Saturday, August 6, 2011

Percaturan AVB terpaksa sisihkan Fernando Torres.

Percaturan taktikal Andre Villas-Boas untuk memastikan kemenangan mula buat Chelsea menyebabkan Fernando Torres disingkirkan daripada senarai pemain utama Chelsea. Keadaan ini makin merumitkan bagi bekas penyerang Liverpool yang dibawa ke Chelsea dengan £50 juta pada Januari lalu. Torres kini masih lagi terkinja-kinja untuk mendapatkan kembali prestasinya yang mula munurun sejak menyertai Sepanyol didalam kempen Piala Dunia tahun lalu.
Dengan hanya menjaringkan satu gol semenjak bersama Chelsea ditambah dengan persembahan yang kurang memberangsangkan semasa perlawanan pra-musim baru-baru ini, AVB kini sebaliknya terpaksa melanjutkan kontrak setahun lagi untuk Didier Drogba selain bertindak sebagai penyerang utama Chelsea dengan formasi 4-3-3.
Selain itu, Daniel Sturridge kini semakin mendapat pilihan dengan aksi yang memberangsangkan setelah dipinjamkan ke Bolton pada musim lepas dengan option berikutnya memihak kepada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou dibahagian sisi bakal meletakkan lagi Fernando Torres akan terus berada dibangku simpanan.

Tuesday, August 2, 2011

Mourinho perlukan Gareth Bale

Agak mengecewakan apabila Harry Redknapp kerap kali gagal membawa pemain bertaraf bintang ke White Hart Lane. Seringkali tawaran yang disandarkan oleh Tottenham, mesti ada kelab pesaing lain yang menjadi penghalang mereka dan yang terakhir adalah Juan Mata yang dipintas oleh Arsenal, berita terbaru juga kedengaran hari ini Arsenal juga telah berputih mata kerana gagal mendapatkan Mata.

Redknapp kini lebih mensasarkan pemain tengah yang berkualiti berikutan keadaan Luka Modric yang tidak menentu dan mungkin akan berpindah ke Chelsea, perpindahan Modric pasti akan membesarkan kantung Tottenham yang dinilaikan Redknapp melebihi £35 juta menyebabkan Manchester United terpaksa berundur daripada memancing pemain ini.

Kehilangan pemain yang mendapat jolokan "The Magic" ini mungkin tidak menggusarkan Redknapp kerana sejak dari musim lalu lagi Redknapp mempunyai banyak pilihan untuk pemain sayap kiri dan ini termasuklah Gareth Bale dan Assou Ekoto. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama Redknapp menyebab Modric kurang diturunkan dan meluahkan hasrat untuk berpindah. Tetapi Modric mempunyai kelebihan dimana dia boleh berfungsi di bahagian tengah dengan baik setelah berpasangan bersama Huddlestone. Selain itu Redknapp juga mempunyai Rafael Van Der Vaart yang kini berfungsi di bahagian serangan.

Menyedari kekecewaan dan tekanan ini, Jose Mourinho mengambil peluang dengan menawarkan bintang tengah Real Madrid, Lassana Diarra tetapi dengan syarat Redknapp mesti melepaskan Gareth Bale ke Real. Satu tawaran yang licik yang juga akan lebih memeningkan Redknapp selepas ini. Mourinho menggambarkan urusniaga ini akan dilakukan pada Januari depan dan bukan dalam waktu terdekat.

Mourinho sejak dahulu lagi amat teruja dengan permainan Bale walaupun Bale mula menyinar pada tahun lalu. Pada Januari lalu juga terdengar desas desus yang mengatakan Mourinho bakal membuat satu tawaran mega kepada Tottenham untuk membawa Bale dan Modric ke Madrid dengan tawaran £100 juta. Mungkin kegagalan untuk ke Final kejuaraan juara-juara Eropah menyebabkan ianya tidak berlaku.

Monday, August 1, 2011

Suasana kurang harmoni di Eastland.

De Jong meluakan rasa iri hatinya diatas imbuhan yang diperolehi Aguero.
Roberto Mancini mungkin berasa lega di atas kejayaannya membawa Sergio Aguero ke sana. Agak kurang jelas apakah perancangan sebenar membawa pemain di bahagian serangan menyertai kelab tersebut sedangkan kini Manchester City amat memerlukan pemain pertahanan yang berkaliber untuk mengemudi barisan belakang mereka.

Seperti serampang dua mata mungkin tindakkannya itu adalah untuk membawa pemain Argentina ke skuad seterusnya dapat mengelakkan ayam tambatannya Carlos Tevez berpindah ke kelab lain. Tidak hairanlah bagaimana Sergio Aguero ini diberikan imbuhan yang tinggi sebanyak £200,000 seminggu dengan pembelian sebanyak £38 juta.

Sekiranya berharap dapat mengikat ayam tambatannya kini dia akan berhadapan dengan masalah terbaru yang kedengaran di Eastland sekarang dimana 3 pemainnya kini sudah meluahkan rasa cemburu dan tidak puas hati dengan imbuhan yang diterima oleh Aguero. Mereka adalah Vincent Kompany, Nigel De Jong dan Micah Richards.

Ketiga-tiga pemain ini dilaporkan kecewa dengan layanan yang diterima mereka setelah berjaya membantu Manchester City pada musim lalu mengondol piala kejuaraan setelah 35 tanpa sebarang piala. pemain Belanda De Jong meluahkan rasa kecewanya dengan perbincangan kontrak terbarunya kini, selain Kompany dan Richards dilaporkan akan diberikan gaji sebanyak £80,000 dan £65,000 seminggu.

Untuk menyusun struktur penggajian kelab yang lebih terancang kelab terpaksa memberi gaji kepada pemain-pemain utama lebih kurang setengah daripada gaji yang diperolehi oleh pemain bintang yang terdiri daripada Yaya Toure, Carlos Tevez dan Sergio Aguero.

Suasana inilah yang perlu dielakkan oleh setiap pengurus pasukan yang menyimpan pemain-pemain bertaraf bintang yang ramai. Sekiranya gagal dikawal, keputusannya kita akan melihat bagaimana sesebuah pasukan yang berkualiti gagal bersaing di liga.

Lee Chung-Yong patah kaki kanan.


Pemain tengah Bolton Lee Chung-yong akan direhatkan sekurang-kurangnya selama sembilan bulan akibat patah kaki kanannya semasa perlawanan pra-musim menentang Newport County di Newport.

Pemain berusia 23 tahun daripaka Korea Selatan ini telahpun berjaya menjalani pembedahan menyambung tulang kaki yang patah dua kerat. Dia terpaksa di usung keluar selepas berlanggar dengan pemain lawan Tom Miller pada awal separuh masa pertama.

Lee yang menyertai Bolton daripada FC Seoul pada musim panas 2009 sentiasa memberi persembahan yang konsisten sejak dua tahun lalu. Pengurus Owen Coyle memberitahu pada website kelab mereka yang mereka akan sentiasa membantu Lee sehingga beliau sembuh.

Arsenal pintas Tottenham untuk perolehi Juan Mata

Pemain Valencia Juan Mata kini menjadi pemain buruan tiga kelab EPL pada masa ini, Tottenham, Arsenal dan Chelsea.

Tottenham terlebih dahulu mengemukakan tawaran unutuk mendapatkan Mata tetapi di akhir kemajuan urusniaga tersebut kini Arsenal dikatakan akan cuba memintas Totenham walaupun kini dikatakan Chelsea pula akan menyusul kemudian nanti.

Bapa Mata yang juga adalah agennya berkata kemungkinan untuk anaknya beraksi di Liga Kejuaraan bersama kelab England pada musim hadapan adalah cerah. Valencia dikatakan meletakkan harga Mata pada £20 juta tetapi klausa kontraknya membolehkan dia meninggalkan Valencia hanya pada £13.5 juta sahaja.

Arsene Wenger dijangkan akan mengesahkan urus niaga ini pada hujung minggu ini. Pada masa ini juga Arsenal dan Tottenham juga sedang berusaha untuk membawa pemain Blackburn Christopher Samba untuk menyertai kelab mereka.

Tony Fernandes perolehi 51% pegangan QPR

Pemilik Air Asia yang juga adalah pemilik pasukan Formula Satu Team Lotus, Tony Fernandes mengesahkan sebagai pemegang saham terbanyak QPR dengan persetujuan membeli 51% pemilikan kelab tersebut. Fernandes pada bulan lalu gagal mendapatkan pegangan ke atas sebuah lagi kelab di kota London, West Ham.

Perjanjian ini menjadikan Fernandes sudah layak untuk mempengerusikan kelab tersebut walaubagaimanapun pemilik bersama terdahulu Flavio Briatore dan Ecclestone masih memegang tugas tersebut.

Fernandes kini dikatakan telah bersetuju untuk membeli lagi keseluruhan pemilikan Ecclestone untuk membolehkannya mendapatkan mandat penuh keatas QPR. Selain Flavio Briatore dan Ecclestone, Konglomerat dari India, Lakshmi Mittal juga mempunyai pegangan sebanyak 33%.

Fernandes kini berada di Itali untuk mengadakan perbincangan bersama pengurus kelab tersebut Neil Warnock mengenai persiapan kelab tersebut menghadapi EPL pada musim ini termasuk dengan pembelian pemain baru. Pada masa ini QPR dalam perbincangan untuk membawa pemain Blackpool DJ Campbell dengan harga £1.25juta.