Wednesday, August 25, 2010

Lagi Masalah Kewangan Kluarga Glazer

Keadaan kewangan pemilik Manchester United, keluarga Glazer dikatakan makin meruncing setelah dikaitkan dengan kegagalan mereka untuk membayar sewa 4 buah kompleks perniagaan mereka di Amerika. Ini menambahkan jumlah bilangan yang sedia ada kepada 9 buah sekarang.

Lebih memeritkan lagi hutang kelab itu sendiri kini dikatakan telah meningkat kepada £716 million dan kini kadar faedah hutang mereka juga telah meningkat dari 14.25 ke 16.25 peratus bulan ini.

Terkini mengenai skuad Manchester United.
Anderson kini kembali beraksi pertama kali sejak mengalami kecederaan ligamen sejak February lalu di dalam perlawanan pasukan simpanan menentang Manchester City. Pemain lain seperti Gary Neville, Chris Smalling, Michael Carrick, Wes Brown, Rafael dan Federico Macheda juga menunjukkan pemulihan menyebabkan Bebe yang baru dibeli baru-baru ini tidak diberikan tempat ke dalam Skuad.
Patrice Evra pula sedang membuat rayuan kepada French Football Federation setelah di sisihkan selama 5 perlawanan antarabangsa akibat daripada insiden memboikot latihan semasa Piala Dunia lalu.

No comments:

Post a Comment