Saturday, May 7, 2011

Pemilik West Ham rela melepaskan semua pemain bintang mereka.

Masih berbaki tiga perlawanan lagi, tetapi pemilik West Ham, David Gold kini seperti sudah mengangkat bendera putih dengan tidak meletak sebarang harapan lagi untuk West Ham terus berada di EPL pada musim hadapan. West Ham kini berada di tangga tercorot EPL adalah calon utama untuk di singkirkan ke Liga Kejuaraan.

Kenyataan ini disokong oleh kata putusnya hari ini yang merelakan kesemua pemain bintangnya mengisi periuk nasi mereka di kelab lain sekiranya mereka mahukan menghidupkan peluang untuk beraksi bersama England di masa hadapan. Ini kerana pemain yang beraksi pada liga kejuaraan sememangnya tidak akan diendahkan perkembangan mereka oleh Fabio Capello untuk diserapkan ke skuad England.

Antara muka-muka yang dimaksudkan David Gold adalah Scott Parker, Carlton Cole, Robert Green dan Matthew Upson dimana mereka sekarang adalah diantara pemain yang sentiasa dipilih oleh Capello untuk mewakili England.

Diantara mereka Scott Parker mungkin berpeluang cerah untuk dipancing ke kelab lain dengan gelaran Pemain Terbaik Tahunan untuk 2011 oleh  Persatuan Penulis Bolasepak England.

Prestasi West Ham pada musim ini telah menjadi antara topik perbualan hangat para penganalisis bolasepak kerana rata-rata pemainnya adalah bertaraf bintang dan antara pasukan yang menyumbangkan pemain yang ramai untuk skuad England. Tetapi amat mengecewakan kerana persembahan buruk mereka di tempat lawan menyebab mereka berkemungkinan tersingkir dari EPL.

No comments:

Post a Comment