Saturday, December 29, 2012

Real Madrid bida Gareth Bale pada £33M

Mourinho mengakui yang dia mula mengagumi bakat dan kebolehan Bale sejak dia berada Chelsea lagi.
Real Madrid mendahului kelab-kelab gergasi Eropah untuk membuat bidaan mendapatkan Gareth Bale dengan harga pada £33 Juta. Tottenham dilaporkan telah mengetahui intaian Real Madrid terhadap Bale sejak sekian lamanya tetapi laporan daripada sebuah akhbar di Sepanyol telah mengesahkan yang tawaran telahpun dibuat.

Minggu lalu, Pengurus Totenham Andre Villa Boas telah mendedahkan yang Bale adalah aset utama bagi Totenham sekarang dan tidak mungkin akan dijual pada Januari ini. Dengan kejayaan terbaru Bale yang menghasilkan Hatrick ketika menewaskan Aston Villa beberapa hari lalu, kini ia bagaikan telah menambahkan sensasi spekulasi penawaran keatas Bale.

Sememangnya Gareth Bale adalah pemain kegemaran Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dimana dia sudah mengesan dan mangkagumi bakat Bale sejak dia mengemudi Chelsea dahulu. Sekiranya masih gagal diperolehi Januari ini, Mourinho dikatakan akan mencubanya lagi pada hujung musim nanti. Real Madrid dikatakan telah pun menyediakan dana sebanyak £56m untuk merealitikan perpindahan pemain Wales berusia 23 tahun ini ke Madrid.

Oktober lalu, Mourinho juga telah menawarkan Gareth Bale dengan mengunjurkan untuk membuat pertukaran pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun Real Madrid, Fabio Coentrao yang juga adalah pemain kegemaran Andre Villa Boas yang pernah dilamar AVB semasa dia berada di Chelsea dahulu.

No comments:

Post a Comment