Tuesday, August 2, 2011

Mourinho perlukan Gareth Bale

Agak mengecewakan apabila Harry Redknapp kerap kali gagal membawa pemain bertaraf bintang ke White Hart Lane. Seringkali tawaran yang disandarkan oleh Tottenham, mesti ada kelab pesaing lain yang menjadi penghalang mereka dan yang terakhir adalah Juan Mata yang dipintas oleh Arsenal, berita terbaru juga kedengaran hari ini Arsenal juga telah berputih mata kerana gagal mendapatkan Mata.

Redknapp kini lebih mensasarkan pemain tengah yang berkualiti berikutan keadaan Luka Modric yang tidak menentu dan mungkin akan berpindah ke Chelsea, perpindahan Modric pasti akan membesarkan kantung Tottenham yang dinilaikan Redknapp melebihi £35 juta menyebabkan Manchester United terpaksa berundur daripada memancing pemain ini.

Kehilangan pemain yang mendapat jolokan "The Magic" ini mungkin tidak menggusarkan Redknapp kerana sejak dari musim lalu lagi Redknapp mempunyai banyak pilihan untuk pemain sayap kiri dan ini termasuklah Gareth Bale dan Assou Ekoto. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama Redknapp menyebab Modric kurang diturunkan dan meluahkan hasrat untuk berpindah. Tetapi Modric mempunyai kelebihan dimana dia boleh berfungsi di bahagian tengah dengan baik setelah berpasangan bersama Huddlestone. Selain itu Redknapp juga mempunyai Rafael Van Der Vaart yang kini berfungsi di bahagian serangan.

Menyedari kekecewaan dan tekanan ini, Jose Mourinho mengambil peluang dengan menawarkan bintang tengah Real Madrid, Lassana Diarra tetapi dengan syarat Redknapp mesti melepaskan Gareth Bale ke Real. Satu tawaran yang licik yang juga akan lebih memeningkan Redknapp selepas ini. Mourinho menggambarkan urusniaga ini akan dilakukan pada Januari depan dan bukan dalam waktu terdekat.

Mourinho sejak dahulu lagi amat teruja dengan permainan Bale walaupun Bale mula menyinar pada tahun lalu. Pada Januari lalu juga terdengar desas desus yang mengatakan Mourinho bakal membuat satu tawaran mega kepada Tottenham untuk membawa Bale dan Modric ke Madrid dengan tawaran £100 juta. Mungkin kegagalan untuk ke Final kejuaraan juara-juara Eropah menyebabkan ianya tidak berlaku.

No comments:

Post a Comment