Tuesday, December 21, 2010

Liverpool dan Manchester City sasarkan Ronaldinho

Kesahihan berita ini agak samar-samar kerana ia adalah bertentangan dengan polisi pembelian pemain di Liverpool tetapi dengan kegoyahan barisan perancang sekarang mungkin ia akan menjadi kenyataan. Dikatakan Manchester City kini juga sedang menggangu proses perpindahan pemain AC Milan ini.

Namun sekiranya mana-mana kelab yang mahukan Ronaldinho mestilah mampu membayar gaji permintaannya iaitu €7.5million setahun.

Banyak kedengaran khabar angin mengenai perpindahan Ronaldinho dari San Siro. Kontraknya akan tamat Julai nanti tetapi dengan prestasinya yang merosot di Liga Serie A sehinggakan dia disenaraikan ke senarai di Bidone d’Oro (Golden Dustbin) iaitu antara pemain yang paling merosot di Itali menyebabkan kemungkinan kontrak tersebut tidak akan diperbaharui.

Sehingga kini Palmeiras adalah antara kelab yang cuba mendapakannya tetapi mungkin gagal kerana gaji yang dimintanya terlalu tinggi.

Pemain yang berusia 30 tahun ini sehingga kini masih berusaha untuk mengembalikan prestasinya sejak piala dunia 2006 lalu yang dikritik kerana prestasi di bawah tahap yang juga dikatakan berpunca oleh sikap kaki botolnya dan berparti. Namun statistiknya masih lagi boleh dibanggakan setelah berjaya melakukan 12 assist untuk AC Milan pada musim lepas.

Dijangkan selain Liverpool dan Manchester City, berkemungkinan juga Ronaldinho akan ke LA Galaxy ataupun ke Qatar dimana dia boleh memperolehi gaji yang dikehendakinya.

No comments:

Post a Comment