Saturday, August 21, 2010

Kenny Huang tarik diri untuk mengambilalih Liverpool

Ahli perniagaan Hong Kong ini secara rasminya menyatakan syarikatnya QSL Sports telah membatalkan minat terhadap pengambilalihan kelab Anfield ini. Sebelum ini Huang adalah pihak pertama yang menyatakan minat untuk membeli Merseysiders daripada Tom Hicks and George Gillett tetapi enggan memberi sebarang komen setelah dikaitkan dengan sokongan daripada Kerajaan China.

Huang sempat menyatakan beberapa bulan lepas mereka mengetahui Liverpool adalah satu kelab yang istimewa yang diminati oleh jutaan peminat diseluruh dunia. Mereka membuat beberapa rancangan untuk mendapatkan kapital perniagaan di situ dengan menberi dana untuk stadium baru dan kos berkaitan pemain yang memungkinkan Liverpool FC memberi kejayaan hebat untuk peminat mereka. Strategi untuk mengembangkan sasaran penyokong di Asia juga akan memberi faedah kepada mereka tetapi akhirnya amat kesal kerana mereka tidak berpeluang untuk merealisasikan strategi itu. Dan Huang amat berterima kasih dengan sokongan yang diterima oleh peminat-peminat Liverpool dan berharap Liverpool akan berjaya untuk beberapa tahun akan datang."

Peter Kenyon adalah "orang tengah" untuk pengambilalihan Liverpool.

Bekas Ketua Eksekutif Chelsea dan Manchester United ini adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Sayrikat Huang QSL Sports bid kepada Pengerusi Anfield Martin Broughton.

Menurut laporan daripada agensi berita Bloomberg Kenyon yang kini adalah Pengarah Creative Artists Agency (CAA), sebuah agency daripada Amerika Syarikat yang ditubuhkan beberapa bulan lalu kerana pengalamannya yang mendalam pada bolasepak England. Kenyon cuba untuk memberi jalan penyelesaian kepada krisis kewangan kepada pemilik Merseyside sekarang Tom Hicks and George Gillett.

No comments:

Post a Comment