Thursday, August 5, 2010

Balotelli mahukan gaji mingguan £180,000 seminggu.

Sememangnya telah dikatakan bahawa pemain ini gemarkan kontroversi, permintaan Mario Balotelli dengan gaji £180,000 seminggu untuk menandatangani kontrak dengan Manchester City mungkin akan merencatkan proses perundingan perpindahannya dari Inter Milan.

Usianya akan mencecah 20 tahun dan boleh dikatakan beliau mempunyai prospek peningkatan yang baik tetapi dengan meletakkan harga yang begitu tinggi nampaknya beliau memang mengambil kesempatan daripada kekayaan dan kemampuan Man City berbelanja.

Man City perlu mengambil langkah yang betul dengan situasi ini kerana kebanyakan barisan pemain mereka sekarang adalah daripada golongan bintang yang sedang meningkat naik dan tidak mustahil mereka juga akan memohon gaji yang lebih tinggi setelah mendapat perhatian daripada kelab-kelab lain nanti.

Joe Hart sudah pasti dipinjamkan ke Sunderland.
Untuk mengurangkan skuad 25 pemainnya Man City akan meminjamkan penjaga golnya Joe Hart, 23, ke Sunderland. Hart yang dipinjamkan ke Birmingham musim lepas.

Hart memaklumkan bahawa beliau sudah bosan berada dibangku simpanan dan amat memerlukan tempat dikesebekan utama untuk memajukan dirinya dan permintaan daripada Steve Bruce begitu mengujakannya. Mancini menjangkakan Hart mungkin akan menjadi penjaga gol England pada masa hadapan.

Pada masa ini Hart menjadi penjaga gol pilihan kedua selepas Shay Given dan Sunderland kini kehilangan penjaga gol utamanya Craig Gordon yang cedera dan dijangkakan akan kembali beraksi November ini.

No comments:

Post a Comment