Monday, August 1, 2011

Suasana kurang harmoni di Eastland.

De Jong meluakan rasa iri hatinya diatas imbuhan yang diperolehi Aguero.
Roberto Mancini mungkin berasa lega di atas kejayaannya membawa Sergio Aguero ke sana. Agak kurang jelas apakah perancangan sebenar membawa pemain di bahagian serangan menyertai kelab tersebut sedangkan kini Manchester City amat memerlukan pemain pertahanan yang berkaliber untuk mengemudi barisan belakang mereka.

Seperti serampang dua mata mungkin tindakkannya itu adalah untuk membawa pemain Argentina ke skuad seterusnya dapat mengelakkan ayam tambatannya Carlos Tevez berpindah ke kelab lain. Tidak hairanlah bagaimana Sergio Aguero ini diberikan imbuhan yang tinggi sebanyak £200,000 seminggu dengan pembelian sebanyak £38 juta.

Sekiranya berharap dapat mengikat ayam tambatannya kini dia akan berhadapan dengan masalah terbaru yang kedengaran di Eastland sekarang dimana 3 pemainnya kini sudah meluahkan rasa cemburu dan tidak puas hati dengan imbuhan yang diterima oleh Aguero. Mereka adalah Vincent Kompany, Nigel De Jong dan Micah Richards.

Ketiga-tiga pemain ini dilaporkan kecewa dengan layanan yang diterima mereka setelah berjaya membantu Manchester City pada musim lalu mengondol piala kejuaraan setelah 35 tanpa sebarang piala. pemain Belanda De Jong meluahkan rasa kecewanya dengan perbincangan kontrak terbarunya kini, selain Kompany dan Richards dilaporkan akan diberikan gaji sebanyak £80,000 dan £65,000 seminggu.

Untuk menyusun struktur penggajian kelab yang lebih terancang kelab terpaksa memberi gaji kepada pemain-pemain utama lebih kurang setengah daripada gaji yang diperolehi oleh pemain bintang yang terdiri daripada Yaya Toure, Carlos Tevez dan Sergio Aguero.

Suasana inilah yang perlu dielakkan oleh setiap pengurus pasukan yang menyimpan pemain-pemain bertaraf bintang yang ramai. Sekiranya gagal dikawal, keputusannya kita akan melihat bagaimana sesebuah pasukan yang berkualiti gagal bersaing di liga.

No comments:

Post a Comment