Thursday, December 23, 2010

Massimo Moratti singkirkan Benitez dari San Siro

Cita-cita Rafael Benítez untuk menjadi lagenda di Inter Milan berkubur hanya selepas enam bulan mengemudi kelab Juara Eropah tersebut. Di laporkan kontrak Benitez di San Siro telah ditamatkan dan menunggu pengesahan selepas 24 jam nanti.

Presiden Kelab Massimo Moratti kini sedang menghalusi bayaran pampasan keatas Benitez selepas ketegangan kedua-dua mereka beberapa minggu lepas dan memuncak selepas komen Benitez semasa sessi sidang akhbar selepas kemenangan Inter Milan pada kejohanan Kejohanan Piala Dunia antara kelab di Abu Dhabi baru-baru ini. Benitez dilaporkan telah memberi kata dua kepada Moratti pada sidang media tersebut samada menyingkirkannya atau memberi dana untuk mendapatkan pemain baru untuk Inter Milan.

Ia satu ketegangan antara Benitez dengan pengurusan kelab tersebut setelah kini Inter hanya berada pada kedudukan ketujuh Serie A walaupun mempunyai dua permainan dan 13 mata ketinggalan daripada pendahulu liga AC Milan. Satu pencapaian yang menjunam setelah pada musim lalu Inter memperolehi kejayaan treble.
Bekas pengurus AC Milan Leonardo dijangkakan akan menggantikan rafael Benitez selepas ini.

No comments:

Post a Comment