Thursday, December 23, 2010

Rafael Benitez bakal disingkir dari Inter Milan

Benitez dan Moratti ketika di Dubai baru-baru ini.
Masih ingat lagi Benitez pada awal kariernya di Inter Milan amat bercita-cita untuk membuat satu revolusi di situ sehingga dia berusaha untuk memadamkan sanjungan peminat tempatan terhadap Jose Mourinho yang telah berjaya membawa kelab daripada Itali ini menjadi Juara di kejuaraan Eropah. Cita-cita ini nampaknya akan menjadi seperti angan-angan Jenin apabila dia dia berkemungkinan akan disingkirkan hanya selepas 6 bulan mengemudi kelab itu.

Tindak-tanduk pada kedatangannya di Inter mengundang kemarahan kepada Mourinho setelah dia seperti "diserang" secara psikologi oleh Benitez dimana Benitez telah mengarahkan semua poster Mourinho di dinding kelab diturunkan kerana Benitez beranggapan dia bakal menjadi pengemudi yang paling berjaya di situ.

Seterusnya Benitez diserang bertubi-tubi oleh ramai jurulatih bolasepak yang berpengaruh di Eropah kerana kegagalannya membawa Liverpool berada antara kelab gergasi Eropah yang digeruni. Antaranya termasuklah Mourinho sendiri.

Untuk mempetahankan dirinya Benitez membalas yang dia tidak mempunyai kuasa penuh semasa berada di Liverpool dan dia menyalahkan pemilik Liverpool semasa itu, Hicks dan Gillet yang hanya mementingkan keuntungan perniagaan dan pemilik yang tidak tahu apapun mengenai bolasepak. Sebaliknya dia menambah yang dia amat bergembira di Inter Milan kerana bekerjasama dengan pemilik Inter Milan, Massimo Moratti yang disifatkannya sebagai seorang peminat bolasepak sejati dan berpengetahuan luas mengenai bolasepak.

Komennya terhadap majikan barunya itu seperti ada juga kebenaran setelah dia kini berhadapan kemungkinan disingkirkan oleh Moratti. Melalui pengalaman luasnya dengan bolasepak, mungkin Moratti telahpun menghidu masa depan yang sukar bersama Benitez dan tidak mahu Inter Milan merintih seperti apa yang di alami oleh Liverpool sekarang.

Dikhabarkan walaupun Inter Milan telah memenangi Kejohanan Piala Dunia antara kelab pada Sabtu lalu, Rafael Benitez kini berkemungkinan akan disingkirkan di Inter Milan. Bekas pengurus AC Milan Leonardo dan pengurus Zenith St Petersburg, Luciano Spalletti adalah antara nama yang dijangkakan akan mengambil alih tugas Benitez selepas ini.

Walaubagaimanapun, Massimo Moratti telah menolak untuk membuat sebarang komen untuk mengelakkan sebarang kontroversi. Dijangkakan kedudukan Benitez akan ditentukan hari ini. Terdahulu dikatakan Moratti amat berang dengan Benitez yang hanya menurunkan pasukan yang tidak berkemampuan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Kejuaraan Eropah menentang Werder Bremen. Walaupun tewas 3-0 pada perlawanan tersebut Inter tetap layak untuk ke peringkat seterusnya.

Yang peliknya sama seperti ketika di Liverpool dulu, dalam keadaan yang terdesak ini, Benitez mahukan dana untuk membawa empat atau lima pemain baru ke Inter untuk membolehkan mereka memenangi trofi ataupun untuk menyelamatkan kedudukannya untuk seketika waktu sahaja. Mungkin Mourinho boleh tertawa dengan permintaan ini kerana dia telahpun memenangi kejuaraan Eropah dengan pemain-pemain yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment