Wednesday, August 4, 2010

Finalist Piala Dunia di kenakan denda.

Belanda dan Sepanyol telah didenda oleh FIFA kerana permainan yang kasar semasa perlawanan akhir Piala Dunia 11 Julai lalu.

Perlawanan yang tegang itu menyaksikan pengadil dari England, Howard Webb telah melayangkan 14 kad kuning. Sepanyol memenangi perlawanan tersebut dengan kemenangan 1-0 dalam masa tambahan.

FIFA mendedahkan Belanda dikehendaki membayar $14,480 selepas 8 kad kuning diterima oleh pemain-pemainnya manakala John Heitinga pula dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Sepanyol pula didenda $9,650 kerana memungut 5 kad kuning.

Kod pendisiplinan FIFA telah menetapkan sesuatu persatuan bolasepak antarabangsa boleh dikenakan denda apabila sekurang-kurangnya pemain mereka mengutip 5 kad didalam sesuatu perlawanan.

No comments:

Post a Comment