Friday, August 13, 2010

Manchester United dapatkan Bébé...?? Siapa??

Pemain Portugis terbaru yang dibeli oleh Manchester United, Bébé, melengkapkan perpindahan £7.4m dari Vitoria Guimaraes ke Old Trafford. Di harap dia akan dapat menjejaki pencapaian dua pemain Portugal sebelum ini di Man United iaitu Nani dan Ronaldo.

Semasa kecilnya dia hidup berpeleseran dijalanan dan disitulah "akademi bolasepak" yang mendidiknya menjadi seorang pemain dan dia tinggal di rumah anak-anak yatim Casa Do Gaiato, sebuah penempatan yang terbiar di Lisbon. Kehidupannya berubah apabila dia dijemput untuk menyertai sebuah pasukan sosial yang tidak ternama CAIS yang ditubuhkan oleh sebuah organisasi Homeless World Cup dan mereka tidak pernah menyertai pertandingan yang formal selain bertanding mewakili Portugal untuk pertandingan tidak rasmi FIFA untuk Homeless World Cup.

Kemudiannya dia menyertai sebuah kelab amatur Loures seterusnya memulakan kerjayanya secara pro dengan kelab divisyen 3 Portugal Estrela Amadora. Dia melonjak dari tahap pemain belia sehingga ke skuad utama dengan cepat seterusnya mendapat perhatian beberapa kelab utama di Portugal dan Eropah termasuklah Real Madrid dan Man United. Tetapi pemain ini telah menerima kontrak untuk Vitoria Guimaraes dan sebeluan selepasnya disambar Man United dengan bayaran dipercayai £7.4m. Alex Furgeson menerima maklumat pemain ini melalui bekas pembantunya yang kini sedang memimpin pasukan kebangsaan Portugal, Carlos Queiroz.

Video dibawah menunjukkan aksi Bébé menjaringkan gol pertama Victoria semasa menentang Freamunde. Victoria Guimaraes memenangi perlawanan tersebut 5-0.




No comments:

Post a Comment