Wednesday, May 11, 2011

Potensi pembelian pemain baru Man City

Belum pun tamat perlawanan liga EPL musim ini nampaknya Roberto Mancini sudah mula memikirkan bagaimana dia hendak menghabiskan kantung Sheikh Mansor pemilik Manchester City untuk musim depan.

Semak pada link untuk senarai perpindahan musim ini.
Perpindahan Manchester City musim ini

Pada mata aku Mancini bukanlah pengurus yang baik, adalah anak didik Sven Goran Erikson semasa di Lazio (2003) dan rekod terbaik Mancini ialah memenangi Liga Serie A Itali tiga kali berturut-turut 2006, 2007 dan 2008 bersama Inter Milan dan beberapa piala domestik di Itali, itu pun sebab kerana pasukan-pasukan saingan mereka menghadapi masalah skandal rasuah bolasepak Itali. Selain itu dia juga telah membantu Fiorentina turun ke liga bawahan pada 2002, tetapi dia terselamat kerana meletakkan jawatan pada Januari tahun tersebut sebelum Fiorentina disingkirkan pada Jun. Licik juga ya, bagaimana Mark Hughes disingkirkan di Manchester City juga menjadi tanda tanya tambahan pula dia juga banyak menguburkan bakat pemain-pemain berprofil seperti Craig Bellamy yang hanya dibenarkan dipinjam ke Cardiff di Liga Kejuaaraan walaupun mendapat tawaran daripada kelab EPL yang lain pada awal musim ini.

Sikap boros Manchester City juga telah mendapat sindiran pedas daripada pengurus pasukan kejiranan mereka Sir Alex Furgeson selepas pembelian Edin Dzeko pada Januari lalu yang  mengatakan bahawa "Man City akan terus berbelanja sehingga mereka berjaya mendapatkan sesuatu" - memandangkan mereka masih belum mendapat sebarang kejuaaran semenjak mula berbelanja besar untuk membawa pemain berprofil tinggi dua tahun lalu. Mungkin juga Man United sengaja memberi kemenangan kepada Man City pada pertemuan separuh akhir Piala FA baru-baru ini supaya mereka boleh mendapatkan piala yang pertama mereka... ha ha

Apapun berikut adalah senarai pemain sasaran Mancini untuk musim depan.


Gary Cahill
 1. Gary Cahill (Bolton meletakkan harga £15M)
Pertahanan Bolton yang menjadi sasaran juga daripada Manchester United dan Liverpool. Ini berdasarkan kepada keadaan Kolo Toure yang tidak menentu di Man City sekarang.

2. Alexis Sanchez (£26.5M)
Pemain sayap daripada Chile ini juga mendapat perhatian Real Madrid dan Inter Milan. Sekiranya berjaya, Sir Alex akan membuat komen lagi kerana Man United juga sudah setahun mengikuti perkembangan pemain ini.

3. Edinson Cavani

Penyerang Uruguay yang menjaringkan 25 gol untuk Napoli pada musim ini dikatakan amat sesuai menggantikan Tevez.

4. Jack Wilshere

Kemungkinan untuk berlaku perpindahan ini adalah amat kecil memandangkan Wilshere kini rela berada di Pusat Latihan Bolasepak Arsenal memandang kreditibliti Arsene Wenger membangunan pemain-pemain muda yang berbakat besar memang terbukti.

5. Cristiano Ronaldo
Ronaldo kini seperti kurang berbisa di Real Madrid dengan reputasi yang tenggelam dek penangan bayang-bayang Barcelona. Mungkin wang imbuhan dan peluang baru untuk menyinar boleh membawanya kembali semula ke Manchester.

No comments:

Post a Comment