Thursday, July 29, 2010

Mark Hughes akan dilantik Pengurus Baru Fulham.

Mark Hughes dijangkakan akan dilantik sebagai pengurus baru pasukan Fulham setelah ia dikosongkan oleh  Roy Hodgson yang berpindah ke Liverpool. Dikhabar Hughes telah menerima tawaran Mohamed Al Fayed yang berjumlah £2m setahun untuk ke kelab dari London ini yang layak ke perlawanan akhir Piala UEFA musim lepas.

Tumpuan pengganti utama untuk Roy Hogdson ialah Pengurus Ajax Martin Jol tetapi ia telah ditolak. Mark Hughes tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana kelab setelah disingkirkan dari Manchester City pada Disember 2009 dimana tempatnya diambil alih oleh Roberto Mancini.

Hughes memulakan kerjaya pengurusan pada 1999 bersama Wales. Pada 2004 beliau telah dibawa ke Blackburn dengan pencapaian ke perlawanan separuh akhir Piala FA dan mendapat tempat ke Piala EUFA.
Seterusnya berpindah ke Manchester City pada 2008 tetapi tugasannya telah diubah setelah Abu Dhabi United Group mengambil alih kelab tersebut.

No comments:

Post a Comment