Thursday, December 16, 2010

Spekulasi kelab baru Tevez

Sebelum didedahkan kelab-kelab yang mahukan Tevez, elok jika diselidiki apakah kemungkinan dia akan berada di Eastland. Mungkin tidak kerana hubungannya dengan Mancini. Dan dia juga baru menegaskan bahawa dia tidak berminat berada di England dengan Sepanyol menjadi destinasi pilihannya kerana persamaan budaya dan bahasa disana yang mungkin dapat merubat kerinduannya di Argentina.

Terdapat juga laporan yang mengatakan Tevez akan terus berada di Manchester City sekiranya mereka sanggup membayarnya sehingga £300,000 seminggu. Sekiranya ini benar adakah selama ini luahan hatinya mengenai kerinduannya pada kampung halaman adalah sandiwara sahaja. Ini kerana terdapat laporan yang diperolehi daripada kelab-kelab terdahulu yang disertai Tevez mendedahkan Tevez seperti sengaja mengadakan babak sensasi untuk membolehkannya berhijrah sehingga banyak luahannya jika dihalusi menunjukkan bahawa dia seperti seorang yang tidak mempunyai pendirian. Harus diingat bahawa Tevez sebenarnya dibantu oleh agennya, Kia Jaacorabian yang begitu cekap memanipulasi kelebihannya untuk mendapatkan komisen perpindahan yang tinggi.

Tetapi tiada kemungkinan juga yang dia akan terus bersara kerana Manchester City sudah bersedia untuk mendapatkan peguam dengan menuntut bayaran pampasan daripada Tevez sehingga £50M. Oleh itu kemanakah haluan Tevez selepas ini?

Terlebih dahulu AC Milan dikatakan yang pertama menunjukkan minat untuk mendapatkan Tevez tetapi Tevez dikatakan menolak tawaran kelab daripada Itali ini. Tevez pernah mendedahkan yang dia ingin kembali ke kelab pertamanya Boca Juniors tetapi Boca tidak berupaya untuk mendapatkan Tevez dengan harganya yang sebegitu tinggi.

Difahamkan sehingga kini terdapat enam kelab yang mula mendekati Tevez untuk membawanya ke sana pada tahun baru nanti. Menurut dari satu sumber kelab-kelab tersebut adalah Real Madrid, Chelsea, Barcelona, Inter Milan, Juventus dan Bayern Munich. Difahamkan sekiranya mereka mahukanTevez, bayarannya nanti mestilah 2/3 daripada jumlah perpindahan Tevez terdahulu £47M.

Tevez dijangkakan mahukan gaji yang melebihi pendapatannya di Eastland, oleh itu Barcelona yang berhadapan dengan masalah kewangan boleh dikeluarkan daripada senarai ini lagipun mereka sudahpun memperolehi David Villa.

Real Madrid yang diterajui oleh Mourinho yang begitu mengagumi Tevez kini dikatakan sedang melobi pentadbiran mereka untuk membawa Tevez ke sana setelah Higuan menghadapi kecederaan dan kini hanya mempunyai Benzema dibahagian serangan. Tetapi President Florentino Perez menegaskan Real tidak akan mendapat pemain terkemuka pada Januari nanti. Tamat, Real Madrid boleh dikeluarkan daripada senarai ini.

Tevez menolak kemungkinan untuk terus berada di England maka Chelsea juga dikeluarkan. Cuma tinggal Inter, Juventus dan Bayern Munich. Tetapi kelab mana pun yang disertai oleh Tevez nanti yang pastinya dia tidak akan lama. Statistik kariernya sudah membuktikan yang dia tidak pernah lama berada disesuatu kelab. Mungkin inilah maksud yang ingin disampaikan agennya, Kia Jacoorabian mengenai Tevez yang menggelarkannya sebagai “no-one’s puppet”.

Berikut adalah rentetan karier Tevez.
Boca Juniors (2001 - 2004) - 3 tahun
Tevez berusaha untuk meninggalkan Boca setelah bertengkar dengan pengurusnya dan mendedahkan masalah itu kepada media di Argentina.

Corinthians (2005 - 2006) - 18 bulan
Tevez berada dalam tekanan di sana setelah bertengkar dengan rakan sepasukan, ketua jurulatih dan persiden kelab.

West Ham (2006 - 2007) - 1 tahun
Tevez bertengkar dengan pemain dan pengurusnya di West Ham dan mengugut untuk berpindah hanya kerana telah dipinggirkan pada satu perlawanan sahaja.

Manchester United (2007-2009) - 2 tahun
Tevez komen yang dia kepenatan dan terlalu banyak bermain pada musim pertamanya di situ dan pada musim berikutnya memberi komen yang dia kurang bermain dan jarang digunakan.

Manchester City (2009 - 2010) - kini mencecah 18 bulan
Tevez komen yang dia kepenatan dan merindukan kampung halamannya.

No comments:

Post a Comment