Wednesday, July 28, 2010

Manchester United Juga Bermasalah Dengan Peraturan Terbaru FA.

Sama seperti kelab tetanganya Man City, Alex Ferguson berkata beliau menghadapi dilema untuk menamakan 25 pemain yang akan memikul tanggungjawab untuk Manchester United. Beliau terpaksa menimbang sedalamnya untuk menamakan Owen Hargreaves and Anderson kedalam senarai tersebut kerana kedua-duanya sedang mengalami kecederaan jangka panjang.

Seorang lagi pemain baru ke Man Utd.
Ketua Eksekutif Man Utd hari ini memaklumkan bahawa Alex Ferguson mempunyai dana yang cukup untuk membawa seorang lagi pemain berkelas dunia dengan jumlah dana yang diberikan tetapi ia menyalahkan masalah penawaran harga bagi pemain di pasaran merencatkan proses pembelian itu.

Terdahulu Man Utd telah membelanjakan £20 juta bagi mendapatkan Chris Smalling dan Javier Hernandez. Gill juga membayangkan Man Utd akan membuat satu lagi pembelian utama sebelum 31 Ogos nanti. Mesut Ozil dan Wesley Sneidjer adalah dua pemain yang mendapat perhatian Alex buat masa ini.

Apa pendapat Paul Scholes mengenai pesaing utama musim ini.
Chelsea
Chelsea adalah pesaing utama bagi United, mereka telah menidakkan harapan United untuk menjuarai liga selama 4 musim berturut musim lepas dan semestinya mereka mahu mengekalkannya musim ini. Mereka kehilangan Petr Cech dan Didier Drogba pada permulaan musim.

Man City
Dengan pembelian-pembelian terbaru City mereka juga berkeupayaan untuk menjadi juara. Pasukan ini telah mengalami banyak perubahan sejak 10 tahun lepas.

Liverpool.
Liverpool juga berupaya untuk bersaing bergantung bagaimana mereka memulakan kempen dengan pengurus baru mereka. Pada musim lalu Liverpool gagal untuk bersaing, pada musim ini dengan rata-rata adalah daripada pemain yang sama dan Joe Cole Liverpool masih lagi pasukan yang baik.

No comments:

Post a Comment