Thursday, May 26, 2011

David de Gea akan ke Man United

Manchester United kini dikatakan di dalam proses terakhir untuk membawa David De Gea, penjaga gol Atletico Madrid (yang juga pemain kelahiran Madrid) ke Old Trafford. Bayaran yang dikenakan dianggarkan sebanyak £18.3 juta dan dijangka urusniaga tersebut bakal disahkan selepas pertembungan akhir Liga Kejuaraan Eropah Sabtu nanti.


Sir Alex nampaknya amat terdesak untuk mendapatkan penjaga selepas Edwin Van Der Sar dijangkakan akan bersara dan penjaga gol simpanan Tomasz Kusczack juga dijangkakan akan beralih angin pada musim hadapan meninggalkan satu-satunya penjaga gol muda yang baru dibeli Anders Lindegaard.

David De Gea yang berusia 20 tahun adalah penjaga gol pasukan U21 Sepanyol dan sudah diperhatikan sejak sembilan bulan lalu oleh Sir Alex. Namun, dia bukanlah pilihan terbaiknya kerana usianya yang muda. Pilihan utama Manuel Neuer kini dikatakan akan meninggalkan Schalke untuk ke Bayern Munich manakala pilihan kedua penjaga gol Ajax Maarten Stekelenburg dikatakan tidak sesuai dengan kehendaknya.

Dari sumber yang lain pula Manchester United kini juga telah dikaitkan dengan pemain tengah Arsenal, Samir Nasri yang bakal tamat kontraknya hujung musim hadapan.

No comments:

Post a Comment