Showing posts with label EPL : Aston Villa. Show all posts
Showing posts with label EPL : Aston Villa. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Aston Villa mahukan Nicklas Bendtner

Setelah John Carew yang dipercayai berbalah dengan Gerrard Houllier baru-baru ini. Terdapat spekulasi yang kedengaran di Villa Park sekarang mengenai potensi perpindahan yang boleh dikatakan berprofil tinggi.

Terdahulu Blackburn dikatakan telah mengambil kesempatan ini untuk memancing Carew ke sana. Sebagai ganti Carew pula, Villa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan Nicklas Bendtner daripada Arsenal.

Kesahihan berita Houllier adalah satu kemungkinan sahaja walaupun pemilik Villa, Randy Lerner telahpun bersetuju untuk memberi dana kepada Houllier untuk membeli pemain baru Januari ini. Tetapi Arsene Wenger dari awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa tiada pemain Arsenal yang akan berpindah Januari nanti.

Bendtner menjadi sasaran Houllier setelah baru-baru ini penyerang Denmark yang baru pulih daripada kecederaan itu telah meluahkan rasa bosan didalam satu sidang media di Denmark dan mendesak untuk meninggalkan Arsenal bagi membolehkannya mendapat peluang bermain sebagai pemain kesebelasan utama.

Friday, November 19, 2010

Ashley Young sasaran terbaru Arsenal

Sayap Aston Villa Ashley Young kini dalam perbincangan untuk berpindah ke Arsenal selepas menolak tawaran kontrak terbaru untuk kekal di Villa Park.

Pemain antarabangsa England ini berkemungkinan akan berpindah pada Januari nanti. Bagaimanapun kesahihan perpindahan ini masih kabur lagi setelah pengurus baru Villa, Gerrard Houllier masih lagi berbincang dengan pemain berusia 25 tahun ini dan masih diperingkat awal.

Kontrak Ashley Young dikatakan akan tamat setahun lagi. Terdahulu pada musim perpindahan musim panas lalu Manchester City juga dikatakan berminat dengan pemain ini dan kini Tottenham juga dilaporkan berminat. Kini harga perpindahan Ashley Young dikatakan adalah disekitar £18M.

Gerrard Houllier kini ama terdesak untuk mempertahankan pemain ini di Villa Park setelah mereka kehilangan beberapa pemain utama sebelum ini seperti Gareth Barry dan James Milner.

Sunday, November 14, 2010

Gabriel Agbonlahor komited kepada Aston Villa

Penyerang Aston Villa Gabriel Agbonlahor percaya dia akan menjadi "ayam tambatan" Aston Villa sebagaimana Steven Gerrard dikenali di Liverpool selepas menandatangani kontrak 4 tahun dan enam bulan di Villa Park.

Ini bermakna Agbonlahor akan berada di Villa sehingga musim panas 2015 dan dia juga masih menunjukkan minat untuk terus berada disitu sehingga tamat kariernya.

Dia berkata sangat bergembira untuk menabur keringat untuk jangka masa panjang disitu dan amat komited bersama Villa selain dia amat berpuashati dengan perkembangan prestasinya bersama Aston Villa.

"Saya akan terus berada di sini dan berusaha un tuk meningkatkan prestasi saya dari tahun ke tahun" tambah Agbonlahor.

Pemain berusia 24 tahun ini memulakan debutnya bersama Villa 4 tahun lalu dan sehingga kini telah menjaringkan 54 gol untuk semua pertandingan bersama Aston Villa.

Selain itu dia juga telah mendapat 3 caps untuk England dan menyatakan dia tidak percaya dirinya akan bermain untuk kelab lain selain daripada Aston Villa.

Thursday, September 23, 2010

Revolusi tahun baru Gerrard Houlier

Selepas baru mendapatkan tempatnya sebagai pengurus baru Aston Villa dan menyusun semula barisan staff-staff disitu, kini Houllier sedang mencari pemain-pemain baru yang akan membarisi skuad Aston Villa pada perpindahan pemain untuk slot Januari depan. Berikut adalah nama-nama yang dikatakan telahpun berada dalam pemerhatian Houllier.

John Mensah
Pemain pertahanan Ghana yang kini berpengkalan di Lyon, Perancis tetapi dipinjamkan ke Sunderland dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika bersama Sunderland.

Jermaine Jenas
Jenas pada ketika kurang digunakan di Tottenham berikutan kehadiran Rafael Van Der Vaart dan mungkin aka diberikan option perpindahan sekiranya Tottenham menerima bayaran yang setimpal. Tetapi agak menggusarkan apabila Jenas hanya bermain 19 perlawanan sahaja pada musim lepas.

Scott Loach
Dengan Penjaga Gol Brad Friedel yang kini mencecah 40 tahun, penjaga gol berusia 22 tahun dari Watford mungkin akan dibawa ke Villa Park. Agak cemerlang pada musim lepas apabila mendapat 12 clean sheet daripada 46 perlawanan.

Steven N’Zonzi
Berasal dari Perancis N'Zonzi yang berusia 21 tahun ketika bermain bersama Blackburn. Dikatakan corak permainanya tidak sesuai dengan corak permainan Blackburn. Tetapi Villa memerlukan harga yang mahal kerana N'Zonzi baru sahaja mengikat kontrak 5 tahun di Ewood Park.

Djbril Cisse
Juga berasal daripada Perancis, terdapat khabar angin yang Cisse akan berpindah ke Manchester United ataupun Liverpool (kelab lamanya) tetapi dilaporkan Cisse kini amat bergembira berada di Panathianakos, Greece. Cisse adalah penjaring terbanyak Liga Premier Greek pada 2009/10 dan begitu teruja kerana berpeluang bermain di Liga Juara Eropah sekarang. Ini sedikit mungkin mengagalkan prospek perpindahannya ke Aston Villa.

Thursday, September 16, 2010

Houllier sasarkan Micheal Owen

Pengurus baru Aston Villa mencadangkan agar beliau dapat membawa penyerang Manchester United Michael Owen ke Villa.

Beliau sempat memerhatikan permainan Owen semasa perlawanan testimoni Jamie Carragher 4 September lepas dan masih yakin dengan keupayaan penyerang yang pernah bersamanya di Liverpool dulu.

Owen, 30, sehingga kini masih lagi bergelut untuk mendapatkan tempat ke dalam kesebelasan utama Manchester United.

Thursday, September 9, 2010

Gerard Houllier sahkan jawatan Pengurus Aston Villa

Gerard Houllier akhirnya menerima tawaran untuk menggantikan Martin O'Neill di Aston Villa seterusnya menamatkan spekulasi calon pengurus baru Aston Villa. Difahamkan beliau diberikan kontrak 3 tahun.

Houllier menyatakan tidak mungkin beliau akan menolak tawaran daripada antara kelab yang terkemuka di England ini. Beliau telah melepaskan jawatan beliau bersama FFF.

Ketua eksekutif Villa, Paul Faulkner berkata pengambilan Gerrard Houllier adalah berdasarkan kepada kualiti yang dikenalpasti tentang kepentingan pengalaman pengurusan dalam EPL dan strategi untuk menguatkan skuad yang sedia ada dan Houllier telah memenuhi kriteria yang diperlukan itu.

Friday, September 3, 2010

Siapakah bakal pengurus Aston Villa?

Banyak spekulasi mula terpampang di akhbar-akhbar UK mengenai siapakah yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Martin O'Neill ini.

Gerard Houllier
Houllier setakat ini adalah nama terakhir yang dikaitkan dalam senarai calon yang telah ditemuduga oleh pemunya kelab Randy Lerner. Beliau pernah memimpin Liverpool pada 1998-2004 dengan memenangi enam kejuaraan trofi. Nampaknya beliau adalah calon kegemaran Lerner dan mungkin akan memutuskan untuk pengesahan sebelum 13/9 nanti.

Alan Curbishley
Terdapat spekulasi bahawa temuduga bersama Curbishley diadakan di kota London. Beliau adalah bekas pemain Aston Villa dan memenuhi kriteria yang diperlukan oleh Lerner.



Roberto Donadoni
Walaupun Donadoni tidak pernah memimpin mana kelab Inggeris tetapi pengetahuan tentang bolasepak England sangat dalam besar kemungkinan dapat menarik perhatian Lerner. Pernah memimpin Itali selama 2 tahun dan disingkirkan Napoli pada Oktober lalu selepas memimpin Napoli sebanyak 18 perlawanan.



Sven-Goran Eriksson
Mengakui bahawa ada menjalani sidang temuduga dengan Lerner tetapi menolak untuk mendedahkan sebarang kesepakatan antara kedua-duanya. Mungkin tiada keputusan yang baik memihak antara kedua-dua pihak kerana dari segi profile Eriksson adalah yang tertinggi antara semua calon. Sekarang sedang membimbing pasukan Ivory Coast.

Itulah antara barisan-barisan kemungkinan akan menjadi peneraju Aston Villa selepas ini. Selain itu terdapat juga beberapa nama yang pernah dikaitkan dengan kekosongan tersebut antaranya ialah Mark Hughes, David Moyes, Alex McLeish, Ronald Koeman, Gianfranco Zola and Deiso Maradona.

Aston Villa : Mungkin akan diurus oleh Alan Curbishley

Bekas pemain Aston Villa, Alan Curbishley telah diuarkan akan menerima tawaran sebagai jurulatih Aston Villa. Difahamkan bahawa  Curbishley adalah calon yang sesuai dengan kehendak Pengurusan Aston Villa yang mahukan pengurus yang berpengalaman di arena EPL.

Curbishley yang di pecat dari West Ham 2 tahun lepas dilaporkan telah ditemuduga pada rabu lepas. Beliau berjaya melonjak kembali reputasinya dengan membawa Charlton kembali sebagai pencabar utama liga championship.

Senarai Pemain Pasukan Aston Villa 2010/2011


SENARAI PEMAIN ASTON VILLA 2010/2011
JerseyPosisiNamaStatus
1GKBrad FriedelEligible
22GKBrad GuzanEligible
2DFLuke YoungHome Grown
3DFStephen WarnockHome Grown
5DFRichard DunneHome Grown
15DFCurtis DaviesHome Grown
23DFHabib BeyeEligible
24DFCarlos CuéllarEligible
29DFJames CollinsHome Grown
44DFEric LichajHome Grown
47DFCiaran ClarkU-21
4MFSteve SidwellHome Grown
6MFStewart DowningHome Grown
9MFStephen IrelandHome Grown
12MFMarc AlbrightonU-21
16MFFabian DelphU-21
17MFMoustapha SalifouEligible
19MFStiliyan Petrov (captain)Eligible
20MFNigel Reo-CokerHome Grown
27MFIsaiah OsbourneHome Grown
46MFBarry BannanU-21
50MFJonathan HoggHome Grown
7FWAshley YoungHome Grown
10FWJohn CarewEligible
11FWGabriel AgbonlahorHome Grown
14FWNathan DelfounesoU-21
18FWEmile HeskeyHome Grown




SENARAI PERPINDAHAN PEMAIN ASTON VILLA
PEMAIN MASUK
PemainDariFee
Stephen IrelandManchester CitySwap (Value £8m)
PEMAIN KELUAR
PemainKeFee
James MilnerManchester City£24m + swap
Nicky ShoreyWest Bromwich Albion£1.5m
David BevanWalsallFree
Wilfred BoumaPSV EindhovenFree
Jack DyerBurton AlbionFree
Marlon HarewoodBlackpoolFree
Stephen O'HalloranCoventry CityFree
Harry ForresterKilmarnockFive Month Loan
Andy MarshallReleased

Monday, August 30, 2010

Aston Villa : Mahukan pengurus dengan pengalaman EPL.

Dengan kenyataan ini nampaknya hasrat Deigo Maradona, Ronald Koeman dan Bob Bradley untuk ke EPL tidak kesampaian. Hakikatnya kini Aston Villa masih lagi mencari pengurus yang berkelayakan selepas Martin O'Neill mengosongkan posisi tersebut seminggu sebelum perlawanan pertama liga.

Jawatan tersebut kini diambil buat sementara waktu oleh Kevin MacDonald yang berjaya membawa pasukan tersebut menewaskan Everton Ahad lalu. Tetapi Villa sebenarnya telahpun tewas 2 perlawanan sebelumnya dimana mereka dimalukan oleh Newcastle 6-0. MacDonald yang kini masih belum bertemu dengan Randy Lerner untuk membincangkan jawatan tersebut secara tetap. Villa kini dilaporkan sedang menjalankan prosedur temuduga untuk jawatan tersebut

Tuesday, August 10, 2010

Martin O'Neill letak jawatan sebagai pengurus Aston Villa

Martin O'Neill telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Aston Villa. O'Neill yang menyertai Villa dengan menggantikan David O'Leary pada 2006 mula meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sejak penghujung musim lepas tetapi melengahkannya setelah bertemu dengan pemilik kelab tersebut Randy Lerner.

Kevin MacDonald, Pengurus pasukan simpanan kini telah memangku tugas yang ditinggalkan O'Neill untuk mempersiapkan pasukan menentang West Ham Sabtu ini di Villa Park.

Dikhabarkan bahawa sebab-sebab pengunduran beliau adalah kerana kecewa dengan pihak pengurusan yang enggan memberikan dana yang mencukupi utuk mempersiapkan pasukan. Bermula dengan penjualan Gareth Barry ke Manchester City pada musim lalu dan kini Villa di dalam proses untuk menjual James Milner dan Ashley Young

Ini memberi tamparan yang hebat kepada Aston Villa lima hari menjelang perlawanan pembukaan EPL. Tambahan pula O'Neill sememangnya mempunyai karisma sebagai pengurus yang berwibawa dengan kejayaan terbesar membawa Aston Villa daripada kelab bukan dari liga utama menjadi antara kelab yang terbaik di EPL. Beliau juga telah membawa Villa menyertai kejohanan di peringkat Eropah tiga musim berturut-turut sebelum ini selain layak sehingga ke peringkat akhir kejohanan-kejohanan domestik.

Sehingga kini dilaporkan jurulatih Amerika Syarikat Bob Bradley amat berminat untuk mengambil alih tugas ini selain dari desas-desus yang mengatakan Villa mungkin akan menawarkannya kepada Sven-Goran Eriksson .