Friday, December 31, 2010

15 pemain "hitlist" untuk misi menyelamatkan West Ham

West Ham yang juga amat dikenali dengan gelaran "The Academy" kerana kejayaan mereka melahirkan pemain yang berwibawa untuk England seperti Rio Ferdinand, Michael Carrick, Frank Lampard, Joe Cole dan Jermain Defoe, kini diambang bahaya di zon penyingkiran dan berada pada kedudukan kedua terbawah di EPL sekarang.

Namun mungkin ada sedikit sinar untuk pasukan ini setelah berjaya mendapatkan 5 mata dari 3 perlawanan terakhir mereka sejak Krismas lalu. West Ham juga berkemungkinan akan melepasi zon penyingkiran buat pertama kali pada musim ini sekiranya mereka berjaya memenangi perlawanan berikutnya menentang satu pasukan yang dilabelkan setaraf dengan mereka, Wolves.

Pemilik bersama West Ham David Gold mendedahkan West Ham kini telah mengenalpasti 15 pemain sasaran untuk dipancing Avram Grant pada sessi perpindahan nanti. Gold menambah sekurang-kurangnya 3 pemain akan dibawa ke West Ham pada penghujung sessi perpindahan ini untuk membantu mengelakkan mereka daripada zon penyingkiran.

Diantara yang dijangkakan dibawa ke West Ham adalah Midfilder Aston Villa Steve Sidwell dimana West Ham kini sedang berusaha untuk mengatasi kelab-kelab lain untuk mendapatkannya. Steve Sidwell telah pun lulus ujian perubatan untuk dibawa ke West Ham secara pinjaman dan pada masa yang sama West Ham juga sedang mendapatkan Wayne Bridge daripada Manchester City.

Selain itu West Ham juga terpaksa mengikat pemainnya Frederic Piquionne yang dikatakan berminat untuk ke Aston Villa. Gold memberitahu Frederic terpaksa berada di West Ham demi membantu kelab mengelakkan dari disingkirkan . Jika sebelum ini West Ham memang terkenal kerana penjualan pemain terbaik mereka kini ia perlu dihentikan, West Ham kini sedang bertarung untuk bertahan di EPL.

Kedudukan Roy Hodgson di Liverpool makin goyah.

Roy Hodgson hari ini secara terbuka telah memohon maaf kepada penyokong Liverpool kerana telah membelakangi mereka dengan komen yang dia tidak mendapat sokongan penuh daripada penyokong Liverpool sejak mengendalikan kelab itu sejak enam bulan lalu.

Walaupun dia sudah memohon maaf, pengurusan Liverpool masih memandang serius perkara tersebut berikutan dengan komen rata-rata peminat Liverpool dan pungutan suara menunjukkan 97% peminat mahu dia disingkirkan.

Penyokong Liverpool kini dikatakan sudah tidak menaruh harapan lagi kepada Hodgson, berikutan insiden lagu yang dinyanyikan mereka seperti mengejek Hodgson "Hodgson for England" dan laungan memanggil nama bekas pengurus Liverpool dahulu, Kenny Dalglish, semasa Liverpool ditewaskan oleh Wolves dengan 0-1 pada pertengahan minggu ini.

Keadaan Hodgson kini juga boleh dianggap 'seperti telur di hujung tanduk' kerana terdapat ura-ura yang mengatakan Frank Ridjkaard kini sudah bersedia untuk menggantikannya setelah menunjukkan interaksi negatif dengan penyokong-penyokong Liverpool .

Gossip terakhir sebelum tingkap perpindahan Januari 2011 dibuka.

Arsenal
  • Jose Mourinho akan membuat rayuan terus untuk memperolehi Cesc Fabregas ke Real Madrid.
  • Carlos Vela didalam senarai panas untuk berpindah ke Valencia, Villareal and Atletico Madrid.
  • Wenger ingin mendapatkan pertahanan Werder Bremen Per Mertesacker.
  • Juventus mahukan Robin van Persie dengan £27m dengan pertukaran Felipe Melo.
Aston Villa
  • Gerard Houllier mahukan midfield Le Havre Gueida Fofana.
  • Defender Richard Dunne and midfielder Stephen Ireland dikehendaki Celtic.
Birmingham City
  • Marcus Bent dilepaskan semasa tahun baru.
  • Sedang dalam perbincangan dengan Tottenham untuk mendapatkan Robbie Keane dan David Bentley secara pinjaman.
  • Steven Carr mengusulkan kelab perlu membawa penyerang baru ke kelab untuk mengelakkan dari tersingkir dari EPL.
Blackburn Rovers
  • Steve Kean berkira-kira untuk membawa David Beckham secara pinjaman jangka pendek.
  • Kean bersedia menjual Chris Samba tetapi belum menperolehi tawaran dari mana-mana kelab.
Blackpool
  • David Vaughan memberi komitmen untuk berada di Blackpool tetapi belum mahu menandatangani kontrak baru buat masa terdekat.
Bolton Wanderers
  • Bolton mahukan Sergio Canales daripada Real Madrid.
Chelsea
  • Chelsea bersedia untuk mendapatkan pertahanan tengah Bolton Wanderers Gary Cahill.
  • Daniel Sturridge mungkin akan ke Liverpool.
  • Chelsea mahukan pemain remaja sensasi Southampton youngster Alex Oxlade-Chamberlain.
Everton
  • Everton berebut dengan Aston Villa untuk mendapatkan pertahanan Middlesbrough defender David Wheater
Fulham
  • Mark Hughes mahukan penyerang Cardiff Jay Bothroyd dengan £2m.
  • Mahukan Chris Samba dari Everton tetapi Samba mahu berada di kesebelasan utama Fulham sekiranya berpindah.
  • Fulham berkemungkinan besar memperolehi David Bentley secara pinjaman.
Liverpool
  • Liverpool mahukan bintang Lille Gervinho.
  • Liverpool menolak tawaran Birmingham City untuk mendapatkan Ryan Babel secara pinjaman.
  • Pertahanan Stoke Robert Huth mungkin akan menolak tawaran untuk ke Liverpool.
Manchester City
  • Dalam peringkat terakhir untuk mendapatkan Edin Dzeko dengan £35m.
  • Sekiranya Dzeko ke City, Mario Balotelli berkemungkinan akan ke Ac Milan setelah gagal untuk menyesuaikan diri di England.
  • Manchester City menolak tawaran West Ham untuk meminjamkan Wayne Bridge.
Manchester United
  • United bersedia untuk berhadapan Tottenham untuk memperolehi Lasanna Diarra.
  • Juga sedang berusaha mendapatkan midfield Barcelona Thiago Alcantara.
  • Michael Owen berkemungkinan akan berpindah ke Aston Villa.
Newcastle
  • Aston Villa sedang berusaha untuk mendapatkan midfielder Joey Barton.
  • Andy Carroll dan Steven Taylor memberi komitmen yang mereka tidak akan kemana-mana.
Stoke City
  • Tony Pulis berusaha untuk membawa Eidur Gudjohnsen.
  • Dalam peringkan terakhir untuk membawa Jermaine Pennant dari Real Zaragoza untuk pinjaman 6 bulan.
  • Defender Robert Huth menolak tawaran ke Liverpool.
Sunderland
  • Steve Bruce tidak berupaya untuk membawa pemain baru kerana kurangnya penonton.
Tottenham Hotspur
  • Robbie Keane mungkin akan ke Birmingham atau Wolves.
  • Tottenham berusaha mendapatkan David beckham selama 2 pinjaman.
  • Tottenham berhadapan Manchester United untuk memperolehi Lasanna Diarra.
West Bromwich Albion
  • David Gold mendedahkan mereka sedang memerhati 15 pemain yang berkemungkinan ke WBA.
  • John Carew dijangka akan menolak tawaran Birmingham, Fulham dan Hawthornes.
  • West Brom terpaksa berhadapan Wigan untuk mendapatkan Midfielder Leeds Max Gradel.
West Ham United
  • Michael Owen dijangka akan ke West Ham.
  • Manchester City menolak tawaran West Ham untuk meminjamkan Wayne Bridge.
  • Mahukan Dieumerci Mbokani secara pinjaman dari Monaco sekiranya Visa diluluskan
Wigan Athletic
  • Terpaksa berhadapan Wigan untuk mendapatkan Midfielder Leeds Max Gradel.
  • Manchester City and Aston Villa mahukan penjaga gol Wigan Ali Al Habsi secara pinjaman.
Wolverhampton Wanderers
  • Mick McCarthy mahu penyerang Tottenham Hotspur Robbie Keane ke Wolves.
  • Terpaksa berhadapan Aston Villa untuk mendapatkan duo Gary O'Neil and David Wheater.
  • McCarthy mahukan Joleon Lescott tetapi mungkin gagal setelah Manchester City tidak menyenaraikannya didalam senarai perpindahan.

Wednesday, December 29, 2010

Chelsea : 6 perlawanan tanpa kemenangan

Ancelotti kini dibantu oleh penganti Wilkins Micheal Emenalo
Chelsea tewas lagi, kini kepada Arsenal dengan jaringan 1-3.

Selepas kekalahan Chelsea ditangan Manchester United pada perlawanan pembukaan EPL, Charity Shield awal musim ini, mereka mula bangkit seperti memberitahu bahawa tiada sesiapa pun yang layak merampas takhta EPL setelah mereka merampasnya dari Manchester United pada musim 2009/2010.

Tetapi bagai ada sesuatu yang tidak kena selepas kekalahan 2-0 mereka kepada Liverpool dalam saingan liga beberapa minggu lalu. Kekalahan itu bagai memberi satu petanda yang pasukan gergasi ini mula mengalami masalah dalaman. Bermula dengan penyingkiran pembantu jurulatih Ancelloti, Ray Wilkins, satu persatu berita yang kurang sedap kedengaran di Stamford Bridge termasuk berita Ancelotti yang dikatakan akan disingkirkan setelah tamat saingan musim ini nanti.

Semalam dengan kekalahan 1-3 kepada Arsenal, Chelsea kini sudahpun mengharungi 6 perlawanan liga tanpa sebarang kemenangan yang membolehkan mereka kini bakal terkeluar daripada saingan 5 terbaik liga buat sementara waktu.

Ancelotti memberitahu yang dia akan mengambil tanggungjawab penuh keatas pasukan ini dan dia juga mungkin risau seperti dua tahun lalu dimana dengan situasi yang serupa seperti sekarang Abramovich
telah menyingkirkan Luiz-Felipe Scolari. Adakah senario tersebut mungkin berulang keatas Carlo Ancelotti?.

Untuk menyelamatkan dirinya dia menegaskan yang sehingga kini Chelsea masih lagi "tidur" dan dia akan menjadi orang yang pertama mengejutkan mereka.

Ditanya adakah Abramovich akan menyingkirkan beliau, dia menjawab ia bergangtung kepada pemilik itu sendiri dan dengan situasi sekarang jelaslah yang dia tidak bergembira. Enam permainan tanpa sebarang kemenangan adalah sesuatu yang paling teruk untuk Chelsea didalam 11 tahun ini dam Ancelloti mengakui terdapat beberapa pemainnya yang mempunyai masalah keyakinan.

Ancelotti menambah kekalahan semalam juga adalah disebabkan oleh persembahan pemainan Arsenal yang cemerlang dan dia sendiri agak terkejut dengan permainan mereka.

Selain itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempertahankan karier Ancelotti masih selamat walaupun tewas kepada pasukannya. Dia meletakkan tahap pengurusan Ancelotti pada kedudukan yang terbaik dan sekiranya dia kehilangan kerjayanya di Chelsea ia adalah sesuatu yang pelik.

Sunday, December 26, 2010

Fergie dan Wenger tidak perlukan David Beckham

Sudah menjadi lumrah setiap pemain bintang di liga MLS akan cuba untuk mendapatkan tempat untuk dipinjamkan ke mana-mana kelab EPL dan kelab lain di Eropah. Antara nama-nama yang biasa melakukannya adalah David Beckham yang dua kali bermain di AC Milan dan London Donavan.

Ketika satu soalan diajukan kepada David Beckham baru-baru ini mengenai kemungkinan dia akan dipinjamkan kemana. Dia memberitahu yang dia hanya berminat untuk bermain lagi di Manchester United, kelab diman dia menjulang 6 kali kejuaraan sebelum berpindah ke Real Madrid pada 2003. Selain itu terdapat juga spekulasi yang menyatakan dia akan ke Arsenal.

Pengurus Manchester United telah awal-awal lagi menolak kemungkinan ini setelah Sir Alex Ferguson memberitahu bahawa dia tidak akan menandatangani pemain seperti Beckham pada masa ini yang telah lanjut usia. Nampaknya belum reda lagi kemarahanya kepada Beckham kerana perselisihan faham lama.

Sementara itu pengurus Asenal, Arsene Wenger pula memberitahu tidak mungkin dia akan mendapatkan Beckham kerana dia sudah mempunyai ramai pemain midfield ketika ini.

Wenger menambah yang dia amat mahukan Beckham ke Arsenal tetapi Arsenal kini mempunya banyak option untuk pemain sayap.

Thursday, December 23, 2010

Massimo Moratti singkirkan Benitez dari San Siro

Cita-cita Rafael Benítez untuk menjadi lagenda di Inter Milan berkubur hanya selepas enam bulan mengemudi kelab Juara Eropah tersebut. Di laporkan kontrak Benitez di San Siro telah ditamatkan dan menunggu pengesahan selepas 24 jam nanti.

Presiden Kelab Massimo Moratti kini sedang menghalusi bayaran pampasan keatas Benitez selepas ketegangan kedua-dua mereka beberapa minggu lepas dan memuncak selepas komen Benitez semasa sessi sidang akhbar selepas kemenangan Inter Milan pada kejohanan Kejohanan Piala Dunia antara kelab di Abu Dhabi baru-baru ini. Benitez dilaporkan telah memberi kata dua kepada Moratti pada sidang media tersebut samada menyingkirkannya atau memberi dana untuk mendapatkan pemain baru untuk Inter Milan.

Ia satu ketegangan antara Benitez dengan pengurusan kelab tersebut setelah kini Inter hanya berada pada kedudukan ketujuh Serie A walaupun mempunyai dua permainan dan 13 mata ketinggalan daripada pendahulu liga AC Milan. Satu pencapaian yang menjunam setelah pada musim lalu Inter memperolehi kejayaan treble.
Bekas pengurus AC Milan Leonardo dijangkakan akan menggantikan rafael Benitez selepas ini.

Rafael Benitez bakal disingkir dari Inter Milan

Benitez dan Moratti ketika di Dubai baru-baru ini.
Masih ingat lagi Benitez pada awal kariernya di Inter Milan amat bercita-cita untuk membuat satu revolusi di situ sehingga dia berusaha untuk memadamkan sanjungan peminat tempatan terhadap Jose Mourinho yang telah berjaya membawa kelab daripada Itali ini menjadi Juara di kejuaraan Eropah. Cita-cita ini nampaknya akan menjadi seperti angan-angan Jenin apabila dia dia berkemungkinan akan disingkirkan hanya selepas 6 bulan mengemudi kelab itu.

Tindak-tanduk pada kedatangannya di Inter mengundang kemarahan kepada Mourinho setelah dia seperti "diserang" secara psikologi oleh Benitez dimana Benitez telah mengarahkan semua poster Mourinho di dinding kelab diturunkan kerana Benitez beranggapan dia bakal menjadi pengemudi yang paling berjaya di situ.

Seterusnya Benitez diserang bertubi-tubi oleh ramai jurulatih bolasepak yang berpengaruh di Eropah kerana kegagalannya membawa Liverpool berada antara kelab gergasi Eropah yang digeruni. Antaranya termasuklah Mourinho sendiri.

Untuk mempetahankan dirinya Benitez membalas yang dia tidak mempunyai kuasa penuh semasa berada di Liverpool dan dia menyalahkan pemilik Liverpool semasa itu, Hicks dan Gillet yang hanya mementingkan keuntungan perniagaan dan pemilik yang tidak tahu apapun mengenai bolasepak. Sebaliknya dia menambah yang dia amat bergembira di Inter Milan kerana bekerjasama dengan pemilik Inter Milan, Massimo Moratti yang disifatkannya sebagai seorang peminat bolasepak sejati dan berpengetahuan luas mengenai bolasepak.

Komennya terhadap majikan barunya itu seperti ada juga kebenaran setelah dia kini berhadapan kemungkinan disingkirkan oleh Moratti. Melalui pengalaman luasnya dengan bolasepak, mungkin Moratti telahpun menghidu masa depan yang sukar bersama Benitez dan tidak mahu Inter Milan merintih seperti apa yang di alami oleh Liverpool sekarang.

Dikhabarkan walaupun Inter Milan telah memenangi Kejohanan Piala Dunia antara kelab pada Sabtu lalu, Rafael Benitez kini berkemungkinan akan disingkirkan di Inter Milan. Bekas pengurus AC Milan Leonardo dan pengurus Zenith St Petersburg, Luciano Spalletti adalah antara nama yang dijangkakan akan mengambil alih tugas Benitez selepas ini.

Walaubagaimanapun, Massimo Moratti telah menolak untuk membuat sebarang komen untuk mengelakkan sebarang kontroversi. Dijangkakan kedudukan Benitez akan ditentukan hari ini. Terdahulu dikatakan Moratti amat berang dengan Benitez yang hanya menurunkan pasukan yang tidak berkemampuan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Kejuaraan Eropah menentang Werder Bremen. Walaupun tewas 3-0 pada perlawanan tersebut Inter tetap layak untuk ke peringkat seterusnya.

Yang peliknya sama seperti ketika di Liverpool dulu, dalam keadaan yang terdesak ini, Benitez mahukan dana untuk membawa empat atau lima pemain baru ke Inter untuk membolehkan mereka memenangi trofi ataupun untuk menyelamatkan kedudukannya untuk seketika waktu sahaja. Mungkin Mourinho boleh tertawa dengan permintaan ini kerana dia telahpun memenangi kejuaraan Eropah dengan pemain-pemain yang sedia ada.

Tuesday, December 21, 2010

Liverpool dan Manchester City sasarkan Ronaldinho

Kesahihan berita ini agak samar-samar kerana ia adalah bertentangan dengan polisi pembelian pemain di Liverpool tetapi dengan kegoyahan barisan perancang sekarang mungkin ia akan menjadi kenyataan. Dikatakan Manchester City kini juga sedang menggangu proses perpindahan pemain AC Milan ini.

Namun sekiranya mana-mana kelab yang mahukan Ronaldinho mestilah mampu membayar gaji permintaannya iaitu €7.5million setahun.

Banyak kedengaran khabar angin mengenai perpindahan Ronaldinho dari San Siro. Kontraknya akan tamat Julai nanti tetapi dengan prestasinya yang merosot di Liga Serie A sehinggakan dia disenaraikan ke senarai di Bidone d’Oro (Golden Dustbin) iaitu antara pemain yang paling merosot di Itali menyebabkan kemungkinan kontrak tersebut tidak akan diperbaharui.

Sehingga kini Palmeiras adalah antara kelab yang cuba mendapakannya tetapi mungkin gagal kerana gaji yang dimintanya terlalu tinggi.

Pemain yang berusia 30 tahun ini sehingga kini masih berusaha untuk mengembalikan prestasinya sejak piala dunia 2006 lalu yang dikritik kerana prestasi di bawah tahap yang juga dikatakan berpunca oleh sikap kaki botolnya dan berparti. Namun statistiknya masih lagi boleh dibanggakan setelah berjaya melakukan 12 assist untuk AC Milan pada musim lepas.

Dijangkan selain Liverpool dan Manchester City, berkemungkinan juga Ronaldinho akan ke LA Galaxy ataupun ke Qatar dimana dia boleh memperolehi gaji yang dikehendakinya.

Milan Jovanovic didalam senarai perpindahan selepas 6 bulan di Liverpool

Menurut dari satu laporan Liverpool di khabarkan telah menyenaraikan Milan Jovanovic didalam senarai pemain untuk dijual hanya selepas enam bulan pemain dari Srbia ini berada di Merseyside.

Bekas pemain Standard Liege ini dikatakan diperolehi oleh Rafael Benitez sebelum dia meninggalkan Liverpool tetapi jarang digunakan oleh Roy Hodgson.

Pemain berusia 29 tahun ini pada mulanya sering dipilih oleh Roy Hodgson dikesebelasan utama tetapi kelebihan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh Jovanovic untuk memikat Hodgson setelah gagal menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun datang ke England dengan reputasi yang besar. Dia pernah dipikat oleh Real Madrid pada 2009 tetapi menolak lamaran tersebut risaukan yang dia tidak diturunkan untuk setiap perlawanan.

Peminat Liverpool juga amat kecewa dengan permainan Jovanovic sehingga sekarang yang sentiasa berada dibahagian sayap tetapi kadang kala berubah ke posisi penyerang.

Dilaporkan West Bromwich Albion dan Birmingham telah bersedia mengeluarkan dana sebanyak £3million untuk mendapatkan Jovanovic ke sana. Sehingga sekarang Jovanovic hanya bermain 8 permainan di liga.

Tevez tarik balik hasrat untuk meninggalkan Man City

Ini berita terkini mengenai penyerang sensasi dan ayam tambatan Roberto Mancini di Eastland, Manchester City. Berita yang membuatkan peminat Manchester City boleh kembali ceria dengan harapan untuk berada di takhta liga EPL buat sementara waktu setelah kali terakhir mendiaminya pada 1929 lalu.

Sekali imbas plot cerita mengenai Tevez ini sama juga seperti yang dilakukan bintang Manchester United Rooney pada bulan lepas.Tetapi dikhabarkan tiada perubahan kontrak yang dibuat keatas kontrak Tevez yang sedia ada.

Dari sumber website Manchester City memberitahu Carlos Tevez telah memberi komitmennya kepada kelab tersebut dan menarik balik surat permohonannya untuk berpindah. Carlos kini hanya memberi fokus untuk pertemuan EPL seterusnya menentang Everton.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memberi komen “Carlos adalah seorang pemain yang berkelas dunia dimana bantuannya kepada kelab ini adalah tidak ternilai. Saya bergembira kerana sekarang kami sudah boleh kembali fokus kepada hal bolasepak dan berharap Carlos akan terus menggunakan kebolehannya untuk membawa kelab ini kehadapan".

Monday, December 20, 2010

Cuaca Sejuk halang pertemuan kelab EPL minggu ini

Beberapa perlawanan EPL terpaksa dihentikan minggu ini berikutan cuaca sejuk yang melampau dan keseluruhan padang stadium kini hanya dilitupi oleh salji.

Hanya dua perlawanan sahaja yang dapat dilangsungkan semalam iaitu pertemuan Sunderland - Bolton yang memihak kepada Sunderland 1-0 dan pertemuan antara Blackburn - West Ham yang berkesudahan 1-1. Pertemuan-pertemuan lain yang melibatkan Chelsea vs Manchester United, Wigan Athletic vs Aston Villa, Liverpool vs Fulham, Arsenal vs Stoke City, Newcastle United vs Birmingham City, West Bromwich Albion vs Wolverhampton Wanderers dan Blackpool vs Tottenham Hotspur terpaksa dibatalkan akibat keadaan cuaca yang terlalu sejuk.

Pertemuan berprofil tinggi Manchester United - Chelsea di Stamford Bridge terpaksa dibatalkan selepas mendapat nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan polis akibat salji tebal di London.

Sebelum itu DW Stadium di Wigan cuaca lebih buruk lagi akibat keadaan salji yang melitupi keseluruhan stadium. Walaupun pihak kelab telah berusaha untuk membersihkan salji setebal 10 inci, namun pihak berkuasa tempatan tetap menasihatkan agar perlawanan tidak akan diadakan.

Saturday, December 18, 2010

Keputusan undian Liga Eropah

Adakah Liverpool akan berjaya mengulangi sejarah memenangi Piala Eropah
pada edisi 2001 lalu?
Selain undian peringkat kalah mati Piala Kejuaraan Eropah hari ini, undian untuk peringkat kalah mati Piala Eropah juga dilakukan. Terdapat dua pasukan daripada EPL yang telah layak ke peringkat ini iaitu Liverpool dan Manchester City.

Satu lagi kelab dari British iaitu Juara Scotland, Rangers akan bertemu dengan kelab dari Portugal Sporting Lisbon.

Liverpoolakan bertandang ke Czech Republic untuk berhadapan Sparta Prague manakala Manchester City nampaknya lebih bergembira setelah diundi untuk berhadapan pasukan yang pertama kali layak Aris.

Apa yang menarik dalam undian ini ialah pertemuan buku bertemu ruas antara Sevilla dari Sepanyol menentang kelab daripada Portugal, Porto.

Keputusan undian penuh.

Napoli v Villarreal
Rangers v Sporting Lisbon
Sparta Prague v Liverpool
Anderlecht v Ajax
Lech Poznan v Braga
Besiktas v Dynamo Kiev
Basel v Spartak Moscow
Young Boys v Zenit St Petersburg
ARIS v Manchester City
PAOK v CSKA Moscow
Sevilla v Porto
Rubin Kazan v FC Twente
Lille v PSV
Benfica v Stuttgart
BATE v PSG
Metalist v Bayer Leverkusen

Friday, December 17, 2010

Dana £10m untuk menyelamatkan Mark Hughes di Fulham

Pemilik Fulham Mohamed Al Fayed hari ini memberitahu Mark Hughes yang kariernya disitu masih selamat walaupun hanya dibezakan oleh jaringan gol untuk berada di zon penyingkiran. Sebagai sandarannya Mark Hughes telahpun diberikan dana sebanyak £10million untuk mendapatkan pemain baru pada Januari nanti.

Al Fayed sudahpun mengetahui Mark Hughes dikatakan menghadapi kesukaran setelah penyerangnya Bobby Zamora direhatkan selama 3 bulan dan pemain yang baru didapatkan pada bulan Ogos lepas Moussa Dembele juga mengalami kecederaan.

Hughes berkeyakinan wang yang diperolehi itu akan digunakan untuk mendapatkan Roque Santa Cruz daripada Manchester City untuk membantu barisan hadapan Fulham. Selain itu Hughes juga dikatakan dalam perbincangan dengan LA Galaxy untuk membawa bintang mereka Landon Donovan secara pinjaman jangka pendek.

Keputusan undian Juara Liga Eropah

Kemuncak prestasi Messi pada musim lalu menjadi pemusnah harapan
Arsenal untuk mara ke perlawanan akhir.
Arsenal menghadapi tugas yang sukar setelah terpaksa berdepan semula dengan pasukan yang menewaskan mereka pada kempen kalah mati Piala Kejuaraan Eropah musim lalu, Barcelona.

Arsene Wenger sebaliknya berkata, undian ini sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk menebus semula kehampaan pada musim lalu setelah ditewaskan Barcelona pada suku akhir dengan agregat 3-6 dimana Lionel Messi berjaya menjaringkan 4 gol pada perlawanan di Nou Camp yang memihak kepada Barcelona 4-1.

Mereka juga pernah ditewaskan oleh kelab yang sama 2-1 pada perlawanan akhir 2006 di Paris.

Tottenham juga dijangka menghadapi kesukaran apabila terpaksa menghadapi AC Milan, pasukan yang menewaskan mereka pada kempen piala EUFA 1972. Harry Redknapp memberi komen perlawanan menghadapi Milan nanti adalah suatu yang hebat dan akan memberi fokus untuk perlawanan tersebut.

Manchester United pula akan menghadapi Marseille yang kini dibawah bimbingan Didier Deschamps dan Chelsea dijangka tidak menghadapi kesukaran untuk menundukkan juara Denmark FC Copenhagen.

Undian Penuh
Perlawanan pertama akan bermula pada  15/16/22/23 Februari dan perlawanan kedua pada 8/9/15/16
March.

Roma v Shakhtar Donetsk
Milan v Tottenham
Valencia v Schalke
Internzionale v Bayern Munich
Lyon v Real Madrid
Arsenal v Barcelona
Marseille v Manchester United
FC Copenhagen v Chelsea

Thursday, December 16, 2010

Spekulasi kelab baru Tevez

Sebelum didedahkan kelab-kelab yang mahukan Tevez, elok jika diselidiki apakah kemungkinan dia akan berada di Eastland. Mungkin tidak kerana hubungannya dengan Mancini. Dan dia juga baru menegaskan bahawa dia tidak berminat berada di England dengan Sepanyol menjadi destinasi pilihannya kerana persamaan budaya dan bahasa disana yang mungkin dapat merubat kerinduannya di Argentina.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Tevez akan terus berada di Manchester City sekiranya mereka sanggup membayarnya sehingga £300,000 seminggu. Sekiranya ini benar adakah selama ini luahan hatinya mengenai kerinduannya pada kampung halaman adalah sandiwara sahaja. Ini kerana terdapat laporan yang diperolehi daripada kelab-kelab terdahulu yang disertai Tevez mendedahkan Tevez seperti sengaja mengadakan babak sensasi untuk membolehkannya berhijrah sehingga banyak luahannya jika dihalusi menunjukkan bahawa dia seperti seorang yang tidak mempunyai pendirian. Harus diingat bahawa Tevez sebenarnya dibantu oleh agennya, Kia Jaacorabian yang begitu cekap memanipulasi kelebihannya untuk mendapatkan komisen perpindahan yang tinggi.

Tetapi tiada kemungkinan juga yang dia akan terus bersara kerana Manchester City sudah bersedia untuk mendapatkan peguam dengan menuntut bayaran pampasan daripada Tevez sehingga £50M. Oleh itu kemanakah haluan Tevez selepas ini?

Terlebih dahulu AC Milan dikatakan yang pertama menunjukkan minat untuk mendapatkan Tevez tetapi Tevez dikatakan menolak tawaran kelab daripada Itali ini. Tevez pernah mendedahkan yang dia ingin kembali ke kelab pertamanya Boca Juniors tetapi Boca tidak berupaya untuk mendapatkan Tevez dengan harganya yang sebegitu tinggi.

Difahamkan sehingga kini terdapat enam kelab yang mula mendekati Tevez untuk membawanya ke sana pada tahun baru nanti. Menurut dari satu sumber kelab-kelab tersebut adalah Real Madrid, Chelsea, Barcelona, Inter Milan, Juventus dan Bayern Munich. Difahamkan sekiranya mereka mahukanTevez, bayarannya nanti mestilah 2/3 daripada jumlah perpindahan Tevez terdahulu £47M.

Tevez dijangkakan mahukan gaji yang melebihi pendapatannya di Eastland, oleh itu Barcelona yang berhadapan dengan masalah kewangan boleh dikeluarkan daripada senarai ini lagipun mereka sudahpun memperolehi David Villa.

Real Madrid yang diterajui oleh Mourinho yang begitu mengagumi Tevez kini dikatakan sedang melobi pentadbiran mereka untuk membawa Tevez ke sana setelah Higuan menghadapi kecederaan dan kini hanya mempunyai Benzema dibahagian serangan. Tetapi President Florentino Perez menegaskan Real tidak akan mendapat pemain terkemuka pada Januari nanti. Tamat, Real Madrid boleh dikeluarkan daripada senarai ini.

Tevez menolak kemungkinan untuk terus berada di England maka Chelsea juga dikeluarkan. Cuma tinggal Inter, Juventus dan Bayern Munich. Tetapi kelab mana pun yang disertai oleh Tevez nanti yang pastinya dia tidak akan lama. Statistik kariernya sudah membuktikan yang dia tidak pernah lama berada disesuatu kelab. Mungkin inilah maksud yang ingin disampaikan agennya, Kia Jacoorabian mengenai Tevez yang menggelarkannya sebagai “no-one’s puppet”.

Berikut adalah rentetan karier Tevez.
Boca Juniors (2001 - 2004) - 3 tahun
Tevez berusaha untuk meninggalkan Boca setelah bertengkar dengan pengurusnya dan mendedahkan masalah itu kepada media di Argentina.

Corinthians (2005 - 2006) - 18 bulan
Tevez berada dalam tekanan di sana setelah bertengkar dengan rakan sepasukan, ketua jurulatih dan persiden kelab.

West Ham (2006 - 2007) - 1 tahun
Tevez bertengkar dengan pemain dan pengurusnya di West Ham dan mengugut untuk berpindah hanya kerana telah dipinggirkan pada satu perlawanan sahaja.

Manchester United (2007-2009) - 2 tahun
Tevez komen yang dia kepenatan dan terlalu banyak bermain pada musim pertamanya di situ dan pada musim berikutnya memberi komen yang dia kurang bermain dan jarang digunakan.

Manchester City (2009 - 2010) - kini mencecah 18 bulan
Tevez komen yang dia kepenatan dan merindukan kampung halamannya.

Tuesday, December 14, 2010

Sam Allardyce dipecat sebagai pengurus Blackburn

Setelah terdahulunya Chris Hughton dipecat daripada Newcastle kini seorang lagi pengurus EPL dipecat. Mangsa terbaru kini adalah Sam Allardyce yang baru sahaja ditunjukkan jalan keluar dari Blackburn oleh pemilik yang baru sebulan berada di Blackburn Rovers, The Venky's Group.


Satu pengesahan daripada kelab "The Venky Group, pemilik-pemilik Kelab Bolasepak Blackburn Rovers hari ini mengesahkan pemecatan pengurus mereka Sam Allardyce dan pembantunya Neil McDonald dengan serta merta".

"Latihan Pasukan utama akan dikendalikan oleh Steve Kean untuk masa hadapan. Keputusan ini diambil sebagai sebahagian plan jangka panjang kelab"

Minggu lepas, Allardyce mendedahkan yang dia sudah bersemuka dengan Pengerusi kelab John Williams untuk membincangkan mengenai prospek perpindahan pemain tetapi belum lagi berbincang dengan pemilik baru kelab. Allardyce berhasrat untuk mendapatkan penyerang Republik Ireland Robbie Keane, Roque Santa Cruz dan John Carew.

Permintaan Tevez bukan kerana wang

Ketegangan hubungan Tevez-Mancini dikatakan antara faktor
Tevez tidak senang berada di England.
Carlos Tévez mendedahkan permintaanmya untuk meninggalkan Machester City bukan adalah disebabkan wang. Difahamkan juga sebagai imbuhan terbaru Tevez dikatakan telah ditawarkan bonus sebanyak £5M dan sebuah rumah dengan keluasan tanah untuk 3-hole golf course. sekiranya menerima tawaran terbaru daripada City. Permintaan Tevez untuk meninggalkan City adalah satu tamparan kepada mereka yang baru sahaja berjaya menduduki tempat dikelompok atas EPL.

Pada pemikiran Tevez, penyerahan permohonan perpindahan tidak akan dapat dibeli dengan wang pada masa ini kerana dia hanya mahukan anak-anaknya berada dipangkuannya dimana meraka dikatakan berada didalam tekanan setelah kehilangannya sejak 2006 lagi. Sebelum ini Tevez hanya memberitahu hasratnya kepada media mengenai apa yang terpendam pada dirinya.

Terdapat juga khabar lain yang mengatakan punca Tevez tidak menyukai kehidupannya di Eastland adalah kerana keretakkan hubungannya dengan Pengurus Manchester City Roberto Mancini.

Ikuti apakah jejak kehidupan pemain ini di England:

August 2006 – Meninggalkan Corinthians untuk ke West Ham bersama Javier Mascherano untuk £24 million. West Ham bagaimanapun didenda £5.5 million kerana menendatangani pemain yang dimiliki oleh MSI iaitu pemilik agennya Kia Joorabchian.

August 2007 – Menyertai Manchester United untuk 2 tahun pinjaman sebanyak £10 million, dengan MSI membayar semula West Ham £2 million untuk melepaskan kontraknya.

January 2008 – Berjanji akankembali ke Boca Juniors, kelab dimana kariernya bermula untuk bersama Juan Roman Riquelme.

June 2009 – Manchester United mendedahkan Tevez telah menolak tawaran kontrak 5 tahun di Old Trafford walaupun Sir Alex sanggup membayar MSI £25.5 million.

July 2009 – Manchester City membayar £32 million untuk mendapatkan Tevez dengan bayaran gaji sebanyak £160,000 seminggu.

November 2009 - Mendedahkan yang dia akan bersara sekiranya Argentina menjuarai Piala Dunia di Afrika Selatan.

April 2010 – Hubungan Tevez dengan Mancini mula di hidu media selepas dia mengkritik sessi latihan Mancini.

August 2010 – Mancini menjadikan Tevez sebagai Kapten pasukan Manchester City.

October 2010 – Selepas bertengkar dengan Mancini semasa City menewaskan Newcastle 2-1, Tevez mendedahkan hasratnya untuk bersara.

December 2010 – Tevez menyerahkan Manchester City Surat permohonan perpindahan.

Friday, December 10, 2010

Tiada kontrak lanjutan untuk Owen Hagreaves

Terdapat khabar angin mengatakan Owen Hargreaves tidak akan diberikan lanjutan kontrak terbaru yang membolehkannya berada di Manchester United lagi. Oleh itu dia akan berstatus Free Agen apabila kontraknya tamat pada penghujung musim ini.

Tambahan pula Sir Alex Ferguson kini dikatakan telah mula membuat penyusunan semula pasukannya lebih-lebih lagi pada pemain tengah, ruangan yang ditinggalkan oleh Hagreaves membolehkan Alex mendapatkan pemain yang berstatus bintang setelah dikatakan gaji yang diterima Hagreaves sekarang adalah disekitar £90,000 seminggu.

Sejak diperolehi daripada Bayern Munich 2007 dengan bayaran £17m, Hargreaves hanya bermain sebanyak 39 permainan sahaja kerana kecederaan tendinitisnya yang berpanjangan.

Tiada tanda yang meyakinkan bahawa Hagreaves akan sembuh sepenuhnya dan ini mungkin menbuatkan Ferguson telah membuat keputusan mengenai masa depan Hagreaves di Manchester United.

FA Cup Replay : FC United of Manchester 0 - 4 Brighton

Penyokong FC United tetap berpuas hati walaupun tewas diperingkat ini.
Cabaran FC United of Manchester didalam FA Cup berakhir semalam setelah ditewaskan Brighton and Hove Albion 0-4. Walaupun tewas penyokong mereka masih juga merayakan "Kemenangan" yang simboliknya dengan "People Power". Sememangnya layak untuk ke peringkat ini sudah menjadi kepuasan kepada bekas penyokong Manchester United ini.

Walaupun bermain di tempat lawan di Gigg Lane, pasukan di liga Championship Brighton yang diuruskan oleh Gus Poyet (dulunya pemain antarabangsa Uruguay dan pernah bermain untuk Chelsea dan Tottenham) tidak menghadapi masalah untuk menewaskan FC United.

Agak mencemaskan juga apabila FC United juga hampir-hampir menewaskan Brighton pada pertemuan pertama mereka dahulu yang berkesudahan dengan keputusan 1-1.

Seterusnya meleburkan impian FC United untuk bertemu dengan Manchester United. Kebolehan dan dedikasi pasukan ini sebenarnya mendapat liputan yang amat luas pada media Britain dengan gelaran seperti "Glourious Giant Killers", "Screw The Glazers", "Real Fans" dan banyak lagi.

Wednesday, December 8, 2010

Alan Pardew adalah pillihan untuk menguruskan Newcastle United

Alan Pardew percaya bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menggantikan Chris Hughton yang disingkirkan daripada menguruskan Newcastle United. Dia berkemampuan untuk meyakinkan pemilik kelab Mike Ashley memenuhi kehendaknya untuk membawa hala tuju kelab termasuk mendapatkan pemain remaja dan bekerja dalam masa perpindahan yang ketat.

Pardew yang pernah mengemudi West Ham dan Southampton sekarang ini berada di Jerman mengadakan kursus kejurulatihan memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk ke St James Park.

Martin Jol juga dikaitkan dengan kerusi panas ini apabila dia meletakkan jawatan sebagai pengurus Ajax sejam selepas penyingkiran Chris tetapi memberitahu bahawa dia tidak mahukan tugas ini sebagai menunjukkan rasa hormatnya kepada Chris yang pernah membantunya ketika mengemudi Tottenham suatu ketika dulu.

Selain itu, Alan Curbishley juga memberitahu semalam bahawa dia tidak meminati tugas di Newcastle selain Alan Shearer awal-awal lagi menyatakan bahawa dia tidak berminat untuk memikul semula tanggungjawab ini.

Newcastle mahukan jawatan ini dipenuhi pada Jumaat nanti sebelum pertembungan menentang Liverpool pada hujung minggu nanti.

Hari ini Mick Ashley and Pengarah Urusan Derek Llambias memberitahu bahawa Hughton disingkirkan adalah kerana dia tidak mempunyai perancangan jangka panjang untuk masa hadapan Newcastle walaupun dia adalah seorang jurulatih yang baik.

Penyingkiran Chris Hughton adalah suatu jenaka di Newcastle

Pemain pertahanan Newcastle United, Jose Enrique berkata penyingkiran Chris Hughton sebagai Pengurus Newcastle United akan dianggap sebagai satu jenaka sekiranya penggantinya bukan daripada pengurus yang terkenal.

Enrique, 24 amat bersedih dan terkejut dengan pemergian Hughton pada Isnin lepas dan tidak faham mengapa dia dipecat daripada tugasnya. Dia memberitahu "Peminat Newcastle tidak berpuashati, pemain-pemain juga tidak berpuas hati"

"Kami semua amat berpuas hati dengan Chris. Dia sangat hebat, dia bekerja amat keras dan kami mahu dia terus di sini. Dia akan memperolehi peluang untuk menguruskan kelab lain nanti kerana dia amat hebat. Ini adalah kejutan yang amat besar, kami tidak tahu menahu mengapa dia di pecat dan siapakah pegantinya nanti."

Dia menambah "Pasukan ini bukanlah pasukan yang berada pada kedudukan 6 terbaik di liga. Tetapi tiada kemungkinan yang kami akan berada pada zon bawahan. Ini adalah perkara biasa untuk kami. Sesuatu yang pelik berlaku di sini."

Buat sementara waktu pasukan ini akan diurus oleh pengurus skuad muda mereka Peter Beardsley.

Alan Pardew dan Martin Jol adalah diantara jurulatih yang dijangka berkemungkinan akan menggantikan tugas Chris Hughton. Martin Jol baru-baru ini telah pun meletakkan jawatannya di Ajax Amsterdam dengan memberi alasan kegagalan Ajax di Kejohanan Kejuaraan Eropah sebagai punca dia mengundur diri.

Mungkin ada sesuatu yang diharapkan oleh pemilik kelab ini, Mike Ashley untuk mengembalikan kegemilangan Newcastle pada masa lalu. Chris Hughton adalah pengurus yang ketujuh di pecat daripada St James Park selepas era Sir Bobby Robson yang mengemudi Newcastle selama 5 tahun.

1. Graeme Souness (2004-2006)
2. Glenn Roeder (2006-2007)
3. Sam Allardyce (2007-2008)
4. Kevin Keegan (2008-2008)
5. Joe Kinnear (2008-2009)
6. Alan Shearer (2009-2009)
7. Chris Hughton (2009-2010)

Friday, December 3, 2010

Barcelona terdesak untuk menandatangani perjanjian baru dengan Pep Guardiola

Barcelona dikatakan telah memulakan perbincangan dengan Ketua Jurulatihnya Pep Guardiola dengan harapan dapat mengikatnya selama 5 tahun lagi setelah dia dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Inter Milan.

Terdapat cadangan daripada Pemilik Stamford Bridge, Roman Abramovich yang mahukan Guardiola menggantikan Ancelloti yang kelihatan mula goyah di Chelsea beberapa minggu ini.

Pada awal musim ini Guardiola hanya menandatangani perjanjian lanjutan hanya selama setahun di Nou Camp tetapi selepas Presiden baru Sandro Rosell berada di situ dia mahukan kontrak itu dilanjutkan lagi buat masa yang lebih panjang.

Selain Chelsea Presiden Inter Milan Massimo Moratti juga dikatakan sedang mencari pengganti Rafa Benitez yang dikatakan gagal membawa perubahan keatas juara Eropah itu selepas melakukan permulaan yang tidak memuaskan.

Liverpool mahukan Rennes Sylvain Marveaux

Liverpool yang berharap akan mendapatkan playmaker Rennes Sylvain Marveaux pada Januari nanti terpaksa menunggu hingga musim hadapan untuk mendapatkannya secara percuma.


Pemain berpengkalan di Perancis berusia 24 tahun ini juga kini menjadi sasaran Paris Saint-Germain, Marseille dan Monaco. Tetapi dilaporkan Pengarah Strategi Bolasepak Liverpool, Damien Comolli telahpun berusaha untuk mendapatkan pemain ini sebelum dia ke Liverpool lagi secara rasmi.


Seorang attacking midfielder dan dia juga boleh bermain sebagai perancang tengah belum lagi mengadakan perbincangan dengan mana-mana agen apabila kontraknya akan tamat pada enam bulan dari sekarang. Kedatanganya ke Liverpool dijangka akan memberi tekanan kepada Joe Cole yang kini kecewa dengan prestasi hambar selepas perpindahan berprofil tingginya daripada Chelsea.

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 : England gagal

Jawatankuasa Eksekutif FIFA hari ini telah memilih Russia sebagai tuan rumah FIFA World Cup 2018 dengan menewaskan England dan pencabar-pencabar lain Spain/Portugal dan Holland/Belgium. Qatar pula terpilih untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini pada 2022.

Nampaknya walaupun lobi secara besar-besaran dilakukan oleh England dengan menjemput semua lagenda bolasepak dan Perdana Menteri mereka melobi masih juga gagal. Antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca kegagalan ini adalah kerana skandal rasuah yang melibatkan BBC dan rusuhan penyokong semalam selepas perlawanan English Cup antara Birmingham dan Aston Villa.

Bidaan Undian Piala Dunia 2018.

Pusingan pertama:
England - 2 Undi
Belgium/Netherlands - 4
Spain/Portugal - 7
Russia - 9

(England Terkeluar)

Pusingan Kedua:
Belgium/Netherlands - 2
Spain/Portugal - 7
Russia - 13

(Russia menang dengan majoriti mudah)

Bastian Schweinsteiger : Man Utd terpaksa menunggu lebih lama

Bayern Munich memberitahu media hari ini bahawa pemainnya yang juga pemain antarabangsa Jerman, Bastian Schweinsteiger terpaksa menunggu sehingga kontraknya tamat 18 bulan daripada sekarang sekiranya berhasrat untuk berpindah.

Manchester United yang juga sebelum ini pernah mendapatkan Owen Hargreaves daripada Bayern dengan harga £18m pada May 2007 kini dikatakan amat berminat untuk mendapatkan khidmat Schweinsteiger.

Schweinsteiger, 26, sehingga kini masih menolak tawaran terbaru Bayern setelah dikatakan mendapat tawaran perpindahan ke Manchester United, Chelsea and Barcelona.

Schweinsteiger mendedahkan dia amat berminat untuk bermain di EPL dengan Manchester United menjadi destinasi kemungkinannya tetapi pengerusi Bayern Karl-Heinz Rummenigge telah mengeluarkan kata putus untuk terus berusaha menpertahankan kedudukannya di Bayern dengan harapan perjanjian kontrak terbaru akan diperolehi.

Bayern yang dilaporkan memperolehi keuntungan tahunan €312m pada tahun ini telah menandatangani perjanjian jangka panjang bersama Franck Ribery, Thomas Mueller dan Philipp Lahm.

Wednesday, December 1, 2010

Liverpool dilanda masalah lagi

Setelah berjaya bangun daripada kejatuhan, kini Liverpool bagaikan rebah semula setelah ditewaskan oleh sebuah pasukan yang bakal mencabar kejuaraan EPL tahun ini, Tottenham. Lebih memeritkan kini tonggak pertahanan mereka, Jamie Carragher pula terpaksa direhatkan 3 bulan berikut kecederaan terseliuh pangkal bahu pada perlawanan tersebut yang berkesudahan Tottenham menewaskan Liverpool 2-1. Terdahulu Liverpool juga kehilangan tonggak seperti Steven Gerrard dan Agger juga kerana masalah kecederaan.

Carragher yang berusia 32 tahun akan menjalani pemeriksaan lanjut di Anfiled dijangka akan menghadapi pembedahan pada hujung minggu ini. Dia dijangka akan kembali bermain selewatnya pada hujung Februari nanti.

Gerrard pula dijangka akan memulakan latihan tiga minggu lagi berikutan masalah hamstring semasa bermain bersama England menentang Perancis dan Agger dijangka akan kembali pada pertengahan Desember nanti.

Monday, November 29, 2010

"The Chosen One" : Ane!! salah faham la..

No Doubt!!... Sesedar aku Jose Mourinho bagi aku kini adalah "The Best" in the world sebagai seorang Jurulatih tak kira apa-apa pasukan pun yang dia latih pasti akan menang sesuatu. Sekali lagi... No Doubt!! Kalau dulu aku berkata Alex... Hiddink antara yang terbaik... sekarang tidak lagi... semua orang sudah melabel Mourinho sebagai 'The Chosen One"... itulah hakikatnya, aku setuju... Aku rasa ilmu bola dia sudah jauh meninggalkan guru-guru yang pernah mengajar dia dulu. Sebab tu kot dia dilabel "The Chosen One". Agak-agak kalau dia train team hoki pun boleh menang jugak kot.

Beralih kepada sikap dia, ni yang aku tak suka. Kalau nak perang mulut aku rasa mamak yang dok tebar roti canai pun boleh shut up!! Semua orang dia mau gaduh, pantang kalau ada media tanya soalan-soalan batu api mesti dia bikin kontroversi.

Kalau dulu masa kat Chelsea Sir Alex mesti kena komplen kalau ada clash dengan MU (kini sudah reda mungkin sebab dia target nak ganti Alex kot), sekarang dia komplen Barcelona (Malam esok jumpa Barca). Biasala kalau nak main psiko tapi takkan semua game penting mesti buat sidang kontroversi.

Dan mangsa seterusnya, Arsene Wenger yang membuat komen peribadi keatas pasukan Real Madrid dibawah bimbingan Mourinho yang menerima dua kad merah melalui Ramos dan Alonso semasa perlawanan menentang Ajax minggu lepas. Tak tahu pula mengapa Wenger memberi komen tersebut mungkin merasa Arsenal akan berada sekumpulan dengan Real Madrid untuk kelayakan seterusnya.

Seperti dengan peristiwa-peristiwa yang sudah, Mourinho memang sudah diketahui umum dengan kenyataan yang pertama dikeluarkannya. Semua fakta-fakta pencapaiannya akan dikumpulkan untuk dibandingkan dengan mangsa-mangsanya.

Itulah Mourinho, Wenger cuma membuat kenyataan supaya EUFA mengkaji semula insiden tersebut tetapi dia sebaliknya menyoal Wenger mengenai jumlah kejuaraan yang dipungut Wenger dan kekalahan Arsenal pada Braga minggu lepas. Ane!! You salah faham la... rileks...

Arsenal tidak pernah memenangi apa-apa trofi sejak mereka menjuarai EPL pada 2005 lalu.

P/S : Sekiranya Arsenal layak 8 Disember ni dalam kempen Liga Juara dan Arsenal diundi sekumpulan dengan Real Madrid... aku rasa kontroversi ni akan lebih panas...

Bernard Caiazzo dedahkan kegagalan Damien Comolli di St Etienne

Pengerusi bersama St Etienne, Bernard Caiazzo hari ini mendedahkan Damien Comolli adalah penyebab masalah kewangan yang menimpa mereka sekarang.

Amaran ini sebenarnya ditujukan kepada Liverpool yang kini amat mengharapkan Comolli dapat mencari bakat-bakat muda di Liverpool untuk di ketengahkan pada skuad utama mereka setelah melihat kejayaannnya membawa pemain seperti Gareth Bale ke Tottenham.

Caiazzo mendedahkan Comolli telah menghabiskan £18.7m daripada kantung St Etienne untuk mendapatkan 7 pemain pada Ogos tahun lepas tetapi hanya seorang sahaja yang bermain didalam kesebelasan utama sekarang.

Dia memperolehi segala kuasa dan kata putus untuk setiap perpindahan di St Etienne pada tahun pertama tetapi kuasanya mula dipertikaikan selepas itu apabila polisi perpindahannya tidak menunjukkan hasil. Caiazzo juga telah mengemukakan cadangan untuk menyingkirkan Comolli tetapi ia dihalang oleh rakan sejawatnya di sana.

Selain itu, Comolli juga dkatakan telah menolak perpindahan Laurent Koscielny dengan harga hanya £1.27m daripada kelab Divisyen 2 Tours ke St Etienne dimana pemain ini telah disambar oleh Asenal pada harga £10.2m.

Sunday, November 28, 2010

Arsenal gagal dapatkan Gorka Iraizoz

Sasaran Arsene Wenger untuk mendapatkan penjaga gol Athletic Bilbao, Gorka Iraizoz tidak kesampaian setelah dia telah pun menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2015. Ini seterusnya telah menamatkan spekulasi perpindahannya ke Arsenal.

Selain Arsenal, pemain berusia 29 tahun ini juga telah diperhatikan oleh Barcelona yang mahukan seorang penjaga gol yang berkeupayaan menggalas tugas Victor Valdes semasa ketiadaannya.

Bagaimanapun, kegagalan ini tidak mengecewakan Wenger kerana Iraizoz baru-baru ini banyak melakukan kesilapan di padang semasa pertemuan menentang Villarreal, Sporting Gijon dan Real Madrid.

Wenger kini hanya mahukan perubahan pemain diposisi tersebut walaupun Lukasz Fabianski dilihat telah menunjukkan peningkatan selepas kecederaan Almunia manakala Wojciech Szczesny baru-baru ini telah menandatangani perjanjian baru.

"The New Peter Schmeichel" akhirnya ke Manchester United

Manchester United telahpun melengkapkan perpindahan Anders Lindegaard daripada Aalesunds FK melalui satu perjanjian tiga setengah tahun dengan jumlah bayaran yang tidak diketahui.

Pemain berusia 26 tahun ini akan memulakan latihan di United bulan depan tetapi akan rasminya menyertai United pada Januari nanti. Lindegaard dijangka akan menjadi pengganti Edwin Van Der Sar yang mungkin akan bersara pada penghujung musim ini.

Lindegaard yang mempunyai 4 caps bersama Denmark telah dibandingkan dengan Peter Schmeichel yang berusia 28 tahun semasa dia menyertai United daripada Bronby.

Spekulasi mengenai masa hadapan Tomasz Kuszczak kini menjadi persoalan apabila dia diketahui kini sering kecewa kerana kurangnya peluang untuk bermain.

Kini, Lindegaard juga harus berusaha untuk mendapat kepercayaan Furgeson.

Saturday, November 27, 2010

Akhirnya Redknapp akui kemampuan Comolli

Selepas dua tahun disingkirkan bersama Juande Ramos daripada White Hart Lane pada 2008 lalu, Damien Comolli yang kini berada di Liverpool, telah mendapat pujian atas hasil usahanya membentuk pasukan Tottenham.
Kaboul antara pemain yang
dibawa ke Tottenham oleh
Comolli.

Pengurus Tottenham sekarang Harry Redknapp yang menggantikan tempat Juande Ramos selepas penyingkiran tersebut hari ini secara terbuka memberitahu umum bahawa dia amat bertuah setelah menggantikan Ramos kerana dapat meneruskan hasil kerja yang ditinggalkan oleh Ramos dan Comolli yang dilabelkan olehnya sebagai sesuatu yang hebat.

"Saya rasa dia (Comolli) sepatutnya yang menerima kredit untuk semua ini, sudah pasti. Kedua-dua mereka telah melakukannya dengan baik sebelum kedatangan saya. Mereka amat hebat"


"Terdapat beberapa pemain yang amat berkualiti di sini. Dia telah membawa pemain-pemain yang luar biasa tetapi kini Tottenham telahpun kehilangan seorang scout yang cemerlang. Dia telahpun ke Liverpool."

Kehilangan Comolli juga bermakna kini mereka telah kehilangan jaringan scout yang terbaik di Perancis.

Senarai Don Balon 100 pemain remaja terbaik dunia

Mungkinkah nama-nama di bawah akan mewarnai senario bolasepak dunia sehingga 20 tahun akan datang?

Don Balon ialah sebuah majalah bolasepak di Sepanyol yang terkenal dengan keluaran artikel mengenai ramalan dan masa depan generasi bolasepak akan datang. Memang agak janggal untuk meramalkan pemain pada masa hadapan tetapi Don Balon sebalik mempunyai reputasi yang baik didalam mengenalpasti bakat-bakat baru bolasepak.

Berikut adalah senarai pemain yang dipilih oleh majalah ini pada tahun 2010.

1 Dominic Adiyiah (Reggina)
2 Toby Alderweireld (Ajax)
3 Hamdan Al Kamali (Al Wahda)
4 Jano Ananidze (Spartak Moscow)
5 Andre Ayew (Marseille)
6 Khouma Babacar (Fiorentina)
7 Holger Badstuber (Bayern)
8 Gareth Bale (Tottenham)
9 Mario Balotelli (Manchester City)
10 Ben Sahar (Hapoel Tel Aviv)
11 Bojan (FC Barcelone)
12 Bo-Kyung Kim (Oita Trinita)
13 Ryad Boudebouz (Sochaux)
14 Dedryck Boyata (Manchester City)
15 Breno (Bayern)
16 Sergio Canales (Real Madrid)
17 Mehdi Carcela-Gonzalez (Standard)
18 Luc Castaignos (Feyenoord)
19 Diego Contento (Bayern)
20 Phillippe Coutinho (Internazionale)
21 David De Gea (Atlético de Madrid)
22 Alvaro Domínguez (Atlético Madrid)
23 Giovanni dos Santos (Tottenham)
24 Douglas Costa (Shakhtar)
25 Alan Dzagoev (CSKA Moscow)
26 Gueïda Fofana (Le Havre)
27 Paulo Henrique (Santos)
28 Giuliano (Internacional)
29 Maxime Gonalons (Lyon)
30 Mario Götze (Dortmund)
31 Antoine Griezmann (Real Sociedad)
32 Eden Hazard (Lille)
33 Jordan Henderson (Sunderland)
34 Markus Henriksen (Rosenborg)
35 Abel Hernández (Palermo)
36 Ander Herrera (Zaragoza)
37 Lewis Holtby (Mainz)
38 James Rodriguez (Porto)
39 Stefan Jovetic (Fiorentina)
40 Vaclav Kadlec (Sparta Prague)
41 Shinji Kagawa (Dortmund)
42 Gael Kakuta (Chelsea)
43 Alan Kardec (Benfica)
44 Simon Kjaer (Wolfsburg)
45 Maksim Koval (Dinamo Kiev)
46 Ismail Köybasi (Besiktas)
47 Toni Kroos (Bayern)
48 Manuel Lanzini (River Plate)
49 Adem Ljajic (Fiorentina)
50 Dejan Lovren (Lyon)
51 Romelu Lukaku (Anderlecht)
52 Lukman Haruma (Monaco)
53 Federico Macheda (Manchester United)
54 Guido Marilungo (Sampdoria)
55 Marko Marin (Werder Bremen)
56 Emmanuel Mayuka (Young Boys)
57 Thomas Müller (Bayern)
58 Iker Muniain (Athletic Bilbao)
59 Marc Muniesa (Barcelona)
60 Ezequiel Muñoz (Palermo)
61 Yann Mvila (Rennes)
62 Tomas Necid (CSKA Moscou)
63 Neymar (Santos)
64 Sotiris Ninis (Panathinaikos)
65 Nikolas N’Koulou (Monaco)
66 Javier Pastore (Palermo)
67 Alexandre Pato (Milan)
68 Pablo Piatti (Almería)
69 Miralem Pjanic (Lyon)
70 Rafael (Manchester United)
71 Yaroslav Rakytskiy (Shakhtar)
72 Diego Renan (Cruzeiro)
73 Marco Reus (Mönchengladbach)
74 Emmanuel Rivière (Saint-Etienne)
75 Jack Rodwell (Everton)
76 José Rondón (Málaga)
77 Victor Ruiz (Espanyol)
78 Mamadou Sakho (PSG)
79 Davide Santon (Internazionale)
80 Georgy Shennikov (CSKA Moscow)
81 Xherdan Shaqiri (Basel)
82 Harmeet Singh (VÃ¥lerenga)
83 Moussa Sissoko (Toulouse)
84 Robin Soder (Göteborg)
85 Miroslav Stoch (Fenerbahçe)
86 Yannis Tafer (Toulouse)
87 Thiago (Barcelona)
88 Lacina Traoré (Cluj)
89 Ricky Van Wolfswinkel (Utrecht)
90 Carlos Vela (Arsenal)
91 Jelle Vossen (Genk)
92 Ante Vukusic (Hadjuk Split)
93 Theo Walcott (Arsenal)
94 Vladimir Weiss (Rangers)
95 Georginio Wijnaldum (Feyenoord)
96 Jack Wilshere (Arsenal)
97 Danny Wilson (Liverpool)
98 Siyanda Xulu (Mamelodi Sundowns)
99 Andriy Yarmolenko (Dinamo Kiev)
100 Sercan Yildirim (Bursaspor)
 
Untuk menunjukkan ketepatan pemilihan ini, cuba anda halusi senarai yang dikeluarkan pada 2001 lalu. Berapa ramaikah nama pemain yang tersenarai pada 2001 lalu yang mewarnai arena bolasepak dunia sekarang?

 1. Djibril Cisse (STR, Auxerre)
2. Andres D'Allesandro (AM, River Plate)
3. Leandro Bonfim (AM, Vitoria/PSV Eindhoven)
4. Fernando Jose Torres (STR, Atletico Madrid)
5. Jermaine Pennant (R/WNG, Arsenal)
6. Rafael Van der Vaart (C/MF, Ajax)
7. Florent Sinama-Pongolle (STR, Le Havre/Liverpool)
8. Piotr Trochowski (AM, FC Bayern Munich)
9. Anthony Le Tallec (AM/CFWD, Le Havre/Liverpool)
10. Mourad Meghni (AM, Bologna)
11. Pedro Mantorras (STR, Benfica Lisbon)
12. David Odonkor (FWD, Borussia Dortmund)
13. Darren Fletcher (C/MF, Manchester United)
14. John Welsh (C/DM, Liverpool)
15. Kim Kallstrom (CM, BK Hacken)
16. Philippe Mexes (CB, Auxerre)
17. Johnny Heitinga (CB, Ajax)
18. Juan Andreu Melli (CM, Real Betis)
19. Baldo Di Gregorio (CB, Eintract Frankfurt)
20. Andres Iniesta (AM, Barcelona)
21. Milan Baros (STR, Liverpool)
22. Marius Niculae (STR, Sporting Lisbon)
23. Fabricio Coloccini (CB, Milan/on loan to Alaves)
24. Ricardo Bernardo Quaresma (L/WNG, Sporting Lisbon)
25. Maicon (RWB, Cruzeiro)
26. Hugo Viana (CM, Sporting Lisbon)
27. Arjen Robben (L/WNG, Groningen/PSV Eindhoven)
28. Julio Colombo (CB, Montpellier)
29. Gregory Vignal (LB, Liverpool)
30. Jermaine DeFoe (STR, West Ham United)
31. Gareth Barry (LB, Aston Villa)
32. Marat Izmailov (AM/FWD, Lokomotiv Moscow)
33. Hassan Yebda (DM, Auxerre)
34. Leandro Romagnoli (AM, San Lorenzo)
35. Zlatan Ibrahimovic (CFWD, Ajax)
36. Dean Ashton (CFWD, Crewe Alexandria)
37. Ednilson (AM, Benfica Lisbon)
38. Chris Kirkland (GK, Liverpool)
39. Emilliano S. Dudar (CB, Velez Sarsfield)
40. Helder Postiga (STR, Porto)
41. Ahmed 'Mido' Hossam (STR/LWNG, Ajax)
42. Joaquin Sanchez (L/WNG, Real Betis)
43. Diego Ribas (AM, Santos)
44. Jay Lucas (CFWD, Southampton)
45. Niko Kranjcar (AM/CFWD, Dinamo Zagreb)
46. Christian Petereit (RB/CB, Schalke 04)
47. Ewerthon (STR/FWD, Borussia Dortmund)
48. Gael Givet (CB/LB, Monaco)
49. Francesco Lodi (AM, Empoli/Parma)
50. Massimo Donati (DM, AC Milan)
51. Gatti Ribeiro (RWB, Blooming)
52. Jeremie Aliadiere (STR, Arsenal)
53. Francesco Tarantino (LB/CB, Athletic Bilbao)
54. Lourenco Da Silva (FWD/LWNG, Sporting Lisbon)
55. Alexander Ludwig (L/WNG, Werder Bremen)
56. Landon Donovan (STR, San Jose Earthquakes)
57. Ricardo Costa (CB, FC Porto)
58. Filip Trojan (L/WNG, Schalke 04)
59. Carlos Martins (CM, Sporting Lisbon)
60. Serhat Akin (STR, Fenerbahce)
61. Johnnier Montano (AM/FWD, Parma-on loan to Verona)
62. Mark Fotheringham (C/MF, Celtic)
63. Rubinho (GK, Corinthians)
64. Michael Chopra (STR, Newcastle)
65. Edward Johnson (STR, Dallas Burn)
66. Johnny Van Beukering (STR, Vitesse)
67. Santino Quaranta (STR, DC United)
68. Andreas Hinkel (RB/RWB, Stuttgart)
69. Bojan Djordjic (L/WNG, Manchester United)
70. Matteo Brighi (CM, Juventus)
71. Cherno Samba (CFWD, Millwall)
72. Hassan Ahamada (LWNG/STR, Nantes)
73. Theo Janssen (LM, Vitesse)
74. Derik Boateng (AM, Panathinaikos)
75. Mauro Rosales (R/WNG, Newell's Old Boys)
76. Dulee Johnson (STR, BK Hacken)
77. Fernando Macedo Nano (L/WNG, Barcelona)
78. Michael Essien (D/MF, Bastia)
79. Andres Oliveira (STR/FWD, Perth Glory)
80. Candido Costa (AM, Porto)
81. Tuomas Aho (CB, My-Pa)
82. Dimitar Berbatov (STR, Bayer Leverkusen)
83. Thijs Houwing (CFWD, Twente)
84. Labinot Harbuzi (AM, Malmo FF)
85. Michael Zepek (CM, Bayer Leverkusen)
86. Mika Vayrynen (AM, FC Jokerit)
87. Ramon Calliste (STR, Manchester United)
88. Christoph Preuss (RWB, Eintract Frankfurt)
89. Keith Kelly (CM, PSG)
90. Aldo Jara (FWD, Cerro Portano)
91. Kieran Richardson (L/WNG, Manchester United)
92. Leonardo Santiago (L/WNG, Feyenoord)
93. Shaun Maloney(STR, Celtic)
94. Azar Karadas (CFWD/CB, Brann Bergen)
95. Kaka (AM, Sao Paulo)
96. Benjamin Auer (CFWD, Borussia M'Gladbach)
97. Daniyel Cimen (LB/CB, Eintract Frankfurt)
98. Erdal Kilicaslan (CFWD, Bayern Munich)
99. David Prutton (D/MF, Nottingham Forest)
100. Alexander Hleb (AM, Stuttgart)

Friday, November 26, 2010

FIFA umumkan senarai pendek 55 pemain untuk World XI 2010

Pertubuhan Pemain-Pemain Bolasepak Sedunia FIFPro dan FIFA hari ini telah mengumumkan 55 pemain yang disenarai pendek untuk pencalonan FIFA/FIFPro World XI 2010. Pemilihan pemain untuk anugerah ini akan diumumkan semasa FIFA Ballon d’Or gala di Zurich pada 10 Januari 2011 nanti.


Sekarang, kesemua 50,000 pemain bolasepak profesional di serata dunia dibawah FIFPro akan menerima borang pengundian untuk mencalonkan pemain-pemain yang layak disenaraikan sebagai pemain World XI yang menyenaraikan 4 pertahanan, 3 midfield, 3 penyerang dan seorang penjaga gol untuk 2010.

Pasukan Juara Dunia Sepanyol dikatakan mempunyai senarai pemain terbanyak dengan 10 pemain diikuti oleh Brazil dengan 9 pemain, 8 pemain daripada Argentina, England (6), Jerman (4), Belanda (3), Itali (3), Potugal (2) dan masing-masing satu daripada Uruguay, Wales, France, Bulgaria, Serbia, Czech Republic, Sweden, Ghana, Ivory Coast dan Cameroon.

Senarai Penuh 55 pemain yang disenaraikan.
Goalkeeper:
Gianluigi Buffon (Italy, Juventus FC), Iker Casillas (Spain, Real Madrid C.F.), Petr Cech (Czech Republic, Chelsea FC), Julio Cesar (Brazil, F.C. Internazionale), Edwin van der Sar (Netherlands, Manchester United FC)

Pertahanan:
Daniel Alves (Brazil, FC Barcelona), Gareth Bale (Wales, Tottenham Hotspur), Michel Bastos (Brazil, Olympique Lyonnais), Ashley Cole (England, Chelsea FC), Patrice Evra (France, Manchester United FC), Rio Ferdinand (England, Manchester United FC), Philipp Lahm (Germany, FC Bayern Munchen), Lucio (Brazil, F.C. Internazionale), Maicon (Brazil, F.C. Internazionale), Marcelo (Brazil, Real Madrid C.F.), Alessandro Nesta (Italy, AC Milan), Pepe (Portugal, Real Madrid C.F.), Gerard Pique (Spain, FC Barcelona), Carles Puyol (Spain, FC Barcelona), Sergio Ramos (Spain, Real Madrid C.F.), Walter Samuel (Argentina, F.C. Internazionale), John Terry (England, Chelsea FC), Thiago Silva (Brazil, AC Milan), Nemanja Vidic (Serbia, Manchester United FC), Javier Zanetti (Argentina, F.C. Internazionale)

Midfield:
Esteban Cambiasso (Argentina, F.C. Internazionale), Michael Essien (Ghana, Chelsea FC), Cesc Fabregas (Spain, Arsenal FC), Steven Gerrard (England, Liverpool FC), Andres Iniesta (Spain, FC Barcelona), Ricardo Kaka (Brazil, Real Madrid C.F.), Frank Lampard (England, Chelsea FC), Javier Mascherano (Argentina, FC Barcelona), Thomas Muller (Germany, FC Bayern Munchen), Mesut Oezil (Germany, Real Madrid C.F.), Andrea Pirlo (Italy, AC Milan), Bastian Schweinsteiger (Germany, FC Bayern Munchen), Wesley Sneijder (Netherlands, F.C. Internazionale), Xabi Alonso (Spain, Real Madrid C.F.), Xavi (Spain, FC Barcelona)

Penyerang:
Dimitar Berbatov (Bulgaria, Manchester United FC), Didier Drogba (Ivory Coast, Chelsea FC), Samuel Eto’o (Cameroon, F.C. Internazionale), Diego Forlan (Uruguay, Atletico Madrid), Gonzalo Higuain (Argentina, Real Madrid C.F.), Zlatan Ibrahimovic (Sweden, AC Milan), Lionel Messi (Argentina, FC Barcelona), Diego Milito (Argentina, F.C. Internazionale), Arjen Robben (Netherlands, FC Bayern München), Ronaldinho (Brazil, AC Milan), Cristiano Ronaldo (Portugal, Real Madrid C.F.), Wayne Rooney (England, Manchester United FC), Carlos Tevez (Argentina, Manchester City FC), Fernando Torres (Spain, Liverpool FC), David Villa (Spain, FC Barcelona)

Monday, November 22, 2010

Benarkan Carlo Ancelotti meletak jawatan?

Satu berita sensasi sedang berkumandang di Stamford Bridge ketika ini. Setelah Chelsea mengalami tiga kekalahan dalam empat perlawanan EPL terakhir mereka kepada Liverpool, Sunderland dan Birmingham. Kini terdengar pula khabar angin yang memberitahu Carlo Ancelloti sudah memberi surat perletakkan jawatannya sebagai Pengurus Chelsea.
Wilkins dan Ancelloti sentiasa bekerjasama sebelum dia
disingkirkan 10 hari lalu.
Ini adalah berita kedua yang mengejutkan di Chelsea dalam bulan ini setelah sepuluh hari lepas penolong pengurus Ancelloti, Ray Wilkins dilucutkan jawatanya tanpa sebarang komen didedahkan kepada umum.

Walaubagaimanapun jurucakap Chelsea memberitahu bahawa berita ini adalah tidak benar. Tetapi Ancelloti seperti tidak dapat menyembunyikan perasaan hatinya selepas memberitahu umum dengan kenyataan perbandingannya dengan Sir Alex Furgeson. Dia secara terbuka menyatakan kedudukannya di Chelsea adalah berbeza dengan Sir Alex dimana dia tidak mempunyai kuasa untuk menguruskan pasukan secara total.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza kerana (Pengurus Manchester United) Ferguson mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pasukan. Saya hanya Technical Director, noktah, okay?"

Ancelloti menambah "Situasi Wilkins adalah bukan punca kami tewas semasa perlawanan-perlawanan lepas. Kami tewas kerana didalam empat perlawanan lepas, kami hanya menjaringkan 1 gol. Kami harus memperbetulkan keadaan dan meneruskan focus kepada permainan seterusnya seperti perlawanan menentang Birmingham"

"Selalunya kritikan akan kedengaran apabila pasukan tidak menang. Ini adalah tanggungjawab jurulatih dan ia adalah normal. Ini adalah tugas saya. Sekiranya pasukan tidak melakukan kerja yang baik, adalah normal untuk menjalankan tanggungjawab yang lebih. Saya tiada masalah.

Adalah saya bersedia untuk dikritik? Ya saya bersedia. Ini adalah kehidupan jurulatih. Ini adalah saat yang sukar dan saya rasa kami berkebolehan untuk melepasinya".

Aston Villa mahukan Nicklas Bendtner

Setelah John Carew yang dipercayai berbalah dengan Gerrard Houllier baru-baru ini. Terdapat spekulasi yang kedengaran di Villa Park sekarang mengenai potensi perpindahan yang boleh dikatakan berprofil tinggi.

Terdahulu Blackburn dikatakan telah mengambil kesempatan ini untuk memancing Carew ke sana. Sebagai ganti Carew pula, Villa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan Nicklas Bendtner daripada Arsenal.

Kesahihan berita Houllier adalah satu kemungkinan sahaja walaupun pemilik Villa, Randy Lerner telahpun bersetuju untuk memberi dana kepada Houllier untuk membeli pemain baru Januari ini. Tetapi Arsene Wenger dari awal-awal lagi telah mengumumkan bahawa tiada pemain Arsenal yang akan berpindah Januari nanti.

Bendtner menjadi sasaran Houllier setelah baru-baru ini penyerang Denmark yang baru pulih daripada kecederaan itu telah meluahkan rasa bosan didalam satu sidang media di Denmark dan mendesak untuk meninggalkan Arsenal bagi membolehkannya mendapat peluang bermain sebagai pemain kesebelasan utama.

Sunday, November 21, 2010

Giggs dan Scholes diberi setahun lagi kontrak lanjutan di Manchester United

Ryan Giggs dan Paul Scholes dijangkakan akan bermain untuk semusim lagi bersama Manchester United pada musim hadapan. United dijangkakan akan memberi satu lagi kontrak lanjutan selama setahun.

Kedua-dua pemain veteran yang mencecah usia 36 tahun ini telah dijangkakan akan bersara pada penghujung musim ini tetapi nampaknya Sir Alex Furgeson dikatakan amat berpuashati dengan kemampuan mereka membantu kempen United pada musim ini terutamanya kepada Paul Scholes.

Dilaporkan dia amat berpuashati dengan rekod kecergasan kedua-dua pemain dan kontrak terbaru dijangka akan dibuat pada bulan ini juga.

Saturday, November 20, 2010

Man United dapatkan "The new Peter Schmeichel"

Manchester United kini dalam peringkat terakhir untuk memperolehi "the new Peter Schmeichel" Anders Lindegaard yang berusia 26 tahun untuk bayaran perpindahan £3.5m. Penjaga gol Denmark ini dikatakan telah dikenalpasti untuk menggantikan Edwin van der Sar di Old Trafford setelah mula diperhatikan Sir Alex sejak Julai lalu.

Selain itu dari sumber lain Manchester United juga masih mengikuti perkembangan penjaga gol Atletico Madrid David de Gea sehingga akhir musim untuk prospek perpindahan sebanyak £15m.

Lindegaard dijangkakan akan ke Manchester untuk membincangkan terma kontrak sebelum melngkapkan perpindahan Januari nanti. Dari satu sumber rasmi kelab Lindegaard sekarang, Aalesund FK telah mengesahkan tawaran Manchester United dan berharap ia akan diselesaikan secepat mungkin.

United akan membayar bayaran perpindahan sebanyak £2m dan baki £1.5m akan diselesaikan setelah Lindegaard bermain sebanyak 17 perlawanan.

Friday, November 19, 2010

Antara 10 pemain sasaran Arsenal Januari nanti

Arsene Wenger boleh dikatakan adalah diantara "good spender" pada musim lepas selepas hanya membelanjakan disekitar £11.7M sahaja untuk mendapatkan Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci selain mendapatkan Chamakh secara percuma. Rekod pembeliannya Wenger juga agak menarik kerana setakat ini hanya pernah membelanjakan £10.5 million untuk Jose Reyes pada 2004 dan £15 million untuk Andrey Arshavin pada 2009.

Berikut adalah 10 pemain yang menjadi sasaran Arsenal pada musim perpindahan Januari nanti.

1. Mark Schwarzer
Penjaga gol kebangsaan Australia berusia 38 tahun ini berada di Fulham dan Mark Schwarzer amat berminat untuk ke Arsenal. Wenger amat memerlukan penjaga gol yang berkaliber setelah Manuel Almunia seringkali melakukan kesilapan ketika beraksi dan Lucas Fabianski sehingga kini gagal menunjukkan aksi yang konsisten.

2. Shay Given
Given kini hilang tempatnya di kesebelasan Manchester City kepada Joe Hart dan adalah prospek penjaga gol terbaik Wenger. Wenger amat memerlukan penjaga gol setaraf Given di Arsenal tetapi Manchester City mungkin tidak melepaskannya ke Arsenal selain option untuk ke Fulham sekiranya Schwarzer ke Arsenal.

3. Jan Vertonghen
Berada di Ajax sekarang dan menghasilkan paduan tenaga yang berkesan bersama Thomas Vermaelen ketika beraksi untuk Belgium. Dikatakan Ajax mahu melepaskan pemain ini pada harga £8M dan ia amat bersesuainya dengan sasaran Wenger. Berkebolehan bermain pada posisi pertahanan tengah dan defensive midfielder.


4. Gary Cahill
Kini berada di Bolton dan menunjukkan persembahan yang meyakinkan. Wenger sanggup berbelanja melebihi rekod pembelian pemain petahanannya setakat ini iaitu £10M untuk Vermaelen untuk mendapatkan Cahill ke Arsenal setelah kini dia kekurangan option untuk pemain berkualiti di posisi pertahanan tengah.

5. Phil Jagielka
Arsenal telah mencuba mendapatkannya pada Ogos lepas tetapi gagal setelah Everton meletakkan pada harga £22 million. Kini Wenger akan mencuba sekali lagi setelah Everton dikatakan telah menurunkan harganya. Cuma Jagielka mendedahkan yang dia tidak mahu kemana-mana Januari nanti dan Wenger terpaksa menunggunya sehingga musim depan.

6. Siyanda Xulu
Pertahan berusia 18 tahun Afrika Selatan dan amat memberangsangkan ketika berada di latihan percubaab di Arsenal. Kini menganggotai kesebelasa utama Mamelodi Sundowns dan amat teruja sekiranya bermain di EPL.

7. Atila Turan
Seorang pemain Perancis berbangsa Turki dan kini bermain di kelab Grenoble di Liga 2 Perancis. Berusia 18 tahun dan telahpun diperhatikan oleh Barcelona dan Fiorentina. Bermain pada posisi kiri dan boleh beroperasi untuk midfield dan pertahanan.

8. Robert Pires
Kini sedang mengikuti latihan bersama Arsenal dan Wenger mendedahkan pemain berusia 37 tahun ini masih lagi berkeupayaan untuk beraksi di EPL. Tetapi berkemungkinan Wenger tidak memberi kontrak kepadanya kerana Arsenal sudah mempunyai cukup pemain berkaliber dibahagian serangan. Sekiranya Pires tidak mendapat kontrak daripada mana-mana kelab Januari ini berkemungkinan Wenger akan menggunakannya sekiranya ada krisis kecederaan.

9. Omri Altman
Midfielder daripada Israel berusia 16 tahun dan mempunyai kontrak bersama Maccabi Tel Aviv. Dia sedang mencari kelab bermain di England dan telah menjalani latihan percubaan di Liverpool. Dilaporkan Arsenal akan cuba mendapatkannya terlebih dahulu dan berada di Arsenal adalah menjadi kelebihan kepada pemain ini kerana Arsenal amat terkenal dengan produk-produk muda mereka.

10. Ibrahim Afellay
Menjadi sasaran banyak kelab setelah dia akan berstatus "free agen" musim panas nanti dan PSV dilaporkan sudah bersedia menjualnya pada £4M pada Januari nanti daripada kehilangannya secara percuma. Bermain di posisi attacking midfielder dan sayap selain berkeupayaan menjaringkan gol. Berusia 24 tahun dan adalah anggota skuad Piala Dunia Belanda.

Juga menjadi sasaran Barcelona dan Atletico Madrid dan mungkin tidak menjadi pilihan Wenger yang mempunyai ramai pemain dibahagian ini.