Friday, July 30, 2010

UEFA menunggu dakwaan Liverpool mengenai isu perkauman.

UEFA mengesahkan mereka mengetahui isu nyanyian berbaur perkauman penyokong kelab dari Macedonia FK Rabotnicki yang ditujukan kepada pemain berkulit hitam Liverpool semasa perlawanan kelayakan Liga Eropah semalam. Bagaimanapun perlawanan yang dilangsungkan di Macedonia itu memihak kepada Liverpool dengan kemenangan 2-0.

UEFA sedang menanti laporan penilaian daripada delegasi UEFA dan pengadil perlawanan. Setelah dinilaikan nanti, kes disiplin akan dikenakan terhadap FK Rabotnicki.

Liverpool memulakan perlawanan dengan dua pemain kulit hitam, David Ngog and David Amoo. Sebelum ini Macedonia juga pernah dikenakan denda diatas masalah yang sama setelah beberapa pemain kulit hitam England Emile Heskey, Ashley Cole dan Sol Campbell disasarkan oleh penyokong Macedonia pada perlawanan antarabangsa tahun 2003.

Thursday, July 29, 2010

Mark Hughes akan dilantik Pengurus Baru Fulham.

Mark Hughes dijangkakan akan dilantik sebagai pengurus baru pasukan Fulham setelah ia dikosongkan oleh  Roy Hodgson yang berpindah ke Liverpool. Dikhabar Hughes telah menerima tawaran Mohamed Al Fayed yang berjumlah £2m setahun untuk ke kelab dari London ini yang layak ke perlawanan akhir Piala UEFA musim lepas.

Tumpuan pengganti utama untuk Roy Hogdson ialah Pengurus Ajax Martin Jol tetapi ia telah ditolak. Mark Hughes tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana kelab setelah disingkirkan dari Manchester City pada Disember 2009 dimana tempatnya diambil alih oleh Roberto Mancini.

Hughes memulakan kerjaya pengurusan pada 1999 bersama Wales. Pada 2004 beliau telah dibawa ke Blackburn dengan pencapaian ke perlawanan separuh akhir Piala FA dan mendapat tempat ke Piala EUFA.
Seterusnya berpindah ke Manchester City pada 2008 tetapi tugasannya telah diubah setelah Abu Dhabi United Group mengambil alih kelab tersebut.

Wednesday, July 28, 2010

Deigo Maradona disingkirkan - Alejandro Sabella mungkin mengambil alih.

Jawatankuasa Eksekutif Argentinian FA memutuskan hari ini untuk tidak menyambung kontrak Deigo Maradona. Selepas pertemuan Maradona dan Presiden AFA Julio Grondona kelmarin beliau menetapkan kepada AFA untuk mengekalkan kesemua staffnya sebagai syarat untuk menyambung kontrak yang baru.
Grondona mendedahkan perbualan kelmarin kepada pengurusan dan AFA telah memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.

Perlawanan Argentina seterusnya adalah perlawanan persahabatan menentang Ireland pada 11 Ogos nanti dan buat sementara waktu Sergio Batista akan mengemudikan pasukan itu.

Jurucakap AFA, Ernesto Cherquis Bialo menambah mereka akan mendapatkan Jurulatih tetap secepat mungkin dan berkata "Permintaan yang ditetapkan oleh Maradona adalah diluar kemampuan AFA dan mereka akan mendapatkan jurulatih sebelum perlawanan persahabatan menentang Sepanyol yang dijadualkan pada 9 September nanti"

Tiada senarai pendek yang dikeluarkan setakat ini tetapi Jurulatih Estudiantes Alejandro Sabella, yang membawa kemenangan Estudiantes memenangi Copa Libertadores musim lepas adalah Jurulatih yang paling sesuai buat masa ini.

Barisan kemungkinan untuk perlawanan menentang Ireland nanti.
Goalkeepers:
Sergio Romero (AZ Alkmaar/Netherlands), Mariano Andujar (Catania/Italy)

Defenders:
Martin Demichelis (Bayern Munich/Germany), Walter Samuel (Inter Milan/Italy), Nicolas Burdisso (Roma/Italy), Gabriel Heinze (Marseille/France), Fabricio Coloccini (Newcastle/England), Emiliano Insua (Liverpool/England), Pablo Zabaleta (Manchester City/England)

Midfielders:
Angel Di Maria (Real Madrid/Spain), Maxi Rodriguez (Liverpool/England), Javier Mascherano (Liverpool/England), Jonas Gutierrez (Newcastle/England), Mario Bolatti (Fiorentina/Italy), Javier Pastore (Palermo/Italy), Jesus Datolo (Espanyol/Spain), Fernando Gago (Real Madrid/Spain), Ever Banega (Valencia/Spain)

Forwards:
Sergio Aguero (Atletico Madrid/Spain), Carlos Tevez (Manchester City/England), Gonzalo Higuain (Real Madrid/Spain), Lionel Messi (Barcelona/Spain), Diego Milito (Inter Milan/Italy), Ezequiel Lavezzi (Napoli/Italy)

Persahabatan Malaysia B23 (1) - Korea Selatan B23 (0)

Venue - Stadium Bukit Jalil
Tarikh - 26 Julai 2010
Jaringan Safiq Rahim minit ke 51

Kesudahan Teka-Teki Perpindahan Utama EPL.

Liverpool - Javier Mascherano.
Pengurus Liverpool Roy Hodgson memgumumkan Mascherano mahu meninggalkan EPL. Khabarnya pengurus lama beliau Rafa Benitez sedang menggamit kedatangannya di Inter Milan tetapi beliau masih mempunyai kontrak dengan Liverpool. Rafa jugalah yang membawanya ke Liverpool dari West Ham pada 2007 lalu.


Liverpool - Fernando Torres.
Pemain ini dikatakan sedang bercuti dan akan kembali ke Liverpool Isnin nanti. Roy Hodgson menyatakan beliau masih berminat untuk bersama Liverpool untuk musim ini.




Arsenal - Cesc Febregas.
Setelah kehilangan Yaya Toure ke Man City, Barcelona sememangnya amat mahukan pemain yang berkualiti di posisi itu dan Fabregas adalah sasaran mereka dengan meletakkan tanda harga £30m untuk mendapatkannya. Tambahan pula pasukan Barcelona juga mempunyai beberapa pemain bintang yang bersama-sama Fabregas menjuarai Piala Dunia 2010 lalu dan ini memberi kelebihan kepada pemainnya berinteraksi. Tetapi Arsenal sekerasnya menolak sebarang rundingan untuk mendapatkan Fabregas. Berkemungkinan Fabregas tidak akan kemana-mana.

Manchester City - Craig Bellamy.
Akibat peraturan terbaru EPL pemain ini tidak akan mendapat tempat dalam senarai 25 pemain Man City dan akan dijual kerana City telah mendapatkan banyak penyerang yang lebih berkaliber. Terbaru dikatakan Totenham mahu mendapatkan khidmat beliau.


Manchester United - Nemandja Vidic.
Ura-ura menyatakan pemain ini akan meninggalkan Old Trafford bermula sejak musim lalu lagi. Pada musim ini cerita tersebut berulang lagi dengan menyatakan kelab-kelab utama di Sepanyol mahukan beliau. Ini amat merunsingkan Alex Furgeson yang kurang mempunyai pemain pertahanan tengah yang konsisten tambahan pula masalah kecederaan berulang Rio Ferdinand. Teka-teki ini terjawab apabila Vidic telah menandatangani kontrak terbaru dengan selama 4 tahun dengan United.

Manchester United Juga Bermasalah Dengan Peraturan Terbaru FA.

Sama seperti kelab tetanganya Man City, Alex Ferguson berkata beliau menghadapi dilema untuk menamakan 25 pemain yang akan memikul tanggungjawab untuk Manchester United. Beliau terpaksa menimbang sedalamnya untuk menamakan Owen Hargreaves and Anderson kedalam senarai tersebut kerana kedua-duanya sedang mengalami kecederaan jangka panjang.

Seorang lagi pemain baru ke Man Utd.
Ketua Eksekutif Man Utd hari ini memaklumkan bahawa Alex Ferguson mempunyai dana yang cukup untuk membawa seorang lagi pemain berkelas dunia dengan jumlah dana yang diberikan tetapi ia menyalahkan masalah penawaran harga bagi pemain di pasaran merencatkan proses pembelian itu.

Terdahulu Man Utd telah membelanjakan £20 juta bagi mendapatkan Chris Smalling dan Javier Hernandez. Gill juga membayangkan Man Utd akan membuat satu lagi pembelian utama sebelum 31 Ogos nanti. Mesut Ozil dan Wesley Sneidjer adalah dua pemain yang mendapat perhatian Alex buat masa ini.

Apa pendapat Paul Scholes mengenai pesaing utama musim ini.
Chelsea
Chelsea adalah pesaing utama bagi United, mereka telah menidakkan harapan United untuk menjuarai liga selama 4 musim berturut musim lepas dan semestinya mereka mahu mengekalkannya musim ini. Mereka kehilangan Petr Cech dan Didier Drogba pada permulaan musim.

Man City
Dengan pembelian-pembelian terbaru City mereka juga berkeupayaan untuk menjadi juara. Pasukan ini telah mengalami banyak perubahan sejak 10 tahun lepas.

Liverpool.
Liverpool juga berupaya untuk bersaing bergantung bagaimana mereka memulakan kempen dengan pengurus baru mereka. Pada musim lalu Liverpool gagal untuk bersaing, pada musim ini dengan rata-rata adalah daripada pemain yang sama dan Joe Cole Liverpool masih lagi pasukan yang baik.

Monday, July 26, 2010

Peraturan terbaru FA England memaksa Man City untuk menjual 12 pemainnya.

Manchester City terpaksa melepaskan sekurangnya 12 pemainnya sebelum masa perpindahan tamat bulan depan. Ini berikutan peraturan terbaru EPL yang menetapkan setiap kelab mesti menyerahkan senarai nama 25 pemain sebelum 1 September ini dan hanya 25 pemain ini sahaja yang layak diturunkan semasa perlawanan.

Peraturan terbaru ini menyebabkan pemain-pemain seperti Roque Santa Cruz, Craig Bellamy, Jo, Felipe Caicedo, Micah Richards, Michael Johnson, Vincent Kompany, Shaun Wright-Phillips, Stephen Ireland, Nigel De Jong, Kelvin Etuhu, Pablo Zabaleta dan Nedum Onuoha tidak dapat beraksi bersama Manchester City sehingga musim perpindahan Januari ini ataupun dipinjamkan atau dijual ke kelab-kelab lain.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini berkata mereka mesti menjual beberapa pemain dalam masa 20 hari ini dan amat kecewa dengan pengumuman ini.

Antara syarat terbaru yang dikeluarkan oleh FA ialah 8 daripada 25 pemain tersebut mestilah pemain tempatan bermaksud mereka mesti bermain di England ataupun Wales untuk 3 musim sebelum tarih lahir ke 21 mereka.

Skuad Sekarang.
Goalkeeper:
Shay Given, Stuart Taylor, Joe Hart

Defender:
Micah Richards, Wayne Bridge, Nedum Onuoha, Pablo Zabaleta, Aleksandar Kolarov, Javier Garrido, Sylvinho, Jerome Boateng, Joleon Lescott, Kolo Toure, Shaleum Logan, Vincent Kompany, Javan Vidal, Ben Mee, Dedryck Boyata, Ryan McGivern, Kieran Trippier

Midfielder:
Michael Johnson, Stephen Ireland, Shaun Wright-Phillips, Adam Johnson, Gareth Barry, David Silva, Adam Clayton, Nigel de Jong, Scott Kay, Vladimir Weiss, Greg Cunningham, Andrew Tutte, Yaya Toure

Attacking Midfielder:
Kelvin Etuhu, Abdisalam Ibrahim

Striker:
Jo, Roque Santa Cruz, Felipe Caicedo, Emmanuel Adebayor, Benjani, Carlos Tevez, Craig Bellamy, Donal McDermott, Alex Nimely

On Loan:
Robinho (to Santos), David Ball (to Swindon Town) , Gunnar Nielsen (to Tranmere Rovers)

Sunday, July 25, 2010

CBF umumkan Mano Menezes sebagai Jurulatih Baru Brazil.

Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) mengumumkan Mano Menezes telah dilantik sebagai Jurulatih Baru pasukan Brazil. Jurulatih Corinthians ini dipanggil untuk memikul tugas ini setelah terdahulunya Muricy Ramalho tidak dapat menerima tawaran CBF kerana komitmennya kepada Fluminense.

Mano Menezes akan mempersiapkan pasukan Brazil untuk kejohanan Piala Dunia 2014 dimana Brazil juga adalah Tuan Rumah. Tugasan pertamanya adalah perlawanan persahabatan menentang United States pada 10 Ogos nanti. Perlawanan terkhir kedua-dua pasukan adalah semasa perlawanan akhir Piala Konfederasi tahun lalu dimana Brazil telah menewaskan United States dengan 3-2.

Menezes menunjukan rekod cemerlang ketika mengemudi pasukan-pasukannya dalam liga tempatan Brazil. Pada 2005 beliau telah membawa Gremio ke kemuncak liga dan dan membawa Gremio ke perlawanan akhir Copa Libertadores dua tahun berikutnya. Kemuadian beliau berpindah ke Corinthians dan pada akhir 2007, beliau membantu kelab tersebut naik ke liga Utama Brazil dari Siri B dan memenangi Campeonato Paulista dan Copa do Brasil pada tahun lepas.

Saturday, July 24, 2010

Skuad Perancis dibubarkan.

Skuad Perancis Dibubarkan.
Jurulatih baru Perancis, Laurent Blanc memutuskan untuk membubarkan keseluruhan 23 pemain skuad Perancis pada Piala Dunia 2010 lalu untuk perlawanan persahabatan menentang Norway bulan depan. Tetapi Blanc menyatakan kemungkinan ada diantara mereka mungkin akan diserap kembali sekira kebolehan mereka diperlukan pada posisi tertentu.


Ramalho sahkan sebagai Jurulatih baru Brazil.
Jurulatih Fluminense Muricy Ramalho telah mengesahkan jawatan terbaru sebagai Jurulatih Brazil bagi menggantikan Dunga yang meletakkan jawatan. Beliau amat berbangga dengan tugas barunya itu dan dijangkakan akan diumumkan esok.
Pasukan Brazil pulang dari Piala Dunia 2010 dengan kekalahan kepada Belanda pada suku-akhir dibawah bimbingan Dunga. Sepanjang 4 tahun Pasukan Brazil bersama Dunga mereka telah dinobatkan sebagai Juara Copa America dan Juara Piala Konfederasi.

Nemanja Vidic Kekal Di MU.
Dilaporkan Nemanja Vidic, Pertahanan Manchester United telah menandatangani kontrak 4 tahun bersama MU dengan gaji  £90,000 seminggu dan menamatkan spekulasi perpindahan ke Real Madrid.

Serangan Liverpool = BarcelonaDengan kemasukan Joe Cole ke Liverpool, Arjen Robben mengakui kemampuan serangan Liverpool kini adalah setanding Barcelona (Juara Liga Sepanyol) dan menyatakan Chelsea melakukan kesilapan besar melepaskan pemain itu.

Robben yang juga adalah bekas pemain Chelsea (2004) menyatakan dengan kekuatan 3 penyerang Steven Gerrard, Fernando Torres dan Cole, Liverpool akan menjadi kuasa sebenar didalam EPL.

China akan membida Piala Dunia 2026.

Bidaan ini menjadikan satu kejutan apabila kebanyakkan negara-negara Asia menbida pada kejohanan 2022 dan mengikut peraturan terbaru FIFA kejohanan paling berprestij ini tidak mungkin akan diadakan pada satu-satu benua berturut-turut.

Terdahulu Jepun, Korea Selatan, Australia and Qatar membida untuk 2018 tetapi menurut Ketua
Chinese Football Association, Wei Di walaupun Kejohanan 2022 diadakan di Asia, China tetap akan menghantar pemohonan kerana beliau percaya dengan kebolehan dan kemudahan-kemudahan yang ada untuk membuat penganjuran. Semuanya tidak mengenai kejayaan atau kegagalan tetapi ia mengenai penyertaan, tambah beliau lagi. kenyataan ini juga dilaporkan menjadi kontroversi setelah terdapat laporan terdapat pegawai kedutaan Australia di China yang cuba menelefon mereka untuk mendapatkan keterangan.

Thursday, July 22, 2010

Loic Remy mungkin akan ke West Ham.

West Ham berkemungkinan mendapatkan penyerang muda Nice, Loic Remy setelah membuat bidaan terbaru terhadap pemain itu. Penyerang 23 tahun ini juga mendapat perhatian pelbagai kelab terkemuka di Eropah termasuk Liverpool.

West Ham dilaporkan bersetuju untuk membayar €13.5 Juta sekaligus untuk mendapatkan Remy. Kenyataan ini juga telah disahkan oleh pengurus Nice, Patrick Governatori. Beliau menambah sehingga sekarang Liverpool belum lagi menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan Remy secepat mungkin kerana Nice mahu menamatkan kes perpindahan ini sebelum akhir Julai.

Tuesday, July 20, 2010

Francis Jeffers - Pemain yang meningkat turun....

Hah... ini dia pemain yang pernah dipuja oleh oleh penyokong-penyokong Everton dan Arsenal pada awal 2000 dahulu. Juga dikatakan sebagai "England Future Star" setelah menjaringkan 13 gol dari 16 perlawanan U-21 England.

Sekarang dikhabarkan sedang menjalani menjalani pemilihan untuk pasukan yang baru naik ke EPL, Blackpool. Pemain ini telah dilepaskan oleh Sheffield Wednesday kerana hanya menjaringkan 5 gol pada kempen yang lepas.
"Good Luck to you Mr. Holloway, waiting to see your line-up before coming season kick-start." Berikut adalah pencapaian Frrancis Jeffers sepanjang zaman.

    Years                Team               Apps (Gls)

1998–2001        Everton                    49 (18)
2001–2004        Arsenal                     22 (4)
2003–2004   → Everton (loan)           18 (0)
2004–2006      Charlton Athletic         20 (3)
2005           → Rangers (loan)              8 (0)
2006–2007      Blackburn Rovers       10 (0)
2007          → Ipswich Town (loan)      9 (4)
2007–2010     Sheffield Wednesday    54 (5)
2010 - ?????

Joe Cole Sertai Liverpool daripada Chelsea.

Bekas pemain Chelsea Joe Cole (28) dilaporkan telah menyetai Liverpool secara perpindahan percuma. Dilaporkan beliau menerima gaji disekitar £90,000 kerana Arsenal dan Totenham juga berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Ini melibatkan perpindahan kedua pemain antara Chelsea ke Liverpool setelah Yossi Benayoun sebelum ini berpindah dari Liverpool ke Chelsea.

Sunday, July 18, 2010

Alex Furgeson mendedahkan tawaran dari England.

Alex Furgeson mendedahkan tawaran dari England.
Pengurus Manchester United ini mendedahkan bahawa dia pernah menerima 2 kali tawaran daripada FA England untuk menjadi jurulatih semenjak dia bersama MU. Pendedahan itu dibuat semasa temubual beliau dengan sebuah stesen TV dari Kanada. Manchester sekarang sedang mengada perlawanan pra-musimnya di Kanada untuk Jelajah America Utara. Manchester United telahpun memenangi perlawanan pertamanya menentang Celtic dengan kemenangan (3-1). Gol-gol united dijaringkan oleh Berbatov, Danny Welbeck dan Tom Cleverley.

Gaji baru Rooney RM643,000 seminggu.
LONDON - Gaji baru Wayne Rooney bakal mencecah 130,000 pound (RM643,500) seminggu, menjadikan dia pemain yang mendapat gaji paling tinggi dalam sejarah Manchester United.

Remy bakal bintang baru Liverpool
PARIS - Liverpool kini di peringkat akhir untuk mendapatkan penyerang muda Perancis, Loic Remy dengan kontrak lima tahun dan yuran perpindahan 12.5 juta pound (RM62 juta) dari kelab lamanya, Nice.

Thursday, July 15, 2010

Berita terkini

Kelab dari Liga MLS New York Red Bulls mengesahkan perpindahan bekas pemain Barcelona Thierry Henry secara percuma. Kontrak tersebut dilaporkan adalah melebihi setahun dan diuarkan adalah lebih lumayan berbanding perpindahan David Beckham ke LA Galaxy. Henry akan memulaan debutnya dalam perlawanan persahabatan menentang Totenham nanti.

Penyerang Liverpool Fernando Torres telah disahkan mengalami kecederaan betis dan dilaporkan akan memulakan aksi sebelum musim baru bermula.

Juara Piala dunia 2010, Sepanyol telah dinobatkan sebagai pasukan nombor satu dunia pada senarai terbaru yang dikeluarkan FIFA. Malaysia juga telah meningkat sebanyak 4 kedudukan dengan berada pada kedudukan 142 sekarang.

1 Spain
2 Netherlands
3 Brazil
4 Germany
5 Argentina
6 Uruguay
7 England
8 Portugal
9 Egypt
10 Chile
11 Italy
12 Greece
13 USA
14 Serbia
15 Croatia
16 Paraguay
17 Russia
18 Switzerland
19 Slovenia
20 Australia
21 France
...
32 Japan
...
44 Korea Republic
...
...103 Korea DPR
104 Iraq
105 Thailand
...
121 Singapore
...
127 Vietnam
...
135 Hong Kong
...
142 Malaysia
143 Myanmar




Wednesday, July 14, 2010

Anugerah-Anugerah Piala Dunia 2010

Juara : Sepanyol
Naib Juara : Belanda
Ketiga : Jerman
Keempat : Uruguay

Anugerah Bola Emas : Deigo Forlan (Uruguay)


Anugerah Kasut Emas & Permain Muda Terbaik : Thomas Mueller (Jerman)

Sarung Tangan Emas : Iker Casilas (Sepanyol)

Permainan Bersih : Sepanyol

Pemain Terbaik (Akhir) : Andres Iniesta (Sepanyol)

Tuesday, July 13, 2010

Mario Balotelli akan ke MU atau MC?. Kisah pemain kontroversi ini di Inter Milan.



Semestinya beliau akan bergembira setelah menjadi rebutan antara 2 kelab terkemuka di EPL ini. Sememangnya beliau tidak menyukai dengan isu perkauman yang dihadapinya di Inter sekarang.
Juga dikenali sebagai "Super Mario" dan adalah seorang pakar sepakan percuma. Beliau adalah anak kepada pasangan imigran Ghana yang diserahkan kepada Keluarga Balotelli secara sah semasa berumur 3 tahun. Status ini juga menjadi kontroversi setelah ibubapanya menuntut hak keatas beliau dan beliau menuduh mereka cuba mengambil kesempatan pada dirinya setelah menjadi terkenal.

Profil:
Nama : Mario Barwuah Balotelli
T Lahir : 12 August 1990 di Palermo, Itali.
Posisi : Penyerang
Kelab
2005–2006 Lumezzane 2(0) (Liga utama semasa berumur 15 tahun)
2006–2010 Inter Milan 59(20)
Rekod
- Membantu Inter menewaskan Roma dengan gol penyamaan 2-2 di Final Piala Itali 2008.
- Pemain termuda menjaringkan gol dalam Liga Eropah.

Rentetan kontroversi.
~2005-2007 - Tidak dapat mewakili Itali untuk Kejohanan peringkat umur kerana status kewarganegaraannya dengan Ghana.

~7 Ogos 2007 - Pada umur 17 Tahun beliau menolak pelawaan Jurulatih Ghana (Claude Le Roy) untuk mewakili Ghana di peringkat antarabangsa dan menyatakan kesediaannya untuk mewakili Itali.
~April 2009 - Dikecam oleh penyokong Juventus dengan lagu "a black Italian does not exist" setelah menjaringkan gol penyamaan 1-1. Lagu tersebut juga telah menjadi lagu tema penyokong Juventus walaupun bukan perlawanan menentang Inter. Lagu ini juga dinyanyikan oleh penyokong-penyokong kelab lain sekiranya beliau beraksi.
~Ogos 2009 - Mula bermasalah dengan Jose Mourinho dan disisihkan dari latihan skuad utama. Beliau sering dikritik oleh pemain-pemain utama di Inter Milan.
~March 2010 - Sekali lagi dikritik setelah beliau menunjukkan sokongan kepada AC Milan.
~20 April 2010 - Semasa wisel akhir perlawanan separuh akhir Liga Eropah menentang Barcelona, beliau membuang jerseynya ke padang setelah dicaci oleh oleh penyokongnya kerana persembahan buruk.

Monday, July 12, 2010

Piala Dunia 2010 : Terbaik & Terburuk

Pemain Terbaik sepanjang kejohanan mengikut The Sun Hari Ini.




Pemain Terburuk Sepanjang Kejohanan.
  1. Penjaga Gol : Robert Green (England)
  2. Petahanan Kanan : Gianluca Zambrotta (Italy)
  3. Pertahan Kiri : Patrice Evra (France)
  4. Pertahan Tengah : Matthew Upson (England)
  5. Pertahanan Tengah : Fabio cannavaro (Itali)
  6. Sayap Kanan : Samuel Eto'o (Cameroon)
  7. Midfield Tengah : Gareth Barry (England)
  8. Midfield Tengah : Melo (Brazil)
  9. Sayap Kiri : Franck Ribery (France)
  10. Penyerang : Wayne Rooney (England)
  11. Penyerang : Nicolas Anelka (France)

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol dengan mengatasi Belanda pada minit ke 116 masa tambahan di perlawanan akhir Kejuaraan Piala Dunia 2010. Jaringan ini seterusnya mengesahkan Sepanyol sebagai Juara Dunia 2010. Ini adalah penampilan pertama Juara Eropah ini pada perlawanan akhir Piala Dunia seteruanya membuktikan bahawa mereka juga adalah Juara diperingkat tertinggi ini.

Sejarah juga dilakarkan pada perlawanan ini apabila 13 kad kuning dilayangkan oleh pengadil dari England Howard Webb dengan satu kad merah kepada John Heitiga.
Berikut adalah statistik perlawanan akhir tersebut.

Belanda Sepanyol
0 Jaringan 1
6(12)6 Tepat(Percubaan)Sasar 5(18)13
44 % Penguasaan bola 56
6 Sepakan Sudut 8
7 Offside 5
28 Fouls 19
8 Kad Kuning 5
1 Kad Merah 0




Alex Ferguson menafikan bidaan terhadap Sneidjer.
Alex Ferguson menafikan Man Utd ada membuat bidaan terhadap Wesley Sneidjer dan menyatakan beliau berpuas hati dengan skuadnya sekarang. “Saya tidak tahu dari mana laporan-laporan mengenai Sneidjer datang” kata Ferguson kepada the Mail Ahad lalu. Beliau juga menafikan bahawa Man Utd juga mensasarkan bidaan kepada Mesut Ozil sebagai alternatif. ** Arjen Robben mengumumkan perpindahan Sneidjer ke MU mungkin nyata. **

Benayoun menyalah sikap “kurang hormat” Benitez
Pemain yang berpindah dari Liverpool ke Chelsea (2 Julai lalu) ini menyatakan Benitez adalah sebab dia meninggalkan Liverpool. Pelik… Kenapa Benitez dipersalahkan sedangkan Liverpool sekarang dibawah pengurusan baru.

Pemain-pemain yang menjadi perhatian ke EPL.
Man City - Gianluigi Buffon, David Luiz (Benfica)
Man Utd - Wesley Sneidjer, Gianluigi Buffon, Klaas-Jan Huntelaar, Luis Suarez, Antony Annan (Rosenborg)
Totenham - Klaas-Jan Huntelaar, Luis Suarez
Liverpool - Klaas-Jan Huntelaar
Arsenal - Yoann Gourcuff
Chelsea - Sergio Aguerro, Kaka, Antony Annan

Friday, July 9, 2010

Berita pada 8 Julai 2010

"Goal-line Tech" akan dikaji
Presiden FIFA Sepp Blater akan membuncangkan isu ini pada bulan Oktober akan datang. Ini berikutan daripada 2 insiden yang berlaku semasa Piala Dunia 2010 berlangsung dimana gol oleh Frank Lampard (England) dibatalkan oleh pengadil semasa menentang Jerman dan kontroversi Luis Suarez (Uruguay) menahan bola dihadapan pintu gol semasa menentang Mexico.

Perpindahan Wesley Sneijder
Harapan pengurus Man Utd untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun Wesley Sneijder daripada Inter Milan berkecai apabila pemain itu mengumumkan untuk kekal di Giuseppe Meazza. Sneijder telah membantu Inter Milan merangkul kejuaraan treble pada musim lepas termasuk dengan kejuaraan Eropah.

Milan Jovanovic ke Liverpool
Penyerang berusia 29 tahun dari Serbia ini telahmenghabiskan kontraknya di Standard Ligue akhir dipancing ke Liverpool secara perpindahan percuma.