Saturday, August 14, 2010

Gerrard : "Saya suka Mikel Arteta sertai England"

Kenyataan ini sengaja di utarakan kerana ia agak sedikit sensasi. Tetapi luahan ini benar-benar telah diluahkan oleh Steven Gerrard, pemain tengah England yang berjaya menjaringkan 2 gol semasa perlawanan persahabatan menentang Hungary 11/8 lalu.

Arteta, pemain kelahiran Sepanyol sehingga kini tidak pernah dipanggil untuk bermain untuk Sepanyol. Selain itu penjaga gol Arsenal Manual Almunia, 33 juga tidak pernah mendapat caps untuk Sepanyol. Kedua-dua pemain ini mempunyai pasport British.

Gerrard menyatakan dia sangat bergembira sekiranya peluang itu diberikan kepada Arteta untuk menyertai England. Skuad England sekarang akan nampak lebih baik dengan Arteta.

Gerrard menambah memasukkan pemain yang bukan warganegara asal adalah satu trend yang biasa dilakukan oleh mana-mana pasukan antarabangsa pada masa ini dan tidak mustahil England juga boleh melakukannya. Tetapi keputusan ini terletak kepada pengurus England pada masa ini, Fabio Capello.

No comments:

Post a Comment