Sunday, May 15, 2011

MU naikkan sekali ganda gaji Hernandez

Berdasarkan kepada prestasi Javier Hernandez yang menakjubkan pada musim pertamanya bersama Manchester United, dia dilaporkan akan menandatangani kontrak terbarunya dengan anggaran kenaikkan gaji sekali ganda berbanding sekarang.

Pemain muda Mexico ini telah membantu Man United dengan menjaringkan 20 gol setakat ini dan menjadi antara penyumbang utama didalam skuad Sir Alex di dalam kempen Liga Kejuaraan Eropah dan EPL. Harganya juga dikatakan melambung disekitar £35 juta berbanding hanya £7 juta sahaja yang dilaburkan oleh Man United semasa dia dipancing dari sebuah kelab di liga Mexico, Chivas Guadalajara pada Julai 2010 menjadikan dia adalah pelaburan Sir Alex yang berbaloi selepas Christiano Ronaldo. Real Madrid juga dikatakan sedang cuba memancing Hernandez untuk dibawa ke sana.

Dengan kontrak terbaru nanti Hernandez dikatakan akan memperolehi gaji disekitar £50,000 seminggu selain beberapa bonus sampingan. Selain itu pemain veteran Man United, Ryan Giggs menyifatkan pencapaian pemain muda ini memperolehi 20 jaringan gol pada musim pertamanya bersama pasukan adalah sesuatu yang sukar untuk dipercayai dan teruja dengan impak yang ditunjukkan oleh Hernandez untuk pasukan mereka.

No comments:

Post a Comment