Sunday, August 29, 2010

Komen Capello mengenai Arteta

Fabio Capello menetapkan terpulang kepada Mikel Arteta untuk mendapatkan kerakyatan Britain sebelum beliau memikirkan samada untuk mengambil Arteta bermain untuk England. Arteta pernah bermain untuk pasukan bawah 21 Sepanyol tetapi dengan peningkatan Xavi, Andres Iniesta, Cesc Fabregas dan David Silva menyebabkan peluangnya untuk ke Skuad utama Sepanyol berkecai.

Pemain berusia 28 tahun itu layak untuk bermain bersama England kerana telah bermain di England untuk 5 tahun dan dilaporkan telah menemui Capello. Arteta belum lagi membuat permohonan kerakyatan sementara David Moyes mahukan kata dua dari FA England sebelum membuat permohanan yang dijangka akan mengambil masa 9 bulan. Sebaliknya Capello hanya akan membuat penimbangan terhadap Arteta sekiranya beliau sudah berkelayakkan.

FA England dan Capello juga sedang berbincang mengenai Arteta dan membincangkan tentang polisi dan impak yang akan berlaku kepada pasukan England pada masa hadapan kerana terlalu ramai pemain luar yang bermain di England sekarang. Ini boleh mengakibatkan ramai pemain luar nanti akan memenuhi pasukan The Three Lions ini.

No comments:

Post a Comment