Saturday, August 21, 2010

Kadar faedah pinjaman PIK Pemilik Manchester United meningkat.

Ahli-ahli MU anti-Glazer resah dengan sebilangan besar tunai akan keluar dari Old Trafford dengan peningkatan kadar faedah PIK (Payment-in-kind) yang dikeluarkan untuk melengkapan pengambilalihan MU pada 2005 lalu. Sebarang kegagalan untuk mencapai terma tersebut akan mengakibatkan kadar faedah meningkat dari 14.25% ke 16.25%. Untuk memperbetulkan keadaan David Gill selalu menyatakan bahawa pinjaman ini diberikan kepada pemilik dan bukannya kepada kelab.

Menyedari hakikat ini Manchester United Supporters Trust (MUST) pernah mengemukakan bidaan melalui Red Knights group musim luruh lalu untuk membeli kelab dengan meninggalkan keluarga Glazer keuntungan yang kecil. Tetapi bidaan hampir £1.5 billion untuk menarik minat Glazers terpaksa ditarikbalik dan kini Red Knights sedang mengikuti perkembangan ini dan akan membuat bidaan semula sekiranya harga menjunam kepada angka yang realistik.

Sehingga kini Glazer tidak pernah menunjukkan minat untuk menjualnya walaupun hutang PIK yang pada dasarnya berada pada £265 million kemudiannya dikurangkan kepada  £138 million dan mungkin akan meningkat semula ke £267 million pada  tahun berikutnya.

No comments:

Post a Comment