Saturday, March 26, 2011

Liverpool mahukan Philippe Mexes sekiranya gagal dapatkan Gary Cahill

Liverpool akan berusaha mendapatkan Pertahanan Perancis Philippe Mexes secara percuma sekiranya Pertahanan Bolton Gary Cahill menolak tawaran mereka untuk ke Manchester United. Kenny Dalglish melihatkan Gary Cahill adalah pemain yang sesuai untuk menggantikan Jamie Carragher tetapi Liverpool perlu membayar £18 million untuk mendapatkannya.

Pengarah Bolasepak Liverpool yang juga berbangsa Perancis Damien Comolli sangat menyanjungi Philippe Mexes ketika dia berada di Auxerre lagi dan amat yakin yang dia akan ke Liverpool walaupun mendapat tawaran daripada Arsenal and AC Milan.

Permintaan bayaran gaji Mexes dijangka tidak menyukarkan Liverpool memandangkan dia didapatkan secara percuma, mengenai polisi FSG yang mahukan Liverpool menandatangani pemain muda, Mexes yang akan berusia 29 tahun masih boleh ditawarkan untuk penjualan semula.
Selain Gary Cahill, Dalglish kini juga mensasarkan pemain tengah Blackpool Charlie Adam, Ashley Young (Aston Villa), Matt Jarvis (Wolves), Antoine Griezmann (Real Sociedad) , Dimitri Payet (St Etienne) dan Yann M’Vila (Rennes).

Thursday, March 24, 2011

Jose Mourinho akan kembali ke EPL

Jose Mourinho hari ini mengesahkan yang dia akan ke EPL selepas dia meninggalkan Real Madrid mungkin hujung musim ini. Dengan hanya memberi keterangan bahawa kelab tersebut adalah "Kelab yang paling sukar di dunia", kini status kelab tersebut masih lagi samar.

Dia amat berbesar hati untuk menerima tawaran kelab tersebut memandangkan England adalah sebuah negara yang banyak memberi kejayaan kepada kariernya sebelum ini dan dia amat bergembira berada di England.

Selain itu, dia juga tidak mendedahkan apakah status kontraknya bersama Real Madrid sekiranya menerima tawaran tersebut kerana kontrak tersebut masih berbaki 3 tahun lagi.

Dia memberitahu yang dia amat merindui hari-harinya di England dan mempunyai sesuatu yang masih belum dikecapinya di England dan mahu melakarkannya selepas ini. Dan ia akan lebih bermakna sekiranya dia melakukannya melalui projek jangka panjang tidak seperti terdahulunya apadia dia datang ke Chelsea, barisannya pemainnya memang sudah sedia kental.

Mari kita meneka kelab manakah yang akan mendapatkan Mourinho. Banyak kemungkinannya, berbanding dengan musim-musim sebelumnya, musim ini banyak soal kredibiliti pengurus-pengurus EPL mula dipersoalkan dan beberapa kelab juga telah menyingkirkan pengurus mereka. Malahan sehingga kini sudah kedengaran pengurus tersohor seperti Arsene Wenger pun sudah diajak berundur selain, kedudukan Steve Kean di Blackburn dan Kenny Dalglish di Liverpool masih lagi kabur.

Tetapi bila mendengar frasa Mourinho "Kelab yang paling sukar di dunia", dan dia mahu mengecapi kejayaan di England selepas ini melalui projek jangka panjang. Kini dalam senarai barisan kemungkinan kelab-kelab tersebut saya mahu tambah lagi satu kemungkinannya, QPR. QPR kini sudah menduduki takhta Liga Kejuaraan dan mungkin boleh ke EPL pada musim hadapan dan jangan lupa pemilik QPR Lakshmi Mittal adalah individu kedua terkaya sebagai pemilik kelab di England selepas Sheikh Al-Mansur di Manchester City.

Wednesday, March 9, 2011

Jordan Henderson : Antara muka baru yang menonjol di EPL.

Belum pun tamat musim 2011 nampaknya para "scout" pasukan gergasi sudah mencongak muka-muka baru yang mungkin boleh diteruskan dengan prospek pembelian, itulah sinonim kepada EPL, wang adalah segala-galanya, biar rugi berjuta-juta dan pemilikan kelab silih berganti tetapi jutaan pound mesti dilaburkan sekiranya hendak terus berada di persada liga. Nampaknya saranan FA supaya kelab mengeluarkan sendiri produk berkualiti tidak kesampaian.

Yang terbaru, kini Manchester United dan Chelsea sudah mula mengumpan pemain berbakat yang begitu ketara peningkatannya di musim ini, Jordan Henderson pemain tengah daripada Sunderland. Berbeza dengan Gareth Bale yang namanya mula menyinar setelah dua atau tiga tahun selepas diketengahkan tetapi Jordan Henderson hanya mengambil masa setahun sahaja malahan dia sudah mula diperhatikan selepas beberapa perlawanan awal liga sahaja. Mungkin disebabkan dia agak immune terhadap kecederaan serius.

Berita buruknya, pemain ini sepanjang musim ini amat berpuashati dengan peningkatannya di Sunderland dengan sudah berada di kesebelasan utama, dia merasakan adalah terlalu awal untuknya berhijrah ke kelab lain kerana takutkan kurangnya peluang menyertai pasukan utama akan merencatkan peningkatannya.

Walaupun berusia 20 tahun dia sudah berjaya menyarung jersi England sekali, satu pencapaian yang membanggakannya kerana apabila dia mengukur kebolehan dirinya hanya setahun lalu, dia adalah diantara longgokan pemain remaja England yang mungkin hanya akan bermain di liga-liga utama England sahaja apabila meneruskan karier bolasepak profesional sepanjang hayat. Dia menganggap dengan caps England tersebut dia sudah berjaya meloloskan diri daripada longgokan pemain-pemain tersebut dan amat berterima kasih kepada Steve Bruce yang berjaya mengesan kebolehannya dahulu.

Berkaitan dengan umpanan Manchester United, pengurusnya Steve Bruce sudah mendedahkan yang Henderson akan terus berada di kelab kampung halamannya, Sunderland. Bagi Henderson pula buat masa ini, peluang untuk beraksi di EPL adalah sesuatu peluang yang berharga yang tidak dapat dibeli dengan bayaran gaji yang lumayan. Dia telah diberi tanggungjawab sebagai pemain utama Sunderland pada masa ini dan akan menggunakan peluang ini untuk terus bermain dan terus meningkatkan prestasi kerana dia percaya prestasinya akan memuncak dengan lebihan peluang bermain di liga.

Nampaknya pencarian Alex Ferguson untuk mendapatkan "The Next Cantona" masih lagi tidak kesampaian, Adakah dia akan menemuinya sebelum dia bersara?

Monday, March 7, 2011

Dikagumi, diminati, dibenci...

Jose Mourinho telah diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau. Lelaki tersebut dikatakan telah cuba untuk menikam Mourinho semasa sesi menandatangani autograf di lapangan terbang La Coruna dengan pemain Real Madrid yang lain pada minggu lalu. Pelik mengapa selepas seminggu kejadian ini berlaku, baru sekarang ia disiarkan.

Mourinho terselamat dengan tidak mengalami kecederaan, tetapi pengawal peribadinya dikatakan terkena tikaman tersebut yang dianggarkan sedalam 4cm di lengannya.

Punca mengapa leaki tersebut bertindak demikian masih belum lagi dirungkai, Real Madrid baru sahaja menewaskan pasukan bandar tersebut beberapa minggu yang lalu. CCTV telah dianalisa dan lelaki tersebut telahpun dikenalpasti.