Monday, July 12, 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol dengan mengatasi Belanda pada minit ke 116 masa tambahan di perlawanan akhir Kejuaraan Piala Dunia 2010. Jaringan ini seterusnya mengesahkan Sepanyol sebagai Juara Dunia 2010. Ini adalah penampilan pertama Juara Eropah ini pada perlawanan akhir Piala Dunia seteruanya membuktikan bahawa mereka juga adalah Juara diperingkat tertinggi ini.

Sejarah juga dilakarkan pada perlawanan ini apabila 13 kad kuning dilayangkan oleh pengadil dari England Howard Webb dengan satu kad merah kepada John Heitiga.
Berikut adalah statistik perlawanan akhir tersebut.

Belanda Sepanyol
0 Jaringan 1
6(12)6 Tepat(Percubaan)Sasar 5(18)13
44 % Penguasaan bola 56
6 Sepakan Sudut 8
7 Offside 5
28 Fouls 19
8 Kad Kuning 5
1 Kad Merah 0




No comments:

Post a Comment