memenangi semua perlawanan termasuk meledakkan 25 gol dan hanya bolos 2 gol.

Namun Pengurus Chelsea ini menyifatkan Chelsea bernasib baik kerana hanya bertemu dengan pasukan-pasukan yang berada di kelompok tengah liga sahaja dan pertemuan dengan Man City minggu ini akan menjadi ukuran sebenar keupayaan Chelsea.

Ancelloti juga berharap pasukannya akan mendapat momentum untuk meneruskan kecermelangan mereka setakat ini tambahan pula dengan menjangkakan kehadiran semula Frank Lampard kedalam kesebelasan utamanya selepas menjalani pembedahan Hernia.

Berikut adalah pertemuan-pertemuan Chelsea terdahulu.

8/Ogos  kk  Manchester United   1-3
14/Ogos mn  W.B.A               6-0 
21/Ogos mn  Wigan               6-0 
28/Ogos mn  Stoke               2-0
11/Sept mn  West Ham            3-1 
15/Sept mn  MSK Zilina          4-1
19/Sept mn  Blackpool           4-0 

Friday, September 3, 2010

Senarai Pemain Pasukan Chelsea 2010/2011


SENARAI PEMAIN CHELSEA 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKPetr CechEligible
22GKRoss TurnbullHome Grown
40GKHenrique HilárioEligible
2DFBranislav IvanovicEligible
3DFAshley ColeHome Grown
17DFJosé BosingwaEligible
19DFPaulo FerreiraEligible
26DFJohn Terry (captain)Home Grown
33DFAlexEligible
38DFPatrick van AanholtU-21
43DFJeffrey BrumaU-21
5MFMichael EssienEligible
7MFRamiresEligible
8MFFrank LampardHome Grown
10MFYossi BenayounEligible
12MFJohn Mikel ObiEligible
15MFFlorent MaloudaEligible
18MFYuri ZhirkovEligible
46MFJosh McEachranU-21
11FWDidier DrogbaEligible
21FWSalomon KalouEligible
23FWDaniel SturridgeU-21
39FWNicolas AnelkaEligible
44FWGaël KakutaU-21
45FWFabio BoriniU-21






SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN CHELSEA
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Nascimento RamiresBenfica£16.3m
Yossi BenayounLiverpool£5m
Matej DelacInter Zapresic£2.7m
Tomas KalacSigma OlomoucUndisclosed
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
Ricardo CarvalhoReal Madrid£6.6m
Miroslav StochFenerbahce£4.95m
Scott SinclairSwansea City£500,000 rising to £1.2m
DecoFlumineseUndisclosed
Franco di SantoWigan AthleticUndisclosed
Michael BallackBayer LeverkusenFree
Juliano BellettiFluminenseFree
Liam BridcuttBrighton & Hove AlbionFree
Joe ColeLiverpoolFree
Jeffrey NtukaKaiser ChiefsFree
Seth Nana Ofori-TwumasiPeterborough UnitedFree
Jack CorkBurnleySeason Loan
Tomas KalacSigma OlomoucSeason Loan
Michael MancienneWolvesSeason Loan
Nemanja MaticVitesse ArnhamSeason Loan
Slobodan RajkovicVitesse ArnhamSeason Loan
Ryan BertrandNottingham ForestSix Month Loan
Rhys TaylorCarlisleTwo Month Loan
Ben GordonKilmarnockOne Month Loan
Danny PhilliskirkOxford UnitedOne Month Loan

Sunday, August 22, 2010

Chelsea dan Arsenal menang besar.

Chelsea dan Arsenal bagaikan bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing didalam arena EPL apabila masing-masing membelasah pasukan pencabar mereka dengan 6-0. Kejayaan ini memberi tamparan hebat kepada pasukan utama EPL yang lain termasuk Manchester United yang akan menentang Fulham esok dan pasukan Manchester City yang akan bertembung sesama sendiri dengan Liverpool.

Sementara itu, penyerang muda Arsenal semakin menampakkan kematangannya dengan menjaringkan hatrick untuk Arsenal. Berikut adalah keputusan-keputusan liga yang berlangsung semalam.

Arsenal 6-0 Blackpool

Birmingham 2-1 Blackburn
Everton 1-1 Wolverhampton
Stoke City 1-2 Tottenham
West Brom 1-0 Sunderland
West Ham 1-3 Bolton
Wigan 0-6 Chelsea

Sun., Aug. 22
Newcastle vs. Aston Villa
Fulham vs. Man United

Mon., Aug. 23
Man City vs. Liverpool

Wednesday, August 18, 2010

Anelka digantung 18 permainan antarabangsa.

Nicolas Anelka boleh manyatakan ucapan selamat tinggal untuk penglibatannya di dalam arena bolasepak antarabangsa setelah digantung 18 perlawanan antarabangsa oleh FFF semalam. Ini adalah lanjutan daripada insiden memalukan skuad Perancis pada Piala dunia yang lalu berikutan pergeseran beberapa pemain dengan bekas jurulatih skuad terdahulu Raymond Domenech.

Selain itu beberapa pemain lain yang memboikot sessi latihan juga telah menerima hukuman masing-masing ia termasuklah Patrice Evra (5 perlawanan), Franck Ribery (3 perlawanan), Jeremy Toulalan (1 perlawanan). Eric Abidal adalah satu-satunya pemain yang terlepas daripada hukuman kerana enggan bermain pada perlawanan terakhir Perancis.

Sunday, August 15, 2010

Amaran Chelsea kepada pesaing EPL...

Chelsea bagai melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan pesaing mereka dalam EPL apabila menutup tirai perlawanan hari pertama EPL dengan kemenangan 6-0 keatas pasukan yang baru naik ke liga EPL, WBA. Didier Drogba muncul sebagai wira pasukan dengan menghasilkan hatrik pertama musim ini.

Membuka tirai EPL semalam, pasukan Manchester City gagal mengutip mata penuh setelah seri 0-0 bersama Totenham. Perlawanan ini menjadi tumpuan kerana Totenham menamatkan saingan pada tangga ke-4 dan Man City ke-5 musim lalu.

Kejutan juga berlaku apabila pasukan baru EPL, Blackpool berjaya menewaskan Wigan dengan jaringan 4-0. Bagaimanapun pengurus pasukan, Ian Holloway menganggap kemenangan ini bukan penentu nasib mereka kerana apa yang perlu ialah untuk memastikan Blackpool dapat bertahan dipersada liga.

Selain itu, kelab yang dilanda masalah pengurusan, Aston Villa juga berjaya memenangi perlawanan semalam dengan kemenangan 3-0 menewaskan West Ham.

Monday, August 9, 2010

Community Shield : Prestasi pemain.

Berikut adalah prestasi pemain semasa Community Shield semalam seperti yang di paparkan didada sebuah akhbar terkemuka di UK. Manchester United memenangi perlawanan tersebut dengan 3-1. Mata penuh adalah daripada 10 mata.

Chelsea
Hilario - 6
Tewas 3 kali tetapi tidak berpunca daripada kesalahan penjaga gol.

Ferreira - 6
Mengawal baik diposisi pertahanan kanan tetapi gagal membantu serangan.

Ivanovic - 6
Mengawal pertahan tengah dan sedikit sebanyak berjaya membantu Terry.

Terry - 6
Selalu terkeluar posisi dan nampak sedikit lambat untuk mengekang pergerakan serangan Man Utd.

Ashley Cole - 4
Dua kali menjadi punca jaringan Man Utd dan bermain secara tidak teratur.

Essien - 7

Pertahanan yang kemas dan berjaya mengawal keadaan tetapi tidak lama.

Lampard - 6
Passing yang kemas tetapi tidak dapat membantu jaringan gol.

Mikel - 6
Tidak dapat mendominasi permainan, memperolehi satu umpanan kepada Kalou.

Kalou - 6
Gagal menggunakan pecutan tetapi berjaya menjaringkan 1 gol.

Anelka - 6
Mula beraksi dengan baik tetapi semakin longlai.

Malouda - 7
Memberikan Chelsea impak yang baik untuk menyerang.

Substitutes:
60 - Drogba (7): Agresif dan berjaya kucar-kacirkan pertahanan lawan.
60 - Sturridge (7): Memberikan impak yang baik
73 - Benayoun (6): Pandai memcari peluang
79 - Zhirkov & Bruma (6): Terlalu lambat untuk memberi impak.

Manchester United
Edwin van der Sar - 7 
Banyak menyelamatkan cubaan-cubaan Chelsea.

John O'Shea - 6
Bermain seperti pada kemampuannya dan menghasilkan passing kepada Valencia.

Jonny Evans - 6
Kurang berkeyakinan setelah diletakkan di kiri pertahanan.

Nemanja Vidic - 7
Bejaya mengawal benteng United dengan baik dan menahan bola rembatan Drogba.

Fabio Da Silva - 6
Kurang keyakinan dan gagal menggunakan larian pantasnya.

Antonio Valencia - 8
Cemerlang menghasilkan satu gol dan bermain baik bersama Scholes.


Paul Scholes - 8
Menghasilkan 2 hantaran yang baik dan kelas permainan sempurna.

Michael Carrick - 7
Banyak menghasilkan ruang pemain lain menyerang.

Ji-Sung Park - 6
Rajin tetapi satu rembatannya terkena Ivanovic.

Michael Owen - 5
Tiada arah. Kedudukannya dalam bahaya pada musim ini.

Wayne Rooney - 7
Larian yang baik dan hantaran lintang yang sempurna kepada Valencia.

Substitutes:
45 - Javier Hernandez (7): Jaringan gol debut dengan hidung (diakui sendiri sepanjang perlawanan tersebut). tetapi mempunyai prospek yang baik.
45 - Nani (7): Hantaran baik untuk gol Berbatov
45 - Dimitar Berbatov (6): Menjaringkan gol yang bersahaja
71 - Chris Smalling (7): Kelihatan gusar
79 - Ryan Giggs & Darren Fletcher (6): Terlalu lambat untuk menghasilkan impak.

Saturday, August 7, 2010

Ancelloti mengumumkan skuad untuk Community Shield

Carlo Ancelotti telah mengesahkan kesebelasan utama untuk menentang Manchester United didalam Community Shield Ahad ini, hanya satu sahaja pertukaran dilakukan keatas kesebelasan yang dikalahkan Hamburg semasa perlawanan pra-musim lalu. Drogba, Alex dan Petr Cech tidak diturunkan kerana masalah kecederaan.
Skuad Chelsea: Henrique Hilario, Paulo Ferreira, Branislav Ivanovic, John Terry, Ashley Cole, Michael Essien, John Mikel Obi, Frank Lampard, Salomon Kalou, Nicolas Anelka, Florent Malouda.

Subs: Ross Turnbull, Didier Drogba, Ricardo Carvalho, Yossi Benayoun, Yuri Zhirkov, Gael Kakuta, Daniel Sturridge, Jeffrey Bruma.

Thursday, August 5, 2010

Secara taktikal Benayoun lebih baik dari Cole.

Carlo Ancelotti hari ini telah menjawab kritikan-kritikan keatas perpindahan Joe Cole secara percuma dan pembelian Benayoun dengan harga £5.5M dengan Liverpool, ini kerana kedua-dua pemain berfungsi pada posisi yang sama. Beliau menyatakan secara taktikalnya Benayoun lebih baik berbanding Cole dan Benayoun lebih memahami arahannya di atas padang. Dia juga menyatakan kehadiran Benayoun juga akan memperbaiki skuadnya yang sedia ada.

Dia juga mengakui bahawa Joe Cole lebih pantas berbanding Benayoun tetapi Yossi adalah pemain yang pintar.