Wednesday, July 28, 2010

Kesudahan Teka-Teki Perpindahan Utama EPL.

Liverpool - Javier Mascherano.
Pengurus Liverpool Roy Hodgson memgumumkan Mascherano mahu meninggalkan EPL. Khabarnya pengurus lama beliau Rafa Benitez sedang menggamit kedatangannya di Inter Milan tetapi beliau masih mempunyai kontrak dengan Liverpool. Rafa jugalah yang membawanya ke Liverpool dari West Ham pada 2007 lalu.


Liverpool - Fernando Torres.
Pemain ini dikatakan sedang bercuti dan akan kembali ke Liverpool Isnin nanti. Roy Hodgson menyatakan beliau masih berminat untuk bersama Liverpool untuk musim ini.




Arsenal - Cesc Febregas.
Setelah kehilangan Yaya Toure ke Man City, Barcelona sememangnya amat mahukan pemain yang berkualiti di posisi itu dan Fabregas adalah sasaran mereka dengan meletakkan tanda harga £30m untuk mendapatkannya. Tambahan pula pasukan Barcelona juga mempunyai beberapa pemain bintang yang bersama-sama Fabregas menjuarai Piala Dunia 2010 lalu dan ini memberi kelebihan kepada pemainnya berinteraksi. Tetapi Arsenal sekerasnya menolak sebarang rundingan untuk mendapatkan Fabregas. Berkemungkinan Fabregas tidak akan kemana-mana.

Manchester City - Craig Bellamy.
Akibat peraturan terbaru EPL pemain ini tidak akan mendapat tempat dalam senarai 25 pemain Man City dan akan dijual kerana City telah mendapatkan banyak penyerang yang lebih berkaliber. Terbaru dikatakan Totenham mahu mendapatkan khidmat beliau.


Manchester United - Nemandja Vidic.
Ura-ura menyatakan pemain ini akan meninggalkan Old Trafford bermula sejak musim lalu lagi. Pada musim ini cerita tersebut berulang lagi dengan menyatakan kelab-kelab utama di Sepanyol mahukan beliau. Ini amat merunsingkan Alex Furgeson yang kurang mempunyai pemain pertahanan tengah yang konsisten tambahan pula masalah kecederaan berulang Rio Ferdinand. Teka-teki ini terjawab apabila Vidic telah menandatangani kontrak terbaru dengan selama 4 tahun dengan United.

No comments:

Post a Comment