Tuesday, August 10, 2010

Martin O'Neill letak jawatan sebagai pengurus Aston Villa

Martin O'Neill telah meletakkan jawatan sebagai pengurus Aston Villa. O'Neill yang menyertai Villa dengan menggantikan David O'Leary pada 2006 mula meluahkan hasrat untuk meletak jawatan sejak penghujung musim lepas tetapi melengahkannya setelah bertemu dengan pemilik kelab tersebut Randy Lerner.

Kevin MacDonald, Pengurus pasukan simpanan kini telah memangku tugas yang ditinggalkan O'Neill untuk mempersiapkan pasukan menentang West Ham Sabtu ini di Villa Park.

Dikhabarkan bahawa sebab-sebab pengunduran beliau adalah kerana kecewa dengan pihak pengurusan yang enggan memberikan dana yang mencukupi utuk mempersiapkan pasukan. Bermula dengan penjualan Gareth Barry ke Manchester City pada musim lalu dan kini Villa di dalam proses untuk menjual James Milner dan Ashley Young

Ini memberi tamparan yang hebat kepada Aston Villa lima hari menjelang perlawanan pembukaan EPL. Tambahan pula O'Neill sememangnya mempunyai karisma sebagai pengurus yang berwibawa dengan kejayaan terbesar membawa Aston Villa daripada kelab bukan dari liga utama menjadi antara kelab yang terbaik di EPL. Beliau juga telah membawa Villa menyertai kejohanan di peringkat Eropah tiga musim berturut-turut sebelum ini selain layak sehingga ke peringkat akhir kejohanan-kejohanan domestik.

Sehingga kini dilaporkan jurulatih Amerika Syarikat Bob Bradley amat berminat untuk mengambil alih tugas ini selain dari desas-desus yang mengatakan Villa mungkin akan menawarkannya kepada Sven-Goran Eriksson .

No comments:

Post a Comment