Friday, July 30, 2010

UEFA menunggu dakwaan Liverpool mengenai isu perkauman.

UEFA mengesahkan mereka mengetahui isu nyanyian berbaur perkauman penyokong kelab dari Macedonia FK Rabotnicki yang ditujukan kepada pemain berkulit hitam Liverpool semasa perlawanan kelayakan Liga Eropah semalam. Bagaimanapun perlawanan yang dilangsungkan di Macedonia itu memihak kepada Liverpool dengan kemenangan 2-0.

UEFA sedang menanti laporan penilaian daripada delegasi UEFA dan pengadil perlawanan. Setelah dinilaikan nanti, kes disiplin akan dikenakan terhadap FK Rabotnicki.

Liverpool memulakan perlawanan dengan dua pemain kulit hitam, David Ngog and David Amoo. Sebelum ini Macedonia juga pernah dikenakan denda diatas masalah yang sama setelah beberapa pemain kulit hitam England Emile Heskey, Ashley Cole dan Sol Campbell disasarkan oleh penyokong Macedonia pada perlawanan antarabangsa tahun 2003.

No comments:

Post a Comment