Sunday, August 1, 2010

Marrouane Chamakh memulakan aksi terpuji bersama Arsenal.

Marouane Chamakh memulakan debutnya bersama Arsenal dengan menjaringkan gol semasa perlawanan pertama Arsenal didalam Kejohanan pemanas badan Piala Emirates menentang AC Milan di Emirates Stadium. Bagaimanapun berlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Chamakh yang berpindah ke Arsenal secara perpindahan percuma dari Bordeaux menghasilkan penyudah yang tepat untuk Arsenal mendahului perlawanan tersebut tetapi rata-rata pemain muda yang diturunkan oleh Arsene Wenger terpaksa berputih mata setelah Pato menjaringkan gol semasa sepakan percuma 14 minit sebelum perlawanan tamat.

Pada pertengahan minggu lalu, Chamakh juga telah menjaring gol pendahuluan untuk Arsenal ketika menewaskan SC Neusiedl dari Austria dan Arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan 4-0

Perlawanan-perlawanan lain untuk Piala Emirates ini ialah Celtic juga seri dengan Lyon 2-2. Gol-gol Celtic diperolehi pada lapan minit terakhir perlawanan.

Arsene Wenger perlukan seorang lagi Pertahanan Tengah.
Pengurus Arsenal ini mengakui dia mesti mendapatkan seorang lagi pemain diposisi ini sebelum sessi perpindahan pemain tamat hujung bulan ini. Arsenal kehilangan beberapa pemain pertahanannya setelah Philippe Senderos menyertai Fulham dan William Gallas, Mikael Silvestre and Sol Campbell meninggalkan kelab secara perpindahan percuma. Wenger dilaporkan telah membelanjakan £10M untuk mendapatkan Lauren Koscielny dari Lorient.

No comments:

Post a Comment