Wednesday, August 11, 2010

Blackpool dedahkan pemain terbaru mereka

Blackpool telah mendedahkan empat muka barunya seterusnya mungkin menyanggah khabar angin yang menyatakan Pengurusnya, Ian Holloway akan meletak jawatan selepas perselisihan faham dengan pemilik kelab tersebut.

Empat pemain tersebut ialah Pertahanan Craig Cathcart, 21, dari Manchester United dengan pembelian dengan jumlah yang dirahsiakan, Midfielder Ludovic Sylvestre (Mlada Boleslav) dan sayap Elliot Grandin (CSKA Sofia). Pemain terakhir mereka ialah Malaury Martin yang diperolehi secara percuma dari Monaco.

Terdahulu adalah dilaporkan bahawa Holloway berkemungkinan akan meletakkan jawatan setelah berselisih faham dengan Oyston mengenai jumlah gaji pemain dan bajet perpindahan. Holloway sebelum ini kecewa kerana gagal mendapatkan Marlon Harewood secara percuma kerana kelab bawahan Huddersfield telah menawarkan gaji yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment