Sunday, August 1, 2010

Mesut Ozil teruja dengan "impian" bermain di England.

Mesut Ozil menyatakan dia amat mengimpikan untuk bermain di EPL dan menyatakan amat teruja dengan prospek perpindahannya ke Chelsea ataupun Manchester United.

Pemain berumur 21 tahun ini menjadi perhatian dari seluruh kelab ternama di Eropah setelah menunjukkan aksi yang memberangsangkan semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang lalu. Beliau masih mempunyai setahun lagi kontrak dengan Werder Bremen.

Beliau pernah menyaksikan bagaimana terdahulunya pemain Jerman, Micheal Ballack mula meningkat naik dan berjaya menggilapkan bakat di England. Contoh itu juga telah memberikan semangat baginya untuk mengulangi perkara yang sama bagi seorang lagi pemain Jerman. Chelsea dan Man United adalah kelab yang ternama dan sejarah juga mencatatkan bagaimana mereka berjaya menghasilkan pemain-permain yang berkualiti, tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment