Monday, May 16, 2011

QPR lakukan persediaan awal untuk musim depan.

Juara Liga Juara nPower yang baru dinobatkan, QPR dilaporkan sudah bersedia untuk bersaing di EPL pada tahun hadapan. Agak menggusarkan, mereka terpaksa menunggu seketika yang lama untuk mengesahkan kejuaraan tersebut berikutan tindakan tatatertib yang dikenakan kepada mereka berikutan proses perpindahan Alejandro Faurlin. Agak bernasib baik mereka hanya dikenakan denda £875,000 dan tiada pemotongan mata dikenakan. Keputusan ini seterusnya mengesahkan kejuaraan Liga Juara nPower adalah milik mereka.

Mungkin disebabkan status QPR yang dimiliki oleh individu-individu yang berstatus billionaire, berbagai khabar angin kini mula kedengaran mengenai perpindahan pemain di QPR dan paling menjadi perbualan ramai adalah kedengaran bahawa pengurus mereka, Neil Warnock bakal digugurkan oleh pemilik kelab tersebut kerana mereka mahukan pengurus yang lebih berwibawa untuk bersaing di EPL. Antara nama yang dikatakan bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut ialah Marcelo Lippi dan Claudio Ranieri.

Bagi Warnock pula, spekulasi itu sedikit pun tidak menakutkannya kerana dia baru sahaja berbincang bersama pemilik-pemilik kelab tersebut mengenai status dirinya dan nama-nama pemain baru yang akan menyarung jersi mereka pada musim hadapan. Antara nama pemain-pemain yang dispekulasikan akan ke QPR adalah pemain Liverpool, Joe Cole yang dilaporkan akan dijual ke QPR dengan penukaran Adel Taarab ke Anfield. Selain itu mereka juga dikatakan mensasarkan Jermaine Jenas, Jimmy Bullard dan Lee Bowyer.

No comments:

Post a Comment