Friday, December 31, 2010

Kedudukan Roy Hodgson di Liverpool makin goyah.

Roy Hodgson hari ini secara terbuka telah memohon maaf kepada penyokong Liverpool kerana telah membelakangi mereka dengan komen yang dia tidak mendapat sokongan penuh daripada penyokong Liverpool sejak mengendalikan kelab itu sejak enam bulan lalu.

Walaupun dia sudah memohon maaf, pengurusan Liverpool masih memandang serius perkara tersebut berikutan dengan komen rata-rata peminat Liverpool dan pungutan suara menunjukkan 97% peminat mahu dia disingkirkan.

Penyokong Liverpool kini dikatakan sudah tidak menaruh harapan lagi kepada Hodgson, berikutan insiden lagu yang dinyanyikan mereka seperti mengejek Hodgson "Hodgson for England" dan laungan memanggil nama bekas pengurus Liverpool dahulu, Kenny Dalglish, semasa Liverpool ditewaskan oleh Wolves dengan 0-1 pada pertengahan minggu ini.

Keadaan Hodgson kini juga boleh dianggap 'seperti telur di hujung tanduk' kerana terdapat ura-ura yang mengatakan Frank Ridjkaard kini sudah bersedia untuk menggantikannya setelah menunjukkan interaksi negatif dengan penyokong-penyokong Liverpool .

No comments:

Post a Comment