Sunday, December 30, 2012

Lima bakat baru yang perlu diberi perhatian pada 2013

Memasuki tahun baru 2013, berikut adalah senarai 5 pemain harapan dan bakat baru yang dijangkakan akan menyinar berdasarkan pencapaian terkini mereka pada tahun ini.


1. Gerard Deulofeu (Barcelona)

Sayap berusia 18 tahun ini telah pun beberapa kali dimasukkan dari bangku simpanan untuk skuad utama Barcelona sejak 18 bulan yang lalu. Ia satu pencapaian yang baik untuk pemain muda berjaya meloloskan diri ke skuad utama yang dibarisi oleh bintang-bintang terkemuka. Deulofeo dikatakan memiliki kepantasan larian dan kemahiran tinggi telahpun menjaringkan 11 gol daripada hanya 16 kemunculan bersama Barcelona B.

2. Viktor Fischer (Ajax)

Juga berusia 18 tahun tetapi Attacking midfielder ini telah pun berjaya menempatkan diri didalam kesebelasan utama Ajax. Sehingga kini dia telahpun membantu Ajax dengan 3 gol jaringannya dan 3 assist. Selalu beraksi di barisan kiri dan hadapan, Fisher mempamerkan kematangan kawalan bola dan membaca permainan. Bagaimanapun kebolehannya untuk mendapatkan gol adalah sesuatu yang cemerlang untuk pemain pada usianya.

3. Dennis Praet (Anderlecht)

Juga berusia 18 tahun, Praet telahpun menyinar daripada Akademi Bolasepak Anderlecht. Dia telahpun memainkan peranan penting untuk kelabnya di liga tempatan dan liga kejuaraan Eropah. Praet dikatakan tiada mengalami masalah untuk bermain secara pantas dan permainan yang memerlukan hantaran kemas.

4. Majeed Waris (Spartak Moscow)

Walaupun telah berusia 21 tahun, tumpuan harus diberikan kepadanya pada tahun ini berdasarkan pencapaiannya semasanya pada liga Swedish Allsvenskan tahun lalu. Pada 2012 dia telahpun menghasilkan 23 gol daripada 29 penampilan bersama kelabnya. Dia dikatakan memiliki kebolehan mengjaringkan gol dengan kedua-dua kakinya. Telahpun menandatangani kontrak bersama Spartak Moscow Januari ini dan dilaporkan dia juga telah diintai oleh kelab EPL, Everton.

5. Nathan Aké (Chelsea)

Pemain pertahan tengah daripada Belanda ini , baru sahaja melakukan debut bersama Chelsea pada minggu lalu ketika The Blues menewaskan Norwich , 1-0. Dia adalah pemain termuda yang pernah beraksi di EPL pada musim ini, pada umurnya 17 tahun. Diserapkan ke skuad utama Chelsea buat pertama kali setelah berjaya menghasilkan impak yang besar kepada pasukan remaja Chelsea memenangi FA Youth Cup triumph of 2011-12. Aké juga telah memenangi kejuaraan UEFA European Under-17 sebagai ketua pasukan Belanda.

No comments:

Post a Comment