Monday, August 16, 2010

N'Zogbia akan didenda £70,000 oleh Wigan.

Charles N'Zogbia mungkin akan dikenakan denda sebanyak £70,000 oleh Wigan kerana gagal menghadirkan diri semasa pertembungan Wigan dan Blackpool Sabtu lalu. Wigan tewas pada perlawanan tersebut dengan 0-4. N'Zogbia juga dilaporkan telah meninggalkan latihan pada hari Jumaat sebelum perlawanan tersebut.

Masalah sebenar pemain berusia 24 tahun itu adalah kerana tidak berpuashati dengan keputusan pengurus Wigan Roberto Martinez untuk tidak mendapatkan rakan senegaranya Sekuo Baradji ke dalam skuad Wigan. Baradji adalah bekas pemain West Ham yang menjalani percubaan di Wigan tetapi tida menarik perhatian Martinez untuk diberikan kontrak.

N'Zogbia baru-baru ini telah dikaitkan perpindahan ke Juventus dam Marseille dan beliau telah mempunyai satu caps dengan pasukan Perancis.

No comments:

Post a Comment