Wednesday, March 9, 2011

Jordan Henderson : Antara muka baru yang menonjol di EPL.

Belum pun tamat musim 2011 nampaknya para "scout" pasukan gergasi sudah mencongak muka-muka baru yang mungkin boleh diteruskan dengan prospek pembelian, itulah sinonim kepada EPL, wang adalah segala-galanya, biar rugi berjuta-juta dan pemilikan kelab silih berganti tetapi jutaan pound mesti dilaburkan sekiranya hendak terus berada di persada liga. Nampaknya saranan FA supaya kelab mengeluarkan sendiri produk berkualiti tidak kesampaian.

Yang terbaru, kini Manchester United dan Chelsea sudah mula mengumpan pemain berbakat yang begitu ketara peningkatannya di musim ini, Jordan Henderson pemain tengah daripada Sunderland. Berbeza dengan Gareth Bale yang namanya mula menyinar setelah dua atau tiga tahun selepas diketengahkan tetapi Jordan Henderson hanya mengambil masa setahun sahaja malahan dia sudah mula diperhatikan selepas beberapa perlawanan awal liga sahaja. Mungkin disebabkan dia agak immune terhadap kecederaan serius.

Berita buruknya, pemain ini sepanjang musim ini amat berpuashati dengan peningkatannya di Sunderland dengan sudah berada di kesebelasan utama, dia merasakan adalah terlalu awal untuknya berhijrah ke kelab lain kerana takutkan kurangnya peluang menyertai pasukan utama akan merencatkan peningkatannya.

Walaupun berusia 20 tahun dia sudah berjaya menyarung jersi England sekali, satu pencapaian yang membanggakannya kerana apabila dia mengukur kebolehan dirinya hanya setahun lalu, dia adalah diantara longgokan pemain remaja England yang mungkin hanya akan bermain di liga-liga utama England sahaja apabila meneruskan karier bolasepak profesional sepanjang hayat. Dia menganggap dengan caps England tersebut dia sudah berjaya meloloskan diri daripada longgokan pemain-pemain tersebut dan amat berterima kasih kepada Steve Bruce yang berjaya mengesan kebolehannya dahulu.

Berkaitan dengan umpanan Manchester United, pengurusnya Steve Bruce sudah mendedahkan yang Henderson akan terus berada di kelab kampung halamannya, Sunderland. Bagi Henderson pula buat masa ini, peluang untuk beraksi di EPL adalah sesuatu peluang yang berharga yang tidak dapat dibeli dengan bayaran gaji yang lumayan. Dia telah diberi tanggungjawab sebagai pemain utama Sunderland pada masa ini dan akan menggunakan peluang ini untuk terus bermain dan terus meningkatkan prestasi kerana dia percaya prestasinya akan memuncak dengan lebihan peluang bermain di liga.

Nampaknya pencarian Alex Ferguson untuk mendapatkan "The Next Cantona" masih lagi tidak kesampaian, Adakah dia akan menemuinya sebelum dia bersara?

No comments:

Post a Comment