Monday, August 9, 2010

Capello selar sikap Rooney

Berita Harian 8/8/10

LONDON: Gelagat Wayne Rooney - menghisap ro­­kok dan membuang air kencing di jalanan, minggu lalu mengundang rasa marah Fabio Capello.

Pengurus skuad Eng­­land itu akan bertemu muka dengan penyerang Manchester United itu, esok - dua hari sebelum barisan The Three Lions itu menentang Hungary dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley.
 
Fabio amat marah se­­lepas melihat gambar Rooney yang melangkah keluar dari kelab malam pada jam 5.30 pagi. Tambah perit apabila melihat bintang terbesar England kencing di luar. Ia sesuatu yang tidak dapat diterima. “Dia harus sedar gambar ini sudah dilihat peminat seluruh dunia yang mencemar imej dirinya dan juga bola sepak Inggeris. Lebih menyedihkan ia berlaku selepas aksi hambar Rooney di Piala Dunia yang lalu,” kata sumber yang ada kaitan dengan pemain berkenaan.


Capello dijangka mengumumkan senarai skuad utama, lewat malam tadi sejak kegagalan England dan difahamkan akan membuka laluan kepada penjaga gol Manchester City, Joe Hart selaku penjaga gawang nombor satu pasukan kali ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment